𝟑𝟎 | 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧: 𝐇𝐞𝐫𝐫𝐨 𝐈𝐈𝐈

76 13 0
                                    

𝐀 𝐗 𝟖 𝟎 𝟏
𝓼𝓮𝓻𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵

┏━━━━━━༻❁༺━━━━━━┓

𝐓𝐫𝐮𝐭𝐡 𝐢𝐬 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐬𝐮𝐧. 𝐘𝐨𝐮
𝐜𝐚𝐧 𝐬𝐡𝐮𝐭 𝐢𝐭 𝐨𝐮𝐭 𝐟𝐨𝐫 𝐚 𝐭𝐢𝐦𝐞,
𝐛𝐮𝐭 𝐢𝐭 𝐚𝐢𝐧'𝐭 𝐠𝐨𝐢𝐧𝐠 𝐚𝐰𝐚𝐲.

- 𝓔𝓵𝓿𝓲𝓼 𝓟𝓻𝓮𝓼𝓵𝓮𝔂 -

┗━━━━━━༻❁༺━━━━━━┛

STRET...

Baru saja mahu diselak, satu suara menghentikan tindakan lelaki itu.

"¡Señor! (Sir!)"

"¿Qué? (Apa?)"

"¿Qué hace aquí, señor? Hemos descargado nuevos artículos en el segundo piso. (Apa yang tuan buat di sini? Kami sudah memunggah barangan baru di tingkat dua.)"

"Oh, solo estaba tratando de mirar la vista. Vámonos entonces. (Oh, saya cuma nak tengok pemandangan. Kalau begitu, mari pergi.)"

Tap. Tap. Tap.

Hampir tiga minit bunyi tapak kaki dan suara itu pergi, barulah Daniel keluar dari tempat persembunyiannya. Nafas yang ditahan tadi dilepaskan.

Sikit saja lagi.

Laluan panjang ini kembali kosong tanpa sesiapa selain Daniel.

Serta lelaki di dalam bilik tadi.

Pintu yang tertutup rapat itu dikerling. Dia yakin, lelaki itu adalah target mereka malam ini. Kunci utama untuk segala-galanya – Dandylon Case, Alexander, Miguel dan Natalia – yang sehingga kini kekal misteri kepada mereka.

Iaitu Herro.

Tingkap yang terbuka di belakangnya dibuka lebih luas lalu kawasan luar dilihat. Tempat yang strategik kerana tidak berhadapan dengan mana-mana pagar rumah atau pos kawalan. Hanya hutan tebal dan langit malam yang mengisi pemandangannya saat ini.

Tingkap itu dipanjat lalu dia keluar dan melabuhkan duduk di atas bumbung di tepi tingkap tersebut. Bersembunyi dalam gelap malam. Bajunya yang berwarna hitam memudahkan lagi persembunyiannya di situ.

"Dragon reporting."

"Fox here."

"I am on the roof between second and third floor, southwestern side of the house. Next to an open window." Lokasinya diberitahu lengkap.

"Alright. I'm moving the second drone now," balas Firash.

Dua minit kemudian, mata Daniel menangkap lampu merah kecil yang berkelip-kelip tidak jauh dari tempatnya berada.

"I can see you," maklum Firash. Kotak hijau daripada rakaman kamera dron yang muncul di skrin komputer ribanya menjadi tanda kedudukan Daniel.

"I think I've found the target."

Terus menegak kesemua ejen yang mendengar.

"You sure?"

"Betting my life on it," kata Daniel yakin. Nalurinya selalu tepat dan kali ini, dia berkali ganda yakin dengan firasat hatinya.

Firash tergelak dalam situasi tegang itu. "If you say so, Dragon. Then-"

"Wait!" Javier menjerit kecil.

AX801: A Faltering DeceptionWhere stories live. Discover now