chapter06❤️

188 10 0
                                    

Areum pov'

Seminggu lebih sudah berlalu, tinggal beberapa hari je lagi majlis akan berlangsung.

Dah lama jugak aku tak jumpa dengan yunho.. lepas tempah baju kat butik haritu, mana pernah jumpa dah.

Kat collage pon mana dia ada.. yelah.. kan dia minta cuti nak kawin. Haih.. tiba tiba rindu nak tenung muka handsome dia tu.

Takpelah nyah. Nanti lepas kawin kau hadap lah muka dia sampai kau muak!

"Nyah!!" Mata aku laju memandang haneul yang tiba tiba masuk ke dalam bilik aku.

"Amboi suka hati kau je masuk? Dengan tak ketuk pintu. Dah kalau aku tengah berkemban macam mana?"

"Eleh. Dengan aku pon nak malu ke?" Jelingan maut aku hadiahkan.

Budak ni kalau kene hempuk.. fuh puas hati aku.

"Mana hongjoong?" Soalku sambil membaca buku di katil kesayangan aku

"Kat bawah lah. Takkan aku nak ajak dia masuk bilik kau pulak"

Aku hanya menganggukkan kepalaku.

"Macam mana? Lagi 3 hari official jadi wife jeong yunho?" Haneul menghulurkan tangannya ke arah aku acah acah pegang mic.

Aku yang baik hati ni pon follow je lah acting dia tu.

"Sememangnya saya happy kerana dapat kahwin dengan pujaan hati.. lah sangat!"

"Lah? Asal pulak"

Buku yang berada di tangan aku tutup dan letak tepi.

Tiba masanya untuk membawang pasal future husband.

"Kau tau tak? Lepas je tempah baju kahwin.. dia langsung tak datang sini and langsung tak jumpa aku!"

"Busy lah tu kot"

"Ye busy lah sangat!" Aku ni belum apa apa dah mengumpat bakal suami.

Jangan lah cari bini yang perangai macam ni. Tak elok.. ಠ∀ಠ

"Alah kau rilek jelah. Dia kan prof.. maybe dia busy lah pasal kerja dia"

Positive jelah areum oi.. nasib lah dapat bakal suami yang lagi tua 6 tahun dari aku. Memang dia busy jelah memanjang.

"Areum! Yunho datang ni!"

Membulat besar mata aku apabila mendengar nama yunho yang keluar dari mulut puan jung.

"Panjang umur.. baru mengumpat" kata haneul sambil tersengih.

Aku tau sangat budak ni nyakat aku. Kau tunggu haneul. Kau tunggu. Sempat kau tetiba kawin dengan orang lain selain hongjoong memang aku bahan kau habis habis!

"Diam. Jangan kasi tau dia. Aku sental mulut kau nanti"

"Areum datang ni!" Mata aku sempat melirik ke arah haneul.

Sebaik aku keluar dari bilik, kelihatan yunho sedang duduk di hadapan meja makan bersama hongjoong.

Satu lagi masalah. Aku lupa pulak hongjoong ada sekali. Ish!

"Areum" aku memandang wajah puan jung yang agak serius.

Aku menelan kelat air liur aku bila dengan suara serius milik puan jung.

Dia kalau marah.. huh.. sapa yang jenis tak tahan tu mau lari rumah beb.

"Kamu dah lama kenal yunho ke?" Soal puan jung.

Firasat aku kuat mengatakan yang hongjoong ada bongkar sesuatu kat mak aku.

"Erm.."

"Kenapa tak kasi tau omma yang dia mengajar kat collage areum?"

"Omma.. bukan areum tak nak kasi tau.. tapi.. areum cuma tunggu masa yang sesuai je.."
Puan jung memandang yunho yang mendengar perbualan anak beranak itu.

"Lain kali kasi tau omma"

Aku menganggukkan kepalaku.

Mata aku tepat memandang ke arah hongjoong yang tengah makan dengan berselera.

Dengan muka tak bersalah kau boleh makan ye. Aku sumpah kau tercekik tulang ikan baru kau tau-

"Tak nak duduk ke?" Mata aku laju memandang ke arah yunho.

Aku terus melabuhkan punggung ku di hadapan yunho.

Tiba tiba datang haneul yang baru turun dari bilik aku.

"Lambat awak turun? Kemaskan bilik areum ke-"

BUK!

Hongjoong menggerang kesakitan sambil memegang kakinya.

Kau ingat kaki aku pendek aku tak sampai nak terajang kau?

"Hongjoong. Mulut kau memang tak ada filter ke?" Ucapku sambil tersenyum.

"Kenapa tak makan lagi? Makan lah."

"Appa mana?" Aku baru menyuapkan sayur ke dalam mulut aku terus tercekik bila dengar perkataan 'appa' yang keluar dari mulut yunho.

Aku salah dengar ke?!

"Apa prof cakap? Uhuk uhuk!" Haneul memberikan segelas air mineral kepada aku.

"Lah kenapa? Kan nanti dia jadi menantu omma.. tak boleh ke panggil macam tu?" Soal puan jung.

Aku lah mak aku ni. Belum kawin lagi dah kene panggil macam tu. Kalau kawin nanti aku tak tau apa pulak akal dia.

"Kalau kamu tunggu dia.. lambat lagi lah. Dia ada meeting. Balik lambat sikit" aku menganggukkan kepalaku.

"Uish kenyang!" Ucapku sambil memegang perut yang dah dipenuhi makanan.

"Dah kenyang? Ha pergi keluar dengan yunho"

"Hah?" Senyuman aku terus pudar.

"Tengok dewan untuk majlis perkahwinan kamu nanti." Balas puan jung sambil mengemas pinggan mangkuk.

"Erm.. tak payah kot.. lagipun areum-"

"Jom" aku perlahan lahan memandang ke arah yunho.

"Saya-"

"Pergi jelah areum. Tadi kata rindu" membulat besar mata aku bila dengar perkataan yang keluar dari mulut haneul.

"Sejak bila pulak aku cakap macam tu?!!"

"Dah.. jangan nak gaduh kat sini." Keluhan berat aku lepaskan.

Masin betul mulut. Pantang aku mention nama dia..

Sebaik sahaja tiba di dewan perkahwinan, aku meneliti setiap perhiasan yang terletak cantik di tempatnya.

"Wahh.. cantiknya.."

"Puan jung yang minta saya decorate dewan ni macam ni" aku memandang ke arah yunho yang berada di belakang aku.

"Omma saya?"

Yunho perlahan lahan berjalan menuju ke arah aku.

"Puan jung kata.. awak satu satunya anak perempuan dia.. jadi dia nak yang terbaik untuk awak"

Mata aku tepat memandang ke anak mata yunho.

Actually.. he is too perfect to be mine..

"Terima kasih sebab tunaikan permintaan omma saya" ucapku lalu tersenyum.

Baru harini aku tau yang yunho ni soft jugak orangnya.. even kadang tu garang nak mampo*

Aku tersentak apabila melihat yunho yang tiba tiba tersenyum memandang aku.

My heart can't stand it! (ᗒᗩᗕ)

To be continued

•Perfect Husband• || Yunho Ateez ||Where stories live. Discover now