chapter19❤️

189 8 0
                                    

Sebaik sahaja aku masuk kedalam rumah. Aku terkejut bila tiba tiba nampak yunho yang bersandar pada dinding sebelah pintu masuk rumah.

"Ish! Awak buat apa kat sini? Terkejut saya"

"Dia cakap apa dekat awak" soal yunho dengan wajah dingin

"Dia cakap dia minta maaf pasal kejadian haritu. Isteri awak ni kan baik hati. Saya maafkan lah dia. Tu je" ucapku

Beg sandang terus aku campak ke atas sofa di ruang tamu.

Aku memandang yunho yang masih tidak berganjak dari situ.

Aku terus berjalan menuju ke arahnya. Tangannya aku rangkul
"Awak marah ke?" Soalku

"Tak" ucapnya dingin

Haih

"Dah lah tak payah fikir pasal dia.. sekarang ni kita fikir bila kita nak honeymoon"

Mood yunho tiba tiba berubah. Mata dia yang dingin membulat seperti puppy.

"Honeymoon?" Soal yunho dengan wajah gembira.

"Yelah.. lagi pon tak lama lagi saya dah nak graduate"

Yunho tiba tiba tersenyum sinis pada aku.

Aku dah mula tak sedap hati. Terus tangan gergasi milik yunho itu aku lepas. Kaki aku melangkah kebelakang menjarakkan diri darinya.

"Nak apa senyum senyum" soalku sambil menelan kelat air liurku.

"Kalau honeymoon.. awak tak terfikir nak ada anak ke?" Kakinya melangkah kehadapan mendekati aku.

"Omma kan dah tak sabar nak timang cucu.. jadiii"

"EEEE TAK NAK LAH!!" aku dengan sepantas kilat berlari menuju ke bilik diikuti yunho yang mengejar aku dari belakang.

AAAA AKU TAK READY LAGI NAK ADA ANAK! PLEASE!

Aku diri sendiri pon tak terjaga, lagi nak jaga anak sendiri. Ghisau aku.

* * *

"Honeymoon?!" Tangan aku laju menutup mulut haneul.

Dah lah dari tadi satu kelas pandang aku lain macam.

Ni sebab kes yang si miya tu datang lah. Tak pasal pasal kantoi kat sini jugak.

"Masa kau kecik tercekik mic ke do. Perlahan sikit suara tu" haneul tersengih.

"Hmm nak pergi mana ye. Kat mana tempat yang seronok?" Soalku sambil jariku bermain di screen phone.

"Kau tanya lah suami kau" ucap haneul lagi

"Dia tu busy. Kau tak nampak ke tadi? Aku sapa pon tak pandang"

"Biar balik rumah nanti aku nak merajuk"

"Aku taknak bercakap dengan dia"

"Biar dia menangis"

"Biar dia-"

"Areum.." panggil haneul

"Hamende. Aku tengah luahkan perasaan-" mata aku bertembung dengan mata tajam milik yunho yang sudah berada di hadapan kelas.

Aku meneguk kelat air liur aku.

Tangan aku laju menyiku haneul yang berada di sebelah aku.
"Sejak bila dia masuk" soalku dengan anda perlahan.

•Perfect Husband• || Yunho Ateez ||Where stories live. Discover now