Yunho perlahan lahan menceritakan kejadian yang berlaku padanya di hadapan hospital tadi pada aku.
Aku dah nak naik hantu dengar perempuan miang tu tiba tiba kacau laki aku.
Sempatlah sampai kitorang ni bercerai sebab perempuan ni, memang aku dah belasah sampai lunyai.
"Ihhh!!! Tak ada laki lain ke nak kacau? Sebok kacau laki orang buat apa?!" Marah aku
"Dia tau tak awak dah kahwin?" Soalku pada yunho.
Dia menggelengkan kepalanya.
Ha ni makin naik angin aku ni. Bukan setakat naik angin.. darah tinggi kencing manis semua naik nanti kang!
"Kenapa tak kasi tau dia? Nak saya jugak ke kasi tau perempuan miang tu?" Aku. Eyy aku gerammm!!!
"Buat apa nak kasi tau. Dia bukan ada kene mengena dalam hidup saya lagi"
Haih.. nasib baik lah dapat suami jenis setia kat isteri. Kalau tak, memang aku minta cerai talak 3 terus.
"Dah tu kalau dia kacau awak lagi?"
Yunho terus tersengih pada aku.
"Waktu tu lah awak kene beraksi. Gunakan keganasan awak supaya dia tak dekat dengan saya""Awak bagi green light lah ni? Okay. Kalau dia kacau awak lagi. Memang saya lawan dia cukup cukup"
Yunho tergelak layan perangai aku. Dah lah kecik. Sekali tengok orang ingatkan virus. Risau kadang.
Lah kutuk diri sendiri HAHAHA
Beberapa hari kemudian, aku diizinkan untuk balik ke rumah.
Tapi time nak balik ni tak ada pulak seonghwa? Mana dia?
"Jia unnie.. mana seonghwa oppa?" Soalku padanya
"Busy katanya.. tak apa lah. Areum balik dulu. Jangan lupa makan ubat"
Aku menganggukkan kepalaku.
Tubuh langsing milik jia itu terus aku peluk.
"Kumawo unnie!"Aku dan yunho melambaikan tangan ke arah jia sebelum bertolak pulang ke rumah.
Aku melihat pemandangan dari luar tingkap kereta..
Aku tak boleh bayangkan kalau masa aku accident haritu.. tiba tiba aku dah tak ada kat dunia ni.
Siapa nak jaga suami aku.. aku tak dapat bayangkan apa riaksi dia..
Sebaik tiba sahaja dirumah, lokasi pertama aku tuju dapur.
Membulat besar mata aku bila tengok isi dalam peti ais rumah aku.
"Awak puasa ke apa? Tak ada langsung makanan dalam ni?"
Siyeslah dia ni? Takkan tak makan kot?Aku merasakan tangan hangat milik yunho memeluk erat pinggang aku dari belakang. Dia meletakkan dagunya di atas bahu aku.
"Saya duduk rumah mama.. saya tak sanggup duduk sini sorang sorang" jawabnya.
"Kenapa? Takkan dah besar panjang pun penakut nak duduk rumah sorang sorang?"
"Sebab saya sunyi. Selalunya awak ada memekak kat dapur. Menyanyi sambil memasak.. tapi lepas awak accident.. rumah ni jadi sunyi"
Aku tersenyum mendengar respon dari yunho. Aku mengusap lembut tangannya yang mengelilingi pinggang aku.
"Awak.." panggil yunho
"Please jangan tinggalkan saya lagi. Walaupun sekejap.."
"Saya tak sanggup kehilangan awak"
Aku memalingkan wajahku ke arah yunho. Yunho memandang aku dengan sayu.
YOU ARE READING
•Perfect Husband• || Yunho Ateez ||
Fanfictionkau pernah rasa kene paksa kawin time umur 19 tahun? pernah? kenapa lah arwah atok aku ni wasiatkan kitorang untuk kawin. APA SALAH AKU?! AKU TAKNAK KAWIN MUDA!