CPJ | 01

282 32 6
                                    

SEORANG lelaki yang tampak segak dalam pakaian formal melangkah masuk ke dalam bangunan megah yang menjadi tempatnya mencari rezeki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEORANG lelaki yang tampak segak dalam pakaian formal melangkah masuk ke dalam bangunan megah yang menjadi tempatnya mencari rezeki. Bersama aura yang cukup gah terlihat, dia menjadi perhatian kebanyakan mata yang berada di sekeliling. Kumis tipis dan jambang yang melata, tetapi cukup kemas pada wajah menonjolkan lagi aura maskulin yang dibawa. Beg bimbit di tangan dan kaca mata hitam di batang hidung terasa menyempurnakan segalanya. Membuatkan mata para gadis tidak berkelip seakan orang yang sedang terpana asmara cinta.

Sudah terbiasa dengan situasi yang saban hari berlaku, dia langsung menuju ke arah lif tanpa menghiraukan perhatian yang diperolehi. Butang lif yang menunjukkan angka 8 ditekan sebelum jemari kasarnya beralih pula ke punat tutup. Pintu lif laju tertutup. Membawa seorang jejaka tampan yang menjadi tarikan di syarikat itu. Walau jawatannya tidaklah setinggi pemilik syarikat, tetap juga dia dipercayai kerana kewibawaan dan karismanya yang tersendiri. Sudah hampir 10 tahun sejak dia menamatkan pelajaran, dia menabur bakti kepada syarikat bernama MUZ Architecture.

Pintu lif terkuak membebaskan langkahnya menuju ke bilik kerja yang berdindingkan kaca. Beg bimbit diletakkan di sisi meja sebelum kerusi ditarik keluar lalu punggung berlabuh di atasnya. Tidak lebih seminit dia meyandarkan tubuh, sudah ada bunyi ketukan dari arah luar. Segera dia menjemput manusia di luar itu masuk ke dalam.

Tidak perlu melihat wajah, dia sudah tahu siapakah gerangan di sana yang sedang melangkah ke arahnya. Beg bimbitnya dicapai sekejap. Komputer riba dikeluarkan lalu diletakkan di atas meja. Kemudian, punat hidup pada komputer riba itu ditekan.

"Tuan Mahfuz..." Gerangan itu menyapa penuh hormat dengan panggilan yang formal.

"Hm?" Hanya itu yang terkeluar dari ulas bibirnya tanpa mengangkat pandangan. Tidak merasakan satu keperluan untuk dia melihat pemilik suara itu.

"Hari ni, tuan tak ada apa-apa hal penting. Cuma... Tan Sri minta Tuan Mahfuz berjumpa dengan Tan Sri selepas waktu makan tengah hari nanti. Hal penting katanya."

Sedikit berkerut pelipisnya mendengar makluman itu. Sibuk mencerna apa yang terhadam di pendengaran. Rasanya semua projek sedang berjalan dengan lancar. Tiada pun yang dia terlepas pandang. Semuanya baik-baik sahaja di bawah kendaliannya.

"Awak tahu sebab apa?" Kali ini, soalannya disertai dengan pandangan pada wajah di hadapan meja kerja. Terlihat anggun penampilan si wanita dengan pakaian kasual pada tubuh, tetapi langsung tiada getaran yang terasa di dadanya setiap kali menatap wajah itu walau dia sangat pasti bahawa hati wanita itu mempunyai sesuatu terhadapnya. Mungkin kerana sikapnya yang agak pasif membuatkan si wanita tidak membuka apa-apa langkah.

Biarlah... bukan dia berminat pun.

"Saya tak pasti pula." Sopan suara setiausahanya kedengaran di cuping telinga.

"Erm... okey, tak apa. Nanti saya pergi jumpa dia. Awak boleh keluar. Terima kasih untuk pemberitahuan tadi, Cik Shanina." Senyuman diukir tipis setakat cukup syarat. Tiada sebarang kemanisan dalam senyuman itu.

Cik Pendebar JantungWhere stories live. Discover now