- [ H I A T U S ] -
QARIZH MAHFUZ - Seorang lelaki berusia awal 30-an yang tiada pengalaman dalam percintaan. Bukan sahaja percintaan, bahkan tidak pernah juga mencintai sesiapa secara diam-diam. Kehilangan ibu bapa dan ahli keluarga terdekat membua...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KERETA diparkir di ruang parkir guru yang bertempat di dalam sekolah. Brek tangan ditarik sebelum dia menyandarkan tubuhnya agak kasar pada badan seat kereta. Jam kereta dikerling. Lagi 10 minit sebelum waktu kerjanya bermula.
Gelodak di hati masih cuba ditenangkan selepas pertemuan dengan lelaki gila di warung tadi. Entah mengapa, jiwanya dihimpit resah dengan bicara sang jejaka. Sedaya upaya dia cuba buat tidak peduli, namun semakin terngiang-ngiang suara garau si dia.
Melihat wajah dan penampilan Qarizh, dia pasti lelaki itu bukannya orang kampung ini. Pasti orang luar yang datang berkunjung secara kebetulan. Tapi, kalau dah dua hari berturut dia boleh berada di warung Pak Cik Ahmad... orang kampung sebelah ke? Eh, kampung tu bukan dah roboh ke? Nak buat pembinaan dekat tapak tu?
Dalam pada dia sibuk mengingatkan jejaka yang dikenali sebagai Qarizh itu, telefon bimbitnya berbunyi dari dalam beg tangan. Segera dia kembali ke alam nyata. Mengeluarkan telefon bimbit dan melihat nama yang terpampang di skrin.
"Hai, bie..." Bibir terukir senyum manis tatkala menyapa gerangan di sana. Hati serta-merta merasa bahagia. Seakan berada di awangan. Pelamin kayangan bersama lelaki dicintai.
"Hai, sayang. Awak okey?"
"Okey aje. Kenapa awak tanya?" Berkerut dahi sekejap. Terpinga-pinga dengan soalan prihatin sang kekasih. Tak ada pula hari-hari borak tanya pasal okey, tak okey...
"Awak tak balas mesej saya tadi, sayang. Saya risau. Tahu awak masuk kerja, lagilah saya risau. Saya takut apa-apa jadi dekat girlfriend saya."
Tertawa ceria Ulya dengan ungkapan itu. Jelas nada cemas yang terselit. Buatkan dia merasa sangat berharga di pandangan si dia yang bergelar teman lelaki.
"Tadi saya tengah makan. Lepas makan, terus gerak ke sekolah ni. Ini pun dah kena masuk ni. Takut merah pula kad saya," cerita Ulya tanpa menyebut tentang sarapan pagi yang dinikmati secara kebetulan oleh lelaki semalam.
"Oh... okey lah macam tu, sayang. Saya pun nak masuk office dah ni. Malam kejap lagi saya call. Ada sesuatu nak bagitahu awak!"
"Bie..." Ulya merengek tidak puas hati. Haziq sering sahaja meninggalkan tanda tanya sehingga panggilan berikutnya, barulah diberitahu 'sesuatu' itu.
"I'll hang up, Nada. Kerja baik-baik. Tak nak nakal-nakal!"
Talian segera diputuskan si dia di sebelah sana setelah memberi pesanan.
Ulya Qatrunnada muncung sendiri. Mencampak semula telefon bimbit ke dalam beg tangan. Geram kerana ditinggalkan dalam tanda tanya di benak fikiran.
Menyedari bahawa masa kerjanya akan bermula kurang lima minit, kelam-kabut dia mencapai barang peribadi dan keluar dari kenderaan berpacuan empat roda. Masa untuk larian pecut bersama baju kurung!
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BANGUNAN yang sedang dibina di hadapan matanya, Qarizh tatap bersama senyuman yang tersungging di bibir. Sejak di warung tadi lagi, bibirnya tidak lokek dengan senyuman. Berseri-seri wajah bersama hati yang berbunga ceria. Tidak tahu apa yang telah merasuk diri, namun perasaan ini agak indah baginya.
Cik pendebar jantung yang berjaya ditemui setelah pulang dengan kehampaan semalam menjadi penyumbang terbesar kepada rasa di dada. Mahu dia bertemu pemilik wajah itu lagi, tetapi dia tidak lagi gila hendak melewatkan masa kerjanya demi wanita semalam di dalam hidup.
Tika dia leka sendirian, bahunya terasa disentuh seseorang. Lekas dia menoleh ke arah sentuhan yang terasa. Seraut wajah menyapa pandangan. Sangat mengenali teman sekerjanya yang agak rapat di syarikat sama.
"Bahagia nampak? Macam bukan kau aje..." Sapaan yang diberikan rakan bernama Hariz.
"Eh?" Terpinga sekejap Qarizh mendapat ayat sebegitu. Wajah berkerut keliru.
"Kau melangkah masuk aje... semua orang pandang kau. Tahu apa yang menarik?" Hariz pusing ke kanan sekejap daripada menyatakan perihal sebetulnya.
"Hari-hari dia orang pandang aku. Aku memang banyak daya tarikan." Selamba Qarizh angkat bakul sendiri.
Hariz tersengih sinis. "Kau buat ayat syok sendiri ni lagi lah buat ramai tertarik. Tu ha... bibir kau! Dah apahal senyum memanjang? Pandai pula tu tiba-tiba bergurau dengan orang." Malas hendak melayan loyar buruk sang rakan pada masa kerja, Hariz memberitahu langsung apa yang berlegar di fikirannya.
"Kepochi juga kau, kan? Aku senyum pun... salah?" Qarizh pulangkan soalan. Mengelat daripada menceritakan perkara sebenar.
"Bukan salah. Tapi, pelik! Tu yang tanya. Kau kan spesies lelaki acah hot, tayang muka dingin... beku 24 jam. Mana datang manis kau tu?"
Qarizh ketawa pendek. Bukan main Hariz mengatanya! Acah hot erk? Dia tak tahu aku memang hot! Uhuk!
"Manis tu... aura keimanan aku."
"Banyaklah kau! Geli perut aku dengar!"
Kedua rakan itu ketawa bersama. Terhibur dengan karenah masing-masing.
"Eh, Riz... kau selalu singgah kampung sebelah tak?"
Teringat punca senyumannya pagi ini, Qarizh cuba korek rahsia daripada si teman pula. Mana tahu Hariz ada cerita tentang si dia. Tak silap, Hariz ni banyak juga connection dengan orang luar. Dari awal, memang Hariz juga yang menjaga projek ini. Agak mustahil tak pernah singgah kampung sebelah tapak pembinaan syarikat mereka.
"Erm... banyak kali dah. Ramai juga orang kampung tu aku kenal. Kenapa kau tanya?"
"Oh... aku ada singgah kampung tu tadi. Lawa juga erk kampung tu?"
Terangkat kening Hariz mendengar ungkapan itu. Fikiran mulai syak sesuatu. "Lawa kampung tu atau orang kampung tu? Lain macam je kau ni. Jatuh cinta dengan awek kampung erk?" Hariz menebak. Mengukir senyum nakal di hujung bibir. Mengusik lelaki bertubuh tegap di sisi.
"Eish, kau ni... yang bukan-bukan aje. Aku cakap pasal kampung, kau cakap pasal orang yang duduk dekat kampung tu buat apa?" Qarizh seakan tidak tentu arah. Hati sedikit gelisah dengan agakan lelaki bertubuh agak kurus itu. Cuping telinga diusap tanpa sedar.
Seketika, dia kembali menjatuhkan tangan kanan ke sisi. Aneh dengan diri sendiri. Dah apahal yang macam orang gila bercinta ni, Qarizh oii?
"Kau lah... pelik aku! Tiba-tiba nak puji kampung tu. Sejak bila kau minat suasana alam ni? Kampung pula tu! Hidup kau bukan memang dekat bandar aje ke?"
"Sebab aku dah biasa hidup dekat bandar lah... aku jatuh cinta dengan pemandangan kampung," balas Qarizh. Masih mempertahankan rasa dalam diri. Dia tidak rasa dia sudah jatuh cinta dengan gadis itu, tetapi dia pasti hatinya sangat mahu berkenalan dengan si dia yang mampu menarik perhatiannya pada pandang yang pertama.
"Ya, ya lah kau... eh, dah lah. Aku gerak dulu. Ada yang melambai tu." Hariz memuncungkan bibirnya ke arah salah satu buruh yang sedang memanggil. Bahu si teman ditepuk perlahan sebelum dia benar beredar dari situ.
Qarizh pula hanya menghantar pemergian itu dengan pandangan.