- [ H I A T U S ] -
QARIZH MAHFUZ - Seorang lelaki berusia awal 30-an yang tiada pengalaman dalam percintaan. Bukan sahaja percintaan, bahkan tidak pernah juga mencintai sesiapa secara diam-diam. Kehilangan ibu bapa dan ahli keluarga terdekat membua...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PULANG dari tapak projek yang dijaga, Qarish Mahfuz kembali semula ke kampung yang tadinya disinggahi untuk sarapan pagi. Hari sudah petang, tetapi tidak dia ambil peduli tentang masa. Apa yang dia tahu, dia harus mencari semula gadis itu. Ucapan terima kasih dan gantian wang semula perlu dilakukan. Atau bahkan juga... dia perlu berkenalan dengan si gadis? Kerana sepanjang masa kerjanya tadi, tidak putus-putus ingatannya terkenangkan mekar senyuman manis di bibir itu. Aneh benar situasi yang melanda dirinya pada saat ini.
Tiba di warung, Qarizh mematikan enjin kereta sebelum dia keluar dan melangkah ke dalam warung. Pak cik yang menjaga kaunter sedari pagi dihampiri. Sambil itu, melilau juga anak matanya ke sekitar warung. Mencari seraut wajah yang benar dia hendak temui. Mana tahu... berjodoh lagi dekat tempat yang sama? Senyum nakal dalam hati. Ehehe...
"Pak cik..." Teguran Qarizh berikan tatkala dia sudah berdiri di hadapan kaunter. Dapat dia melihat lelaki tua yang ditegur mengangkat wajah dan merenung semula kepadanya. Senyuman diukir tipis buat pak cik itu.
"Eh, kamu lagi? Haa... kenapa ni?" Pak cik itu membalas ramah.
"Pak cik, saya nak tanya pasal... erm... cikgu yang pak cik cakap bayarkan makanan saya pagi tadi." Qarizh usap tengkuk sekejap sebelum jemari kasarnya beralih ke cuping telinga. Segan sendiri dengan pernyataan yang diutarakan.
"Oh, cikgu... Kenapa dengan dia?"
"Pak cik tahu mana nak cari cikgu tu? Maksud saya... sekolah dia mengajar dekat mana?" Qarizh menjelaskan soalannya.
"Cikgu mengajar dekat dalam kampung ni juga. Sekolah menengah tepi jalan besar tu. Kalau dari sini, kamu straight aje... dalam 7 minit macam tu, nampaklah sekolah tu."
Terangguk-angguk kepala Qarizh mendengar makluman pak cik tua itu. "Waktu mengajar dia pagi ke petang selalunya ya?" Dia menyoal lagi. Memikirkan mungkin cikgu yang dicari berada dalam sesi pagi, mungkin juga berada dalam sesi petang.
"Dia sesi pagi."
Qarizh ketap bibir rapat mendengar jawapan itu. Sesi pagi? Jadi kemungkinan besar cikgu itu sudah tiada di sekolah pada waktu ini.
Jam di dinding sebelah kaunter dikerling. Tidak ketinggalan juga pak cik tua itu mengerling ke arah yang sama. Jarum jam sudah hampir menunjuk ke angka 5.
"Oh... dah pukul 5 ni, biasa cikgu datang juga ke sini. Duduk sambil layan handphone. Kalau kamu betul nak jumpa dia, duduklah dulu. Kejap lagi sampai tu agaknya." Pak cik tua itu bersuara lagi.
"Okey lah kalau macam tu. Saya tunggu kejap."
"Hah... duduk lah dulu. Pak cik buatkan air. Nak air apa?"
"Teh ais, pak cik."
"Okey! Na... teh ais satu, Na!" Pak cik itu melaung ke arah dapur yang terletak bersebelahan dengan kaunter.