- [ H I A T U S ] -
QARIZH MAHFUZ - Seorang lelaki berusia awal 30-an yang tiada pengalaman dalam percintaan. Bukan sahaja percintaan, bahkan tidak pernah juga mencintai sesiapa secara diam-diam. Kehilangan ibu bapa dan ahli keluarga terdekat membua...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ULYA Qatrunnada melangkah masuk ke dalam warung yang sering menjadi singgahannya pada setiap pagi dan petang. Bersama sepasang baju kurung yang ayu tersarung di tubuh, dia berjalan sopan menuju ke sebuah meja yang terletak di pinggir warung.
Tidak lama selepas dia melabuhkan duduk, seorang pelayan menghampiri dan mengambil pesanannya pada pagi itu. Usai pesanan dibuat, dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Ruangan chat di aplikasi whatsapp dibuka. Nama seseorang dicari. Bibir terukir senyum spontan tatkala sebaris nama yang diharapkan ada meninggalkan pesanan buatnya seperti kebiasaan.
Bie: Good morning, sayang. Masih migraine lagi? Masuk mengajar hari ni?
Jemari runcingnya menari di atas skrin telefon bimbit untuk membalas pesanan itu. Ralit dia dengan dunianya. Tidak diambil peduli manusia sekeliling. Seorang pak cik yang sedang berjalan ke arahnya langsung tidak tertangkap di retina mata.
Me: Morning, bie. Migraine saya dah elok dah. Kenalah masuk mengajar. Awak dekat mana? Sampai office dah?
Serentak dia menekan butang 'hantar', suara garau lelaki tua yang sudah lama dikenali menyapa di deria pendengaran. Wajah diangkat lalu wajah Pak Cik Ahmad ditatap. Senyuman diukir manis sambil anak mata memerhati gerak-geri lelaki tua itu meletak menu pesanannya di atas meja. Telefon bimbitnya diletak ke tepi. Adab yang dipelajari ketika makan di luar.
"Terima kasih, pak cik," ucapnya sopan. Dalam hati, aneh juga dia rasakan kerana Pak Cik Ahmad bergerak keluar dari tempatnya di kaunter. Jarang lelaki tua itu hendak menghantar pesanan jikalau anak buahnya ada menjaga bahagian khidmat pelanggan.
"Sama-sama, cikgu."
Ingatkan setelah balasan itu terungkap, Pak Cik Ahmad akan melangkah pergi. Namun, tidak juga. Masih statik kedudukan lelaki tua itu di sisi meja makannya. Sambil mencapai sudu dan garfu yang juga berada di atas meja, dia mengerling wajah yang bergaris sedikit kedutan.
"Kenapa ni, pak cik? Ada benda pak cik nak cakap?" Tisu juga dicapai lalu sudu garfu di tangan dilap bersih.
"Ha'ah. Pasal lelaki yang cikgu belanja pagi semalam. Cikgu ingat?"
Ulya berfikir sejenak. Cuba menyelam di ruang memori tentang lelaki yang dimaksudkan Pak Cik Ahmad. Beberapa saat selepas itu, barulah dia mampu memandang wajah Pak Cik Ahmad dan mengangguk laju bagi menjawab persoalan tersebut.
"Kenapa dengan dia?"
"Semalam petang dia ada datang cari cikgu."
"Cari saya? Kenapa pula?" Berkerut seribu pelipis Ulya mendengar pernyataan itu. Dia ada buat salah ke sampaikan lelaki itu hendak mencarinya? Tolong bayarkan makanan pun nak marah?
"Pak cik tak pasti pula kenapa, tapi pak cik rasa mesti ada kaitan dengan cikgu bayarkan makanan dia. Dia tunggu lama juga semalam. Nak dekat senja baru dia balik," cerita Pak Cik Ahmad lagi.