11 Fortunate

181 26 0
                                    

Enjoy !

Drrtt..

Haechan ☀❤

| Jumpa dekat rooftop
11.45


Hana terkedu menerima notifikasi chat dari Haechan yang tiba-tiba memintanya untuk berjumpa. Biarpun gadis itu gembira Haechan masih mahu berhubung dengannya namun ada sedikit kegelisahan dalam hati nya.

Hana takut kalau-kalau lelaki itu...


Rooftop


"Haechan."

Lelaki itu menterbalikkan badan menghadap gadisnya.

"Hana." Haechan tersenyum masam

Mereka sedikit kekok bertemu dalam keadaan begini. 3 hari lelaki itu tidak menghubunginya. Setelah apa yang terjadi baru-baru ini...

"Hana... aku minta maaf." Lelaki itu memegang erat kedua tangan Hana, mengamati wajah cantik itu

Gadis itu mengangkat kedua kening

"Kehadiran aku dalam hidup kau mesti membebankan. Kau—"

"Haechan!" gadis itu memotong kalimat barusan "kau tak buat salah langsung. Cukup aku menderita penyakit ni jangan pulak kau nak tinggalkan aku. Aku tak sanggup.." rintih Hana

Haechan tercenggang. Tangannya masih terpaut pada tangan gadis itu. "Aku takkan tinggalkan kau. Aku bersumpah." suara Haechan tidak kedengaran seperti gurauan.

Melihat lelaki di hadapan yang menatap dirinya, Hana tahu dia benar-benar memaksudkannya. Gadis itu terseyum tipis

Melihat balasan dari Hana, Haechan segera menarik tubuh gadis itu ke dakapannya. Pelukan yang dirindui.


.


.


.

"Macam mana exam?" tanya Haechan yang sedang menikmati air starbuck di tangan berjalan berdampingan Hana. Mereka berada di kawasan rumah gadis itu

"Okay. Nasib baik dapat soalan senang." Hana senyum lebar hingga menampakkan deretan gigi.

Haechan turut senyum mengusap pucuk kepala teman wanitanya.

"Esok last exam. Study sama-sama jom."

Tawaran Hana buatkan Haechan sedikit ragu namun lelaki itu tiada pilihan. Lelaki itu mengangguk pelan. "dekat mana?"

"Perpustakaan." Hana melirik jam tangan yang menunjukkan pukul 5.00 pm. "Jom pergi sekarang tak jauh pun dari sini."

"Barang tak bawak?"

Gadis itu terseyum tipis, menunjuk beg hitam yang dia galas sejak tadi. "Dah bawak."

***

A Guy Named Haechan √Where stories live. Discover now