12 Prediction

181 26 3
                                    

Enjoy !
------------------

Sejak dari pertemuan dengan Seulgi, hubungan Taeyong dan Hana sedikit renggang. Mereka tidak bercakap selama hampir seminggu. Semua kerana ego masing-masing.

Hana turun ke dapur untuk minum air. Saat itu Taeyong juga menuju ke dapur. Lelaki itu menatap adiknya dari belakang

Hana menoleh, dia terperanjat melihat Taeyong sedang memerhatikan nya. Gadis itu tidak mahu menghiraukan dan mula melangkah pergi dari sana

"Hana."

Langkah gadis itu terhenti

"Sampai bila kau nak jadi macam ni?"

Hana menolehkan badan menatap Taeyong

"Apa?"

"Sudah-sudah la tu merajuk."

"Siapa yang merajuk sekarang ni?"

Taeyong terdiam beberapa saat sebelum memulakan bicara "Habistu kenapa diam. Tak tegur langsung."

"Tanya balik dekat diri sendiri."

Sekali lagi Taeyong rasa ditikam. Akhirnya lelaki itu mengalah. "Aku minta maaf."

"Maaf! Maaf! Maaf! takde benda lain nak sebut." Hana mula rimas dengan penyataan itu.

"Habistu kau nak aku buat apa?" Taeyong mengangkat kening

"Muhasabah diri."

Taeyong tersenyum tipis. Dia tahu adiknya sudah memaafkan nya.

"Petang ni nak keluar."

Lelaki itu mengerutkan kening "Dengan siapa?"

"Dengan Haechan..." suara gadis itu pelan dalam hatinya takut jika mereka bertengkar lagi apabila nama itu disebut

Taeyong mengangguk pelan, menepuk kecil bahu Hana "Pergilah."

Hana mendengar itu berasa senang hati mula mengukirkan senyuman manis ke Taeyong

"Jangan balik lambat."

Gadis itu mengangguk kukuh

***

Hana berjalan ke hulur-ke hilir di dalam bilik. Gadis itu buntu memilih pakaian untuk diapakai petang nanti walaupun pilihan bajunya begitu banyak. Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 petang tetapi dia masih belum bersiap

"Nak pakai apa ni!"

Taeyong kebetulan berada berdekatan bilik Hana, memandang kelakuan adiknya yang tak tentu arah dalam bilik yang pintunya terbuka luas. Lelaki itu masuk

"Kenapa dah macam beruk ni?"

Hana menolehkan kepala melihat Taeyong sudah duduk atas katil.

"Tak tahu nak pakai baju apa."

Lelaki itu tertawa kecil. "Nak pergi mana?"

A Guy Named Haechan √Where stories live. Discover now