06 Intention

267 26 2
                                    

Enjoy !

Weekend. Hari ini Hana tidak pergi ke perpustakaan seperti biasa. Gadis itu merancang untuk meluangkan masa di sungai Han merehatkan mental seketika.

Gadis itu berjalan menyusuri rumput hijau mengenakan kameja putih dan vest beige dipadankan dengan seluar berwarna coklat. Rambutnya panjangnya dilepaskan dihiasi sepit rambut berbentuk bunga kecil warna kuning. Gadis itu benar-benar cantik dipandang

Setelah 15 minit, Hana berehat di bangku panjang putih bawah pohon besar. Sebelum itu, dia membeli ais krim untuk menyejukkan tekak

Semasa gadis berambut hitam itu melirik matanya ke sekeliling, bola matanya menangkap susuk badan yang cukup dia kenal sedang berdiri tegak memandang sungai Han

Gadis itu bangun dari duduk

"Haechan!"

Lelaki itu memalingkan badan ke sumber suara

Gadis itu berlari kecil ke arahnya sambil memegang kon ais krim di tanga

"Datang nak tengok sungai Han jugak?" hana bersuara

Haechan mengangguk

"Jom berbual kat sana." hana menunjukkan tempat yang dia duduk tad

Haechan memegang tangan gadis itu semasa dia membuka langkah. Hana menoleh ke belakang

"Hana.." bisik haechan dengan suara parau

Mata mereka dikunci

"Ah aiskrim!"

Meleleh ais krim yang dipegang tadi saat Hana sibuk menatap lelaki hadapannya.

Haechan yang menyedari hal itu mengeluarkan tisu dari poket kemudian menarik tangan kanan Hana penuh cairan ais krim. Dilapnya tangan kecil gadis itu

Hana berdebar lalu menatap haechan yang sedang membersihkan tangannya

Haechan kemudian mengangkat kepala saat menyedari gadis itu menatapnya

Hana terus buang pandangannya. Dia melepaskan tangan dari cangkeram Haechan

"Hana pergi toilet dulu nak basuh tangan." jawab Hana senyum

Kemudian gadis itu meninggalkan haechan di belakang

***

"Aduh macam mana boleh cair." keluh gadis itu

Suasana di tandas bertukar riuh. Seperti sekumpulan gadis berjalan menunju ke tandas

Hana membeliakkan mata apabila mendapati Noze gang terserempak dengannya

"Eh kau lagi?" tegur Yuju

Badan Hana gementar. Kepalanya seperti memutarkan kembali nasibnya di rooftop waktu itu bersama mereka. Gadis itu trauma

Saat Hana ingin keluar dari sana...

Seulgi manarik tangannya

Hana menutup mata apabila sedar gadis itu sudah mengangkat tangan untuk mendaratkan tamparan ke muka

A Guy Named Haechan √Where stories live. Discover now