"You okey tak? Kepala still sakit lagi ke?" Tanya Ezra prihatin sebaik sahaja dia sampai di kondominium mewah milik Vanessa yang diberi olehnya. Tangannya mengusap wajah Vanessa yang terbaring di atas katil. Kemudian belakang tapak tangannya ditekap ke dahi wanita itu, ingin memastikan bahawa Vanessa tidak demam.
"Kepala I still berdenyut. Sakit lah sayang." Rengek Vanessa dengan nada lemah. Mukanya berkerut menahan sakit.
"Jom kita pergi hospital. Takut makin melarat nanti." Ajak Ezra risau. Badannya sudah ditegakkan. Bersedia untuk mengangkat Vanessa.
"No need lah sayang. Nanti okeylah tu. I pun dah makan ubat dah tadi." Bantah Vanessa. Kantoi lah nanti dia pura-pura sakit. Lengan Ezra dipegang lembut.
"Are you sure baby?" Tanya Ezra inginkan kepastian.
"Yup. Meh baring sebelah I." Ajak Vanessa sambil menepuk tempat kosong di sebelahnya. Mata dilirikkan menggoda. Cuba memancing Ezra.
"Tak boleh lah. I kena balik. Isteri I dah tunggu dekat rumah. I janji nak dinner sama-sama dengan dia." Tolak Ezra lembut. Timbul rasa bersalah di hati apabila teringat kembali perlakuan dia sebentar tadi terhadap Iris.
Terus berubah riak wajah Vanessa apabila perkataan isteri keluar dari mulut Ezra. Namun, segera ditutupnya agar Ezra tidak perasan. Aku tak akan lepaskan Ezra malam ni. Tekad Vanessa dalam hati.
"Alah you ni. Tak kesian ke dekat I. I sakit ni Ezra. Sampai hati you tinggalkan I sorang-sorang. Kalau I jatuh masa nak pergi bilik air nanti macam mana? You dah tak sayangkan I ke?" Rajuk Vanessa. Muka dimemekkan sedih.
Dia tahu Ezra lemah dengan pujuk rayunya. Kalau tidak, masakan Ezra lebih banyak menghabiskan masa dengannya berbanding isterinya sendiri. Pinggang Ezra dipeluk erat. Mukannya disembamkan ke perut Ezra yang seksi disebalik baju. Tidak mahu melepaskan Ezra. Dia akan pastikan malam ini Ezra dengannya seperti malam-malam sebelum ini.
"Yelah yelah." Ezra mengalah setelah berdiam seketika. Dia pun tidak sanggup meninggalkan wanita itu sendiri dengan keadaannya yang tidak sihat. Dia mengambil tempat di sebelah Vanessa sebelum membaringkan badannya. Tak apa, Iris boleh tunggu. Ezra cuba menyedapkan hati sendiri.
Segera Vanessa memeluk erat badan Ezra. Wajahnya digeselkan ke dada bidang Ezra.
"Thank you sayang." Bisik Vanessa. Satu senyum kemenangan terukir di bibir. Puas. Hatinya puas apabila Ezra memilihnya berbanding isteri lelaki itu sendiri.
"Dah tidur." Tangan Ezra naik membalas pelukan Vanessa. Belakang Vanessa diusap lembut kemudian bibir Vanessa dikucup sekilas, seperti kebiasaan.
Ting!
Kedengaran bunyi notifikasi menandakan mesej masuk. Iris mencapai telefon miliknya. Mana tahu mesej dari Ezra cakap dia minta maaf. Mana tahu je lah.
Siapa pulak WhatsApp aku malam-malam buta macam ni? Desis Iris dalam hati.
Riak wajahnya berubah pucat, matanya membulat apabila melihat gambar yang dihantar si pengirim. Gambar seseorang yang begitu dikenalinya. Gambar seseorang yang begitu dekat dengannya. Gambar selfie Ezra dengan seorang perempuan yang agak seksi berpakaian tidur. Kelihatan Ezra sedang nyenyak tidur sambil memeluk erat perempuan tersebut. Manakala perempuan tersebut sedang mencium pipi Ezra.
Ting!
Satu lagi mesej masuk.
Malam ini Ezra milik aku dan selamanya Ezra akan jadi milik aku.
Iris terus mencampakkan telefonnya ke tepi. Tidak tahu ingin membalas bagaimana. Sudah terang lagi bersuluh Ezra memilih perempuan itu berbanding dirinya. Lihat sahaja tadi, Ezra bergegas datang kepada perempuan tersebut sedangkan dia sudah janji dengan Iris untuk makan malam bersama. Tidak guna dia berbalah kalau awal-awal lagi dia sudah kalah.
Dadanya sesak. Hatinya sebak. Perlahan-lahan air mata mengalir. Buat sekian kali, Iris menangis kerana Ezra. Lebih tepat lagi, kecurangan Ezra.
Kau tangiskan apa Iris? Tak guna kau menangis. Buat bazir air mata je. Ingat Ezra kesah? Memang tak lah. Ejek Iris kepada diri sendiri. Air mata diseka. Tangisan cuba dihentikan. Namun, air mata masih degil ingin mengalir.
........................
"So Puan Iris. Apa keputusan puan?" Tanya Doktor Fath. Wajah pucat Iris ditenung. Cantik. Dari keningnya yang terbentuk cantik, matanya yang bundar dipayungi bulu mata yang lebat dan lentik, hidung yang kecil dan comel dan bibirnya yang nipis terbentuk. Sesuai dengan bentuk wajahnya yang bujur sirih.
Fath, bini orang tu. Bisik Fath kepada diri sendiri. Cuba menyedarkan diri sendiri daripada terus hanyut menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Matanya terus dikalih ke arah lain. Kang kantoi tenung bini orang. Naya Pak Karim.
"Saya tetap dengan pendirian saya. Saya tak nak jalani rawatan kemoterapi." Ujar Iris nekad.
"Puan yakin?" Tanya Doktor Fath sekali lagi. Menginginkan kepastian. Riak kecewa cuba disembunyikan.
"Saya yakin doktor." Jawab Iris tegas. Iris sudah nekad. Dia tidak akan menjalani rawatan kemoterapi. Biar dia menghabisi sisa usia yang tidak seberapa. Sekurang-kurangnya, dia tahu bila dia akan mati.
"Baiklah. Kalau itu yang puan nak." Doktor Fath pasrah. Sebagai seorang doktor, dia harus menghormati keputusan pesakitnya walaupun hatinya berkeras mahu Iris menjalani rawatan kemoterapi.
"Kalau puan berubah fikiran, puan boleh hubungi saya." Pesan Doktor Fath penuh pengharapan.
"Baik doktor. Terima ka-" baru sahaja Iris ingin mengucapkan terima kasih dan beredar, tiba-tiba kaki dan tangannya terasa keras dan kejang menyebabkan dia melorot jatuh ke lantai.
"Puan Iris!" Panggil Doktor Fath. Itulah suara yang terakhir didengari oleh Iris sebelum dia tidak sedarkan diri. Segera Doktor Fath bangkit mendekati Iris.
"Nurse, patient epilepsi." Jerit Doktor Fath.
YOU ARE READING
OG | IRIS WARDINA : HER FIRST LOVE
RomanceKu ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah jalan. Itulah yang terjadi kepada Iris Wardina dan Ezra Mikael. Angkara kecurangan Ezra, mahligai bahagia yang mereka bila selama 8 tahun punah begitu sahaja. Bukan Iris tidak mencuba untu...