BAB 6

225 32 16
                                    

It's amazing how someone can break your heart and you can still love them with all the little pieces
-Ella Harper

****

"Abang, tolong abang. Sakit!" Rintih Iris. Suaranya sudah serak dek tangisan dan raungan.

Ezra yang bagai kerasukan itu tidak mengendahkan rintihan Iris. Tangannya masih ligat melibas tali pinggang ke belakang tubuh gadis itu.

"Aku penat-penat cari nafkah untuk kau, kau boleh pergi jumpa jantan lain eh sundal? Isteri jenis apa kau ni?" Hamun Ezra. Tali pinggang yang digunakan untuk melibas Iris dicampak kasar ke lantai.

"Sumpah demi Allah abang, Iris tak pernah jumpa lelaki lain belakang abang." Tutur Iris teresak-esak. Kaki Ezra cuba dipaut. Ingin memohon kemaafan lelaki itu.

Namun badannya ditendang kasar oleh Ezra menyebabkan dia terbaring ke lantai. 'Ya Allah, sakitnya.' Rintih Iris dalam hati apabila luka bekas libasan Ezra terkena lantai. Bibir diketap rapat, tidak mahu rintihan keluar. Takut menaikkan lagi amarah Ezra.

" Kau tak payah menipu lah perempuan. Habistu yang dalam gambar tu apa? Kau nak cakap gambar tu pun tipu lah? Kau ingat aku bodoh sangat ke sampai tahu mana satu edit mana satu betul?" Iris yang terbaring kesakitan itu dipandang jijik tanpa sekelumit pun rasa bersalah.

"Kalau aku tahu kau jumpa jantan tu lagi, siap kau Iris. Lebih teruk dari ini aku boleh buat." Ugut Ezra kasar.

"Makin aku tengok kau, makin meluat aku rasa." Degus Ezra seraya berlalu dari situ. Mahu menenangkan hati yang masih panas membara itu. Tidak ada sedikit pun ihsan di hati lelaki itu untuk menolong Iris yang jelas-jelas kesakitan itu.

Esak Iris mulai bergema memenuhi ruang apartment yang sunyi itu sebaik sahaja bunyi pintu rumah dihempas.

Sakit!

Hanya perkataan itu yang terlintas di fikirannya sekarang.

Seluruh tubuhnya berasa begitu sakit dan perit. Lagi-lagi bahagian belakang badannya.

Lama Iris menangis sendirian di atas lantai yang keras dan sejuk itu.

Perlahan-lahan Iris bangkit. Dengan langkah berat bilik air dituju. Tanpa membuang masa, baju miliknya dibuka. Bibirnya diketap kuat menahan pedih. Lagi-lagi apabila bajunya sudah melekat pada lukanya yang sudah mulai mengering.

Setelah bajunya terbuka sepenuhnya, Iris memerhati luka di tubuh di sebalik biasan cermin. Penuh berbirat belakang badannya angkara libasan tali pinggang milik Ezra. Di mukanya turut terdapat kesan lebam.

Tanpa sedar, air matanya kembali jatuh. Ezra, suaminya sanggup memperlakukan dia sebegitu rupa kerana cemburu buta. Ezra langsung tidak mahu mendengar penjelasan darinya.

Iris memejam matanya rapat. Perbuatan Ezra sebentar tadi cuba dihilangkan dari kotak ingatan.

Setelah berjaya menenangkan diri, muka dibilas dengan air. Kemudian kotak first aid yang terdapat di kabinet bersebelahan cermin digapai.

Iris meringkis kesakitan apabila kapas yang dituang iodin itu terkena lukanya. Pedih. Namun digagahkan jua dirinya untuk terus menyapu kapas tersebut pada lukanya.

Selesai membersihkan dan mengubat lukanya, Iris berbaring di katil. Badannya diiringkan. Tidak mahu luka di belakangnya berdarah semula.
Perutnya yang berkeroncong kelaparan tidak dihiraukan. Dia tidak larat. Seluruh badannya sakit.

Gambar perkahwinan yang tergantung di dinding bilik Iris pandang dengan pandangan kosong. Di dalam gambar tersebut, dia dan Ezra kelihatan sungguh bahagia. Senyum lebar terukir di bibir masing-masing.

Kenapa sekarang mereka tidak lagi bahagia? Dimana silapnya? Kenapa Ezra sanggup menduakannya sedangkan dia mencintai lelaki sepenuh hati. Seluruh jiwa dan raganya telah diberikan kepada Ezra. Tapi mengapa Ezra masih menduakannya?

Adakah kerana dia tidak mampu memberikan zuriat pada lelaki itu? Adakah kerana cinta lelaki itu padanya telah hilang ditelan waktu? Entah, dia tidak tahu.

Yang dia tahu, dia masih mencintai Ezra seperti dulu. Masih sepenuh hatinya.

****

"Bos, saya dah dapat maklumat apa yang bos nak." Kata pemanggil di hujung talian.

"Proceed" arah Ezra sepatah. Rokok di tangannya disedut dalam sebelum asapnya dihembus perlahan.

"Lelaki tersebut merupakan Fath Haider. Dia merupakan seorang doktor. Kebetulan pada hari kejadian, Puan Iris mempunyai appointment di hospital Doktor Fath berkerja." Ezra mendengar dengan penuh tekun.

"Masa gambar itu diambil, Doktor Fath sedang memulangkan sapu tangan Puan Iris yang tercicir. Saya yakin, mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan." Terdiam Ezra mendengar laporan dari suruhannya.

Tanpa sepatah kata, Ezra terus mematikan panggilan. Mukanya diraup kasar.

"Apa yang kau dah buat Ezra? Kenapa kau tak siasat dulu? Kau bodoh Ezra." Marah Ezra sambil menghentak mejanya. Fikirannya melayang teringatkan kembali kejadian sebentar tadi.

Masih terbayang di matanya wajah Iris yang berkerut kesakitan. Masih terngiang-ngiang di telinganya esak tangis dan raungan wanita tersebut setiap kali libasan tali pinggang terkena tubuhnya.

Entah mengapa pada masa itu, dia tidak menghiraukan semuanya. Akal fikirannya telah dikuasai nafsu amarah.

Hanya kerana sekeping gambar, dia menuduh isterinya curang. Hanya kerana sekeping gambar, dia memaki hamun isterinya dengan kata-kata kesat dan hanya kerana sekeping gambar, dia tergamak melukai isterinya.

Isterinya, Iris Wardina. Wanita yang sanggup kehilangan segalanya demi bersama dengannya. Wanita yang sentiasa bersama tatkala dia susah dan senang. Wanita yang setia bersamanya selama 8 tahun lamanya.

Sungguh dia tergamak melukainya wanita itu.

Bagaikan tersedar dari mimpi, Ezra segera bangun. Terkocoh-kocoh dia menuju ke parkir kereta. Sebelum itu, sempat dia menelefon rakan karibnya, Aryan.

"Bro, aku nak kau datang ke rumah aku sekarang." Ujar Ezra sebaik sahaja panggilan bersambut.

"Hah? Why?" Tanya Aryan kepelikan di hujung talian. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba kawannya itu suruh dia datang ke rumah. Tak pernah-pernah Ezra mempelawanya datang ke rumah jejaka itu.

"Jangan banyak tanya. Kau datang je. Jangan lupa bawak barang-barang kau."

"Kau sakit ke Ezra?"

"Bukan aku, tapi bini aku. Cepat sikit." Balas Ezra lalu mematikan panggilan. Enjin kereta dihidupkan.

"Sayang, maafkan abang." Rintih Ezra pilu sambil memandu. Pedal minyak semakin ditekan. Kereta di hadapan dipotong lincah. Tidak sabar untuk sampai ke rumah.

Dia ingin memeluk Iris. Dia ingin memohon kemaafan dari isterinya itu.

Tbc.

Hi guys! How are you? Orait tak orait tu? Sorry sebab aku ambik masa yang agak lama untuk update. Dan terima kasih kerana sudi support story walaupun story ni tak seberapa. Aku hargai sangat-sangat. Happy reading guys!!

OG | IRIS WARDINA : HER FIRST LOVEWhere stories live. Discover now