BAB 2

177 31 16
                                    

Cahaya mentari bersinar cerah menembusi celah langsir yang beralun lembut ditiup angin. Suasana tenang dan sunyi. Kelihatan satu sosok tubuh sedang lena beradu di katil. Dadanya beralun perlahan. Deru nafasnya sekata.

Iris membuka matanya perlahan. Kantuk yang masih tersisa segera hilang apabila tekaknya berasa mual. Segera Iris bangkit berlari menuju ke bilik air sambil tangannya menekup mulut.

"Uwerkk! Uwerkk!"

Bunyi Iris muntah memecah kesunyian pagi yang hening.

Iris membilas mulutnya setelah selesai muntah. Tekaknya masih terasa perit. Wajah pucatnya direnung seketika di pantulan cermin sebelum melangkah keluar.

Iris menuju ke dapur. Dia membuka pintu almari yang menyimpan segala ubat-buatan miliknya. Botol kaca berwarna putih dan kekuningan dicapai. Dia membaca dengan teliti arahan yang tertera di botol ubat tersebut sebelum mengeluarkan isinya.

Iris memandang kosong pil yang pelbagai warna di tapak tangannya. Dia benci ubat. Namun, apakan daya, dia terpaksa menelannya jua. Kesemua pil tersebut dimasukkan sekali gus ke dalam mulut sebelum air sejuk di dalam gelas yang tersedia diteguk rakus.

Iris segera mencapai air susu di dalam peti sejuk. Ingin menghilangkan rasa pahit ubat yang masih tersisa.

Setelah rasa pahit tersebut hilang, Iris menyediakan bahan untuk membuat sarapan untuk Ezra. Nasi lemak sambal sotong kegemaran Ezra. Sebelum itu, botol ubat tadi disimpan semula ke dalam almari.

Iris menyanyi kecil sambil menyediakan sarapan Ezra. Bibirnya menguntum senyuman manis. Tidak sabar untuk melihat reaksi gembira Ezra apabila dia menghantarkan makanan tersebut kepadanya nanti.

Iris meletakkan nasi lemak tersebut dalam sebuah bekas. Hirisan timun dan telur disusun cantik. Selepas itu, Iris meletakkan bekas tersebut dalam sebuah beg kertas. Tidak lupa jugak kopi o panas yang diisi dalam bekas thermos diletakkan sekali di dalam beg kertas tersebut.

Setelah semua selesai, Iris menanggalkan apron dibadannya. Bilik tidur dituju. Ingin bersiap-siap untuk menghantar sarapan tersebut kepada Ezra.

***

Iris melangkah menuruni bus. Bangunan tinggi yang tersegam megah di depan mata dipandang sejenak sebelum langkahnya dibuka menuju ke lobi bangunan tersebut.

Lif yang dikhaskan untuk tetamu VIP dituju. Butang lif ditekan.

TING!

Iris melangkah masuk ke dalam lif. Butang yang bernombor 10 ditekan. Sesampai sahaja di tingkat 10, Iris menuju ke bilik Ezra yang terletak di sebelah kanan. Tertera nama Ezra di pintu bilik tersebut.

EZRA MIKAEL
CHIEF EXECUTIVE OFFICER

Pintu bilik diketuk. Namun tidak mendapat sahutan selepas beberapa saat. Iris mengetuk sekali lagi. Setelah beberapa minit, baru ada suara menyahut dari dalam.

"Come in"

Iris menguak pintu bilik tersebut. "Hi abang! " tegur Iris sambil tersenyum manis. Pandangannya disapa oleh wajah terkejut Ezra dan perempuan yang tidak dikenalinya. Kedudukan mereka agak mencurigakan dan masing-masing sibuk membetulkan rambut dan baju mereka.

"Ehem..Iris buat apa dekat sini?" Tegur Ezra.

"Nak hantar breakfast untuk abang." Iris cuba mengekalkan senyuman manis di wajahnya. Rasa curiga dihati cuba Iris lupakan. Senyum Iris. Mereka berdua tak buat apa-apa. Itu semua, hanya andaian kau. Bisik Iris di dalam hati, cuba menyedapkan hati dan perasaan sendiri.

"Kenapa tak inform awal-awal? Kalau abang ada meeting macam mana?" Bebel Ezra. Tangannya menyambung beg kertas yang dihulurkan oleh Iris.

"Saja nak bagi abang surprise"

"Ezra, tak nak kenalkan dia dengan I ke?" Celah perempuan yang bersama Ezra tadi.

"Nadine, ni Iris adik angkat I. Iris, ni Nadine business partner abang." Perkenal Ezra ringkas. Terus berubah riak wajah Iris. Hatinya hancur mendengar Ezra memperkenalkan dia sebagai adik angkat. Namun, kekecawaan hati cuba disorok sebaik mungkin. Senyuman di bibir sedaya upaya dimaniskan. Cuba menutup hatinya yang sedang remuk.

"Hi, I'm Nadine." Ujar Nadine sambil menghulurkan tangannya.

"Iris" balas Iris sambil menyambut huluran tangan Nadine. Matanya memandang wajah Nadine yang jelita.

"Iris balik dulu lah abang. Mesti abang banyak kerja kan. Bye." Iris meminta diri. Hatinya tidak kuat menghadap Ezra dan Nadine.

"Bye. Hati-hati balik tu." Iris melangkah keluar dari bilik Ezra. Iris berlari anak menuju ke lif. Sesampai sahaja di dalam lif, air mata yang ditahannya sejak tadi mengalir membasahi pipi. Mulut ditekup. Cuba menahan esak daripada keluar. Perasaanya bercampur baur. Kecewa, sakit hati, sedih, marah.

Tiba-tiba telefon miliknya yang berada di dalam handbag berbunyi. Iris mengelap air matanya sebelum mengambil telefon miliknya. Tertera nombor yang tidak dikenali di dada telefon.

"Hello, ini Puan Iris ke?" Tanya pemanggil di hujung talian sebaik sahaja panggilan dijawab.

"Ya saya, Iris. Siapa ni?" Tanya Iris kembali dengan suara seraknya. Kakinya melangkah keluar dari bangunan tersebut. Tempat menunggu teksi dituju. Kebetulan pula terdapat teksi yang kosong di situ. Segera badannya diloloskan ke dalam perut teksi.

"Sekejap ye." Telefon miliknya dijauhkan dari telinga.

"Apartment Tropica." Ucap Iris sebelum melekapkan kembali telefon miliknya ke telinga.

"Continue."

"Saya Doktor Fath, doktor yang in charge Puan. Puan kena datang ke hospital isnin ni untuk jalani rawatan."

"Baik doktor."

Iris menyandarkan badannya ke kusyen yang empuk itu. Pandangan dibuang ke luar. Suasana kesibukan kita dipandang kosong. Sekosong hatinya. Jika mengikut kehendak hati, dia tidak ingin menjalani rawatan. Kalau dia jalani rawatan pun, dia tetap tidak akan sembuh. Rawatan hanya mampu memanjangkan jangka hayatnya. Bukan menyembuhkan dirinya sepenuhnya. Pengakhirannya, dia tetap akan mati juga. Cuma cepat atau lambat.

"Kau tak payah nak hidup lama sangatlah. Kalau kau menjalani rawatan pun, ia cuma akan memanjangkan penderitaan kau. Ke, kau berharap Ezra akan berubah? Kau yakin ke dia nak berubah? Ezra pun tak pernah ambik tahu prihal kau. Kau hidup ke mati ke, mana dia kesah. Dia siap tak mengaku bini lagi." Ejek Iris pada diri sendiri. Entah lah, dia masih tidak pasti.

Ting!

Kedengaran bunyi pemberitahuan mesej masuk. Phone yang masih berada di genggamannya, Iris buka.

1 message from Abang

Segera dibukanya mesej tersebut. Beberapa saat kemudian, air mata kembali membasahi pipi.

-Lepasni, Iris tak payah nak hantar makanan dekat abang. Abang tak suka.

Luluh. Itu sahaja yang boleh digambarkan keadaan hatinya sekarang. Sampai hati Ezra memperlakukannya sedemikian. Kalau dulu, Ezra siap merayu lagi supaya dia menghantar bekal untuknya. Sekarang, dihalau adalah.

To Abang♥️

-Baik Abang. Sorry sebab kacau abang.

Iris membalas mesej Ezra dengan masa yang dikaburi air mata. Setitik demi setitik air mata jatuh membasahi skrin telefon miliknya. Kerlingan pelik pemandu teksi Iris abaikan. Iris menangis semahunya. Melepaskan apa yang terbuku di hati.

Tbc.

OG | IRIS WARDINA : HER FIRST LOVEWhere stories live. Discover now