Iris melangkah longlai keluar dari bangunan. Kelihatan manusia bertempiaran lari mencari tempat perlindungan. Masing-masing tidak menduga yang cuaca cerah sebentar tadi akan bertukar mendung dalam sekelip mata. Seolah-olah langit tahu akan kesedihan yang melanda Iris.
Suasana terasa sejuk. Iris membetulkan kardigan yang dipakainya sebelum memeluk erat tubuh sendiri. Di tangannya terdapat sehelai kertas putih yang agak ronyok. Terpapar perkataan Laporan Perubatan berserta nama Iris di dada kertas tersebut.
Tanpa menghiraukan rintik hujan yang deras, langkahnya dibuka menuju ke perhentian bus yang berdekatan. Sementara menunggu bus, telefon bimbit miliknya dikeluarkan.
Jam ditilik terlebih dahulu, pukul 5.40 petang sebelum satu nombor yang begitu dikenali di dail. Panggilannya tidak dijawab. Iris mencuba sekali lagi, panggilan masih tidak dijawab. Iris terus mencuba membuat panggilan, namun hasilnya masih menghampakan. Panggilannya tidak dijawab. Hanya suara gadis operator yang kedengaran.
Iris merenung kosong telefon bimbit di tangan sebelum menyimpan kembali dalam handbag miliknya. Air matanya yang ingin mengalir ditahan. Rasa kecewa yang mulai tumbuh cuba Iris abaikan. Mungkin Ezra sibuk. Bisik Iris kepada diri sendiri, cuba menyedapkan hati.
Kemudian, kertas laporan kesihatannya ditatap sejenak sebelum membuangnya ke dalam tong sampah berdekatan. Hatinya sudah tekad. Dia tidak akan memberitahu Ezra prihal penyakitnya. Biar dia tanggung sendiri. Ezra tidak perlu tahu. Kalau Ezra tahu pun, mesti Ezra tak kisah.
Tidak lama selepas itu, bus tiba. Iris berbaris memasuki bus. Dia mengambil tempat duduk di tepi tingkap. Iris membuang pandangannya ke arah luar tingkap bus. Tiba-tiba telefon bimbit miliknya berdering.
Wajah Iris yang suram tadi berubah ceria setelah melihat nama si pemanggil. Segera panggilan tersebut dijawab.
"Hello abang," sapa Iris teruja.
"Hello sayang. Kenapa call?" tanya si pemanggil di hujung talian.
"Iris tak boleh call abang ke?" tanya Iris dengan nada merajuk apabila mendengar pertanyaan Ezra.
"Boleh saja. Cuma abang busy sikit tadi" jawab Ezra cuba memujuk. Tangannya membuat isyarat agar perempuan di sebelahnya senyap.
"Abang balik tak malam ni?" tanya Iris penuh harapan.
"Abang tak balik." Jawab Ezra tanpa nada.
"Abang balik lah. Iris rindu nak dinner sama-sama dengan abang." Rayu Iris.
"Iris ni tak faham bahasa ke? Abang banyak kerja. Sebab tu abang tak balik. And lain kali pun kita boleh dinner lah." Suara Ezra sudah berubah nada. Jengkel.
Iris terkedu seketika mendengar jawapan Ezra. Hatinya terluka." Maaf abang. Iris cuma rindu abang." balas Iris perlahan. Air matanya sudah membasahi pipi. Dulu setiap malam, mesti Ezra akan balik dinner walau sibuk bagaimana sekalipun. Namun sekarang, batang hidung Ezra pun dia jarang nampak sebelum tidur.
"Sayang okey tak ni?" tanya Ezra apabila mendengar suara Iris yang serak di hujung talian. Dalam hatinya timbul rasa serba salah kerana menaikkan suara terhadap Iris.
"Okey saja. Abang tu, nanti jangan lupa makan. Jangan tidur lewat." pesan Iris. Suaranya dikawal sebaik mungkin. Takut Ezra tahu yang dia tengah nangis.
"Baik sayang. Sayang pun sama. Abang nak sambung buat kerja ni. Bye sayang."
"Bye abang. Lov--"
"Tut tut.. Tut tut"
Belum sempat Iris menghabiskan ayatnya, panggilan sudah dimatikan dahulu oleh Ezra. Iris terjeda seketika.
YOU ARE READING
OG | IRIS WARDINA : HER FIRST LOVE
Storie d'amoreKu ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah jalan. Itulah yang terjadi kepada Iris Wardina dan Ezra Mikael. Angkara kecurangan Ezra, mahligai bahagia yang mereka bila selama 8 tahun punah begitu sahaja. Bukan Iris tidak mencuba untu...