Islam itu, agama yang mudah untuk dilaksanakan. Mudah untuk faham. simple. Namun, mahu menjadi seorang muslim pada era ini, bukan suatu hal yang mudah. Setiap hari adalah satu pertarungan buat diri untuk menjadi seorang muslim yang berjaya.
Setiap masa, setiap saat—ambillah masa untuk belajar walau sekejap. belajar dari kesilapan itu sudah tentu. Bahkan, kita juga patut belajar untuk berhenti melakukan kesilapan yang sama.
Do not be discouraged because, if one looked hard enough. Allah will pave the way and give you the answer that you are seeking for.
Ini, adalah kisah perjalanan kecil oleh seorang gadis bernama Humaira Adawiyah. Cerita tentang kesusahan dan langkah dia—untuk menjangkau status 'muslim yang baik' dalam hidup. Dia bukan ustazah. Dia bukan seorang guru. Akan tetapi—dia seorang penghijrah.
Humaira Adawiyah adalah seorang gadis mualaf. Dia, Xian Ling. Gadis daripada keluarga Xian.
Xian Ling bukanlah seorang gadis biasa. namanya itu gah dalam dunia pekerjaan lain milik sang keluarga. Keluarga yang mempunyai latar belakang gelap.
Kumpulan naga bermata merah.
Oleh kerana satu kesedaran, Xian Ling mula menjangkah pergi dengan kerelaan diri. Xian Ling memilih agama dan bermulalah hidup dia seorang gadis yang berkendiri. Xian Ling mahu menjadi seorang gadis yang bernama Humaira Adawiyah. Dia nekad!
"ni bushi wo de haizi! Fuji!"
"bi bu zai shi wo de meime, ye jiushi shuo ni bu zai shi women zu de chengyuanle. Zuo!"
Dua tahun berlalu, Xian Ling berjaya merempuhi hidupnya yang susah. Dia berjaya menikmati kebahagiaan yang tercari-cari. Pengalaman menjadi seorang guru tadika dan menjual kek, adalah pengalaman manis buat Xian Ling.
Namun, sehinggalah—pada suatu hari;
"Kau buta ke apa?! Apa kau tak nampak kereta aku?!"
"Hey! Kereta awak takat calar tahu tak? Itu! kereta saya remuk teruk! Siapa nak tanggung?!"
Kisah dia bersama seorang jejaka mula mencoret dalam episode baru. jejaka itu adalah, Lucifer Laiv!
Lucifer mengalami kesusahan tersendiri. Dia mempunyai tekanan yang pelbagai. Hidupnya dipersoalkan itu dan ini. Namun, sejak pertemuan dia bersama Xian Ling—lucifer merasakan, ada sesuatu menghambat sanubari sendiri.
Pada tuntasnya, Lucifer perlu membuat sesuatu!
"Kerja dengan aku dan hutang kau selesai"
"Amboi~ mudahnya. Fikir awak siapa?"
"Bakal majikan kau?"
"Tudou!"
Episode ditayangkan satu persatu. Babak mula berlayar menjadi kian menarik. Lucifer dan Xian Ling mula merasa perasaan yang sama. Masing-masing mahu meneruskan—namun, apakah warna hitam dan putih mampu menjadi satu?
"Kau tunggu aku. pada masa yang tepat—aku akan datang. Kau dengar, Mi amore?"
"Itu satu janji?"
"Janji. Kita berkawan sehingga kahwin"
Islam is peace. Islam is a way of life. Apa—Xian Ling bersedia menerima dan terus menanti? Atau—pergi dan tidak menoleh lagi ke belakang? Forbidden fruit—taste good?
YOU ARE READING
NOVEL |HER FORBIDDEN GABRIEL
RomanceHerver Series I Dia seorang gadis cina berlatar belakang kumpulan kongsi gelap yang dibawa oleh sang keluarga. Dia sahajalah seorang perempuan yang menjadi salah seorang ahli di dalam kumpulan tersebut. Mana tidaknya-adik beradik yang lain semuanya...