BAB 1

2.4K 280 81
                                    



Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Sadaqallahul azim"

Kitab suci miliknya dibawa ke wajah. Dia mecium dan mendakap Al-Quran tersebut dengan rasa kasih yang membuak-buak. Dua kelopak mata dipejam rapat bersama senyuman manis. Indah perasaan ini. Dia berharap, perasaan ini tidak akan hilang dalam diri. acap kali dia berdoa supaya dirinya sentiasa dilindungi mahupun terjaga untuk sentiasa beristiqamah pada jalan agama yang satu. Ya, agama Islam.

Dia meleretkan dua ulas bibir. Senyum manis.

"Ya Allah, bantulah aku dalam mengingati kamu, sentiasa bersyukur kepada mu dan tidak lelah memperbaiki ibadah aku kepadamu, aaamiiin"

Permukaan kitab suci itu dikucup lagi sebelum meletak atas meja kecil yang ada di sebelah. kain telekung yang tersarung pada tubuh badannya ditanggalkan seraya menyelerakkan rambut galuhnya yang separas leher.

Selajur ukiran dakwat kekal seekor naga bermata merah penuh melilit seluruh leher itu mula terpapar pada pantulan cermin. Dia tersenyum nipis kemudiannya.

Spontan ukiran tersebut mula disentuh.

"Kenapa lah, aku buat besar-besar dulu? haih" mengeluh. Hakikatnya, itu bukan lukisan kosong semata-mata. itu adalah cop mohor keluarga sendiri. Keluarga dahulu.

Dia, Xian Ling. Kini, mempunyai nama baru iaitu Humaira Adawiyah. Betul, dia penganut baru. dia adalah;

Seorang gadis cina mualaf.

Kepala mula menggeleng. Tak betah dia mahu hanyut dalam dunia sendiri, lekas Xian Ling melipat kain telekung. Kemudian, kedua kaki miliknya mula menapak ke bahagian tilam. Semetelah, lehernya diregang kejap. Lenguh!

Hari ini, dia banyak menggunakan tenaga.

"Ah~shufu de!" tubuh badan mula diselesakan pada atas tilam. Xian Ling mengeliat sebelum memeluk satu bantal. Kemudiannya, siling atas menjadi santapan mata. lama. Xian Ling mula termenung panjang.

Siapa sangka—hidupnya terlalu banyak perubahan sejak dia menganut agama islam pada dua tahun yang lalu. masih xian ling ingat—bagaimana dia mahu mencari tujuan hidupnya dan apa keistimewaan yang ada dalam agama suci ini. Struggle dan Xian Ling tidak menafikan, dia langsung tidak pernah merasa menyesal.

Saat itu, Xian ling tersenyum manis.

Memori yang indah walaupun terselit keperitan.

"Ad-Dinn. Al-Imran ayat ke 19.

'Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah islam'

Ayat itu dan kalam Allah itu—memberi impak besar dalam hidupnya. Di mana, tika itu—xian ling tekad mahu memeluk agama islam dan meninggalkan sisi hitamnya dahulu.

NOVEL |HER FORBIDDEN GABRIELWhere stories live. Discover now