Xian Ling menumpukan perhatian pada pemanduan. Jari jemari mengetuk perlahan pada permukaan stereng. Lagu klasik berbahasa Cina menjadi peneman. Dia baru sahaja membeli barangan keperluan dan stok. Terus terang, dia sudah over budget. Kebanyakan barangan dibeli sudah naik harga. Nampaknya, balik nanti dia perlu membuat kira-kira yang baru.
selajur dia menghela nafas panjang. Tidak mungkin dia mahu menaikkan harga jualan. Kalau mahal sangat, rasa tidak logic pula. Dia Cuma membuka kedai kek biasa sahaja. Tiada apa yang istimewa.
Kemudiannya, signal lampu kiri dihidupkan. Lantas itu stereng kenderaan dipusingkan. sempat Xian Ling menjengah cermin pandang belakang kejap. Sudah biasa dan menjadi habit.
Kebelakangan ini, musuh-musuh keluarganya kerap menyerang dia. seminggu sekali tentu ada. hairan. Kenapa dia? tak akan pula musuh keluarganya tidak tahu, dia sudah dibuang? Ke—ada benda yang dia tidak tahu?
"nak siasat ke? tapi—macam buang masa pula. Cuma kalau dibiarkan, sendiri penat pula nanti? Ke nak buat—"
Bam!
"Allahu Akhbar!"
Xian Ling terkejut besar. Lekas dia memberhentikan kenderaan sebelum handbrek ditarik. Aduh! Siapa pula yang sudah melanggar dia? sempat dia menilik kejap pada cermin pandang belakang dan iya, kereta mewah.
Alamak! Masalah!
Dadanya yang sakit terhentak pada stereng diabaikan. Lantas itu, pintu kenderaan ditolak untuk berkeluar. Astaghfiruallah! Berulang kali dia beristghfar. Janganlah jadi apa-apa yang memudaratkan.
Selajur dua kakinya menapak ke bonet belakang. Serentak itu, dua bebola mata sendiri membulat besar dengan jayanya. Kereta dia—remuak! Huwaa! Dia terasa mahu menangis sekarang ini. Mahu membaiki, spare part mana ada. nak tidak kena menghantar ke bengkel.
Bengkel? Haih, kos mesti mahal. Oh tidak!
"kau ni buta ke apa?! tak nampak ke kereta aku nak masuk tadi?" sergah sang gerangan.
xian ling tersentak, lekas kepalanya menoleh. Apa lelaki ini kata? Berdesing telinga dia dibuatnya. Fengkuang de ren!
Tubuh dipusingkan dan nyata, ada seorang lelaki berkemeja sedang menapak keberadaan dia. pakaian formal untuk bekerja di syarikat. Xian Ling mengeluh dalam sembunyi. Nampaknya, dia bakal berdebat dengan orang 'ada-ada'. bertabahlah duhai hati.
"encik, saya tak buta dan sihat. Alhamdulillah. Encik tu dah kenapa? Saya dah bagi signal kan? Encik yang bawak kereta laju berdesup. Cuba tengok kereta saya! Rosak habis tahu tak" Xian Ling membidas laju. Siap pakej menjeling.
Lucifer menaikkan alis kanannya sedikit dan kedua tangan kekar mula melipat ke dada. pendirian gadis bertudung dihadapannya itu ditilik dari atas ke bawah dan ya—bukan melayu. Chinese mungkin? Bahasa melayu yang sedikit pelat itu membuatkan Lucifer tahu, confirm gadis ini bukan melayu tapi—bertudung? Macam lucy?—mualaf?
YOU ARE READING
NOVEL |HER FORBIDDEN GABRIEL
RomanceHerver Series I Dia seorang gadis cina berlatar belakang kumpulan kongsi gelap yang dibawa oleh sang keluarga. Dia sahajalah seorang perempuan yang menjadi salah seorang ahli di dalam kumpulan tersebut. Mana tidaknya-adik beradik yang lain semuanya...