Klak!
Xian Ling mengunci pintu kedai dengan kemas. Dua ulas bibirnya tidak berhenti menggumam dek selawat kepada Nabi SAW. Sesudah itu, gugusan kunci lekas dibawa masuk ke dalam beg tangan sebelum kedua kaki panjang miliknya menapak ke kenderaan. Kepala menoleh kanan kiri sebelum mahu melintas. Balik ini dia terasa mahu bermakan nasi goreng sahaja. Tidak perlu membeli. Masak sahaja sendiri. Seingat dia, masih ada lebihan nasi pada pagi tadi dalam peti.
Xian Ling angguk. Shi de!
selajur butang kunci kereta ditekan sehingga kedua lampu kereta bahagian hadapan sudah berkelip dua kali. Seluar palazzo berwarna hitam itu beralun dengan cantiknya seiring dengan langkah laju oleh xian ling. Seluar palazzo bundle!
Saat itu, Xian Ling menghela nafasnya panjang. Bibir dikemam kejap. Kenapalah dia parking jauh sangat? bahana datang lewat pagi tadi. jenuh!
"Hoii!!"
Terkejut. Lantas itu, Xian Ling menoleh kepalanya ke belakang. Dua kakinya turut berhenti melangkah. Siapa sahaja menjerkah tadi? apa—panggil dia kah bagaimana?
Seraya itu, Xian Ling mengerutkan wajahnya. Tiga orang lelaki yang sedang berjalan dekat keberadaan dia mula menjadi santapan mata. spontan alis kanannya terangkat.
Eh? Siapa? Memang panggil dia kah tadi? muka pun, bengis semacam. Dah kenapa? Muka macam dah tak berak seminggu. Ketat betul.
Kepala digeleng. Sebaik mungkin, Xian Ling memaniskan wajahnya. Bersangka baik!
"ya? Encik—panggil saya?" soal xian ling ramah sambil miliknya dimasukkan terlebih dahulu ke dalam kereta. tanpa apa-apa balasan, ketiga jejaka itu mula berjalan mendekat ke arah xian ling bersama riak wajah yang sukar ditafsir. Tidak lama kemudian, Xian ling menyengetkan kepala sedikit Tatkala dua iris miliknya digamit akan sebatang besi pada tangan salah seorang jejaka tersebut.
Apahal ni? Gangster jalanan? Samseng?
Xian ling masih berdiam. Namun, dua bebola matanya sudah bergerak memerhati ketiga jejaka yang mula mengepung dia dalam bentuk bulatan.
Xian Ling mula beriak hairan. Bibirnya dalam diam sudah mengucap kalimah Allah untuk memohon kekuatan dan kesabaran di dalam diri. sempat dia melirik jam tangan pada pergelangan kiri sekilas..
Lagi satu jam nak masuk waktu maghrib.
Ahhh! Dah lewat!
"bagi kunci kereta kau. jangan nak berlawan!" ujar salah seorang jejaka itu bersama riak wajah yang mendatar. Sengaja kepala diteleng ke kanan untuk menunjukkan corak tatu yang menakutkan itu kepada xian ling.
Xian ling sedikit terkejut. tadi lelaki ini cakap apa? Wah~ dia kena dirompak kah sekarang? peras ugut? Biar betul?
"huh? kenapa? Tapi, encik ni—siapa?" Xian Ling masih bersikap tenang. sikitpun tiada nada yang gentar terselit pada nada suara tersebut. dia Cuma hairan, kalau nak merompak sekalipun—kenapa dia?
Kereta dia biasa kut. Myvi versi lama. apa istimewanya?
Saat itu, kedua jejaka di belakang xian ling mula tergelak nakal dan iya—mereka terhibur dengan ke- bluran gadis ini. Mereka merompak. Selalunya mangsa mereka adalah 'wanita'.
Kenapa?
Sebab wanita adalah Kaum yang lemah dan mudah ditindas. Kerja akan menjadi lebih mudah!
Sang jejaka tergelak. Terhibur.
"banyak soal pula kau ya?! Bagi kunci sekarang!" jerkah sang jejaka dengan kuat sehingga xian ling mula ternganga. Apa? Tiba-tiba tidak puas hati dengan dia. Suka suki sahaja meminta. Fikir dia orang senang ke? not anymore! Selajur kepalanya yang tidak gatal itu digaru kejap. Macam mana ni?
YOU ARE READING
NOVEL |HER FORBIDDEN GABRIEL
RomanceHerver Series I Dia seorang gadis cina berlatar belakang kumpulan kongsi gelap yang dibawa oleh sang keluarga. Dia sahajalah seorang perempuan yang menjadi salah seorang ahli di dalam kumpulan tersebut. Mana tidaknya-adik beradik yang lain semuanya...