BAB 9

2.4K 283 48
                                    


Berdebar. Berpeluh!

Xian Ling mengintai-intai pada sebalik jendela. Dua bebola mata nya aktif gerak kanan kiri untuk mengitari sekeliling. Dia sedang bersembunyi! Sehingga dia sanggup mengenakan pakaian berwarna serba hitam dan memadam lampu kedai bahagian depan. Hari ini, Lucifer akan kemari! Menakutkan sungguh! Kifarah untuk dia kah bagaimana dek keras memungut hutang dahulu. aduhai.

Xian Ling mengerling jam dinding. Iya, sudah jam sepuluh dan lima puluh lima minit. Ada baki lima minit untuk tepat jam sebelas pagi. Selajur bibir bawah mengemam. Kenapa dia perlu menjadi kecut perut sebegini? Sedangkan—kereta dia yang ranap!

Meng-pasrah dia jadinya. haish!

"Tenang HUmaira. Kau kan—sudah kunci pintu depan dan belakang. Siap meletak tanda Closed lagi. chill sajalah" Xian Ling berbicara kepada diri sendiri. Mahu memujuk sebenarnya.

Saat itu, Xian ling menadah tangan. dua kelopak mata terus mengatup rapat.

"Jangan datang. Jangan Datang. Jangan datang. Tolonglah, jangan datang" berulang-ulang Xian Ling mengomel seperti sedang membaca mantera. Dia, sangat berharap—jejaka itu tidak datang. Susahnya dia nak menjadi baik, macam-macam dugaan. Huwaa!

Kemudian, Xian Ling mengintai semula. langsir yang ada diselak sedikit. Berhati-hati.

"Kalau dia datang—Kau tak suka?" ada suara menerpa ke gendang telinga Xian Ling. Berbisik. Spontan, Xian Ling menghela nafas lemah. dia mengeluh.

Entah ke berapa kali dia mengeluh pagi ini kerana Lucifer. Bertabah sahaja. Haish.

"Bukan tak suka tapi—memang tak suka. dia datang nak mencari fasal saja" jawab Xian Ling dalam nada berbisik juga. Tumpuan masih diberi pada luar. Betul, dia tidak suka. sepertinya, benak sendiri memberi amaran kepada dia untuk menjauh daripada jejaka tersebut. Ba. Ha. Ya!

Kereta calar tapi sudah membengis gaban. Huh!

Seketika itu, Lucifer masih tegap berdiri pada belakang Xian Ling. Sedaya upaya dia menahan diri dek mahu ketawa. Comel. Sejujurnya, dia sudah menelaah, Xian Ling pasti tidak membenarkan dia untuk bermasuk melalui pintu hadapan. Natijahnya, dia rempuh dari pintu belakang.

Setakat, kunci loker begitu—mudah dia merosakkan. Simple as kentang. Saat itu, Lucifer senyum herot. Atas bawah dia melirik Xian Ling. Tak menafikan—dia suka. bertutup yang nice. Tidak meleret dan tidak keterlaluan.

Hati dia tercuit.

"Tak mahu menjengah pintu belakang pula?" Lucifer membisik lagi. dua pipi dikembungkan tatkala Xian Ling masih belum sedar akan situasi yang sekarang. damn this girl!

Selajur Xian Ling mengerutkan wajahnya. Pintu belakang? Sudah kenapa kotak akalnya meminta sedemikian?

"Apa pula? Kita kenalah—" terdiam. Xian Ling berjeda saat dua matanya terpapar akan kasut kulit di belakangnya. Serta merta tubuh mengeras. Sekejap, suara tadi—bukan dalam benak dia kah? Itu bermaksud;

Perlahan-lahan Xian Ling menoleh. Apabila mata bertemu mata, selajur Xian Ling berundur ke belakang. Terkejut! Alamak! Lelaki kerek ini sudah bermasuk dalam! Markas dia diceroboh!

Lekas Lucifer ukir senyum senget. Panjang!

"Hai Mi Amore~ morning"

Xian Ling melopong luas. Mi Amore kentang dia! tudou! Bagaimana lelaki ini boleh bermasuk dalam? Dia sudah siap kunci depan belakang. Apa terjah dari bumbung ke bagaimana?!

NOVEL |HER FORBIDDEN GABRIELWhere stories live. Discover now