BAB 7

2K 296 110
                                    


"ni ke—rumahnya? Besarnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ni ke—rumahnya? Besarnya. Kaya betul ni"

Xian Ling beriak kagum. Terpegun. Dia mengitari persekitaran rumah agam tersebut. tidak menafikan, saiz rumah ini terlampau besar dan luas. Saat itu, Xian Ling matikan enjin kenderaan. Nasib sahaja Siti Zainab sudi memberi dia kereta ini untuk kerja penghantaran kek. Kalau tidak? haih, kenalah dia menyewa kenderaan. Aduhai!

Tali pinggang keselamatan mula ditanggalkan. Selajur pintu kenderaan ditolak keluar sebelum berturun. Kepala menoleh kanan kiri sambil menapak ke bahagian penumpang belakang.

Sunyi. Kawasan perumahan elit ini terlalu hening. Keluarganya dahulu memang kaya tapi—tidaklah dia dapat bertinggal tempat sebegini. Masih ada jiran kiri kanan.

"Bismillah!" selajur Xian Ling mengangkat sekotak kek dengan berhati-hati. Kemudiannya, pintu ditutup rapat. seraya itu, Xian Ling menapak ke pintu pagar rumah di sana. kek yang terakhir. Selepas itu, balik!

Kepala mula menjengah-jengah. Namun tiada bayang yang kelihatan. Xian Ling mengerutkan wajahnya. Hairan. Baru dia sedar, tiada langsung pondok pengawal. Bukankah rumah besar sebegini, patut ada—orang yang menjaga?

Rumah keluarganya saja pun sudah ada orang penjaga yang ramai. ini? Bayang langsung tidak kelihatan, mencurigakan sungguh. Ke—dia salah alamat?

Vroom! Pin!

Xian Ling terkejut. Lantas itu, tubuh dipusingkan ke belakang. Kala itu, ada seorang jejaka melangkah keluar dari kenderaan mewah itu. xian ling ternganga sedikit.

Oh! Allah, indahnya ciptaan kau ini~

Luth Hades Rafael mengukir senyuman manis. Rambut diraup kebelakang seraya menapak dekat keberadaan gadis bertudung dihadapannya. Tepat pada masa!

"Assalamualaikum. Itu—kek kah?" sapa Luth Rafael mesra. Dua mata sendiri tertancap pula pada kotak yang dalam pegangan sang gadis.

Xian Ling terpinga-pinga. Huh?

"err, ya. sa-saya bawa kek. Jadi, awak ni—"

"saya yang tempah. Luth" lanjut Luth Rafael bersama senyuman manis. Cukup membuatkan Xian Ling terasa berbahang malu. Entah kenapa—lelaki ini ada 'Nur' dan, aura yang lain macam.

Dia yang perempuan pun terasa malu nak bertentang mata ke mata. berderau darah dalam badan dibuatnya.

"Ah~ Encik Luth. Ya, ini kek nya. Saya jual" balas Xian Ling malu-malu. Haih, siapa lelaki depan dia ni? ustaz kah? Guru kah? Serayanya—muka dia sudah tentu menjadi berbiram.

Luth Rafael menyambut huluran tersebut dengan berhati-hati. Sempat dia menilik kejap kek dalam kotak dan iya, cantik. selajur dia senyum melebar. Bau sedap!

"Terima kasih sebab sudi hantar ke sini. saya fikir nak ambil saja de—"

"Uncle!"

Terkejut. Lekas Luth Rafael kalih pandangan. Tatkala itu, dua matanya terhias akan kelibat seorang gadis berambut biram sedang berlari kepadanya. Luth Rafael kian senyum melebar. Baru saja mahu menyahut, gadis kecil tersebut sudah menghamburkan kata-kata pedas. Kuat!

NOVEL |HER FORBIDDEN GABRIELWhere stories live. Discover now