Bab 8

1.9K 14 0
                                    


" Awakkk...."
Fya berlari-lari anak mendekati Yuni dengan senyum lebarnya.

"Ingat dah lupa saya!"
Kata Yuni yang pura-pura merajuk

"Eeee..mana ada lah, awak tahukan awak je satu-satu bff saya..dah jom pergi kelas."
Sambil menarik lengan Yuni.

Sampai sahaja mereka berdua dikelas, Fya dan Yuni terus sahaja melabuhkan punggung mereka dibangku masing-masing.
Fya yang perasaan akan ketiadaan Tira menanyakan pada Yuni.

"Awak ada nampak Tira tak?..ke dia tak masuk kelas Harini?"

Yuni mengangkatkan bahunya tanda dia tidak tahu. Benar, Yuni tidak berbohong bahawa dia benar-benar tidak tahu dimana Tira.

"Tira.. morning awak!.."
Sapa Fya dengan senyum cerianya yang melihat Tira baru saja sampai ke kelas.

"Emm. Moning."
Tira menjawab dengan singkat sambil tersenyum kecut tanpa melirik kearah Fya sedikitpun.

Fya agak hairan melihat sikap Tira yang seolah-olah mengabaikannya, Tidak mahu mengambil pusing, dengan pantas Fya menyingkirkan sangkaan buruknya.

Benar, Tira mengabaikan Fya. Kerana apa? Tidak perlu ditanyakan lagi.

Author pov.

Rumah Fad

"What!? Tunang!?"
Tanya Fad yang masih terkejut mendengar permintaan ayahnya.

"Iya, besok malam family bakal tunang Fad akan datang makan malam disini dengan kita.
Terang Dr Yazid sambil meletakkan mugnya yang Berisi air kopi diatas meja.

"Tapi ayah.."
Belum sempat Fad membantah, Dr Yazid bersuara.

"Ayah tak terima sebarang bantahan!, Masih ingat lagi janji kamu? "
Dalam nada tegas.

"Iya, betul Fad janji dengan ayah untuk tunai ape saja permintaan ayah, tapi bukan berarti ayah boleh tentukan hidup Fad sewenang-wenangnya"
Bantah Fad tidak terima dengan permintaan gila ayahnya itu.

"Pilihan hanya dua, tinggalkan cita-cita kamu atau bertunang!"
Ucap Dr Yazid muktamad

Fad menatap Dr Yazid tajam seperti sebilah pisau seolah olah menentang Dr Yazid, kelihatan juga Fad mengetap rahangnya dengan sangat keras. Cuba menekankan amarahnya sedalam mungkin.

Dr Yazid yang menerima tatapan seperti itu berasa sedikit tertarik. Kerana selama 18 tahun dia membesarkan Fad baru kali ini Fad menunjukkan emosinya, walaupun tidak ketara tapi sebagai ayah tentu saja dia mengenali anaknya.

Terlihat Dua buah keluarga yang sedang berbual rancak. Mereka benar-benar terlihat seperti sebuah yang bahagia, kecuali ada dua orang diantara mereka berlima yang tidak membuka suara sama sekali. Mereka hanya melirik-lirik sahaja, ralat! Hanya si gadis sahaja yang melirik kearah si lelaki.

"Jadi bila pertunangan mereka akan dilangsungkan?" Tanya Dato' Rizman pada Dr Yazid yang serta merta membuatkan Fad dan Tira saling melemparkan pandangan penuh arti. Jika Tira memandang Fad dengan tatapan menginginkan berlainan pula dengan Fad yang memandang Tira dengan Tatapan datar dan tidak berminat.

"Minggu depan"
Putus Dr Yazid sewenang-wenangnya, Fad yang tidak menerima akan keputusan itu, langsung bangkit dari meja makan dan meminta diri sebelum meninggalkan mereka.

Tira melihat pemergian Fad dengan penuh amarah tapi tidak diperlihatkan diwajahnya, walau pun sebentar lagi mereka akan bertunang, tapi bukan tubuh Fad saja yang Tira mahakan malahan seluruh jiwa dan Raga Fad.

Flash back on

Hari ini Tira menemani papanya membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta milik sahabat baik papanya.

Frozen love (21+)Where stories live. Discover now