Bab 1

3.6K 15 0
                                    


‌Author pov

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Tanpa membuang masa fya mengeluarkan bekal yang dibawanya tadi.

"Awak saya tak pergi kantin tau"
Kata fya pada sahabatnya Yuni

Ayuni Amanda sahabat baik Fya. Terlahir dari darah campuran cina dan melayu. Wajah Yuni boleh dikatakan cantik setanding Fya kerana Yuni mewarisi wajah ayah nya yang bak dewa yunani berkacukan cina.

Tentu saja sifat nya berbeza Dari Fya.
Seorang sahabat yang memahami dan boleh dipercayai, agak pendiam kecuali dengan Fya dan mempunyai Firasat Yang sangat tepat.

Persahabatan mereka tidak perlu diragukan lagi. Yuni dan Fya sememangnya saling menyayangi antara satu sama lain ibarat cubit peha kanan,peha kiri terasa juga. Bagaikan berjodoh mereka menduduki kelas yang sama pada setiap tahun.

"Ermm baik saya temankan awak je lah dalam kelas."
Balas Yuni

"Ehh betul ke??..sungguh ni?."
Fya sambil tersenyum.

"Yup awak tahukan saya tak suka pergi kantin makan sorang2 kalau awak tak ada"
Kata Yuni.

"Alolo kalau macam tu kongsi dengan saya jom.."
Pelawa Fya.

Fya memang tidak pergi ke kantin jika membawa bekal masakan Datin Hanani kerana bagi fya masakan maknya tiada tandingan(setuju tak korang?).

"Eh takpa awak makan je, saya kan ada roti ni"
Halus Yuni Cuba menolak sambil menunjukkan sebungkus roti coklat yang dia beli pagi tadi.

Fya yang sudah berwajah murung pantas dipujuk oleh Yuni. Tapi cerita nya berubah lain tepat Fya membuka bekalannya dibelah Yuni.

Belum sempat mee goreng kesukaannya masuk ke dalam mulut. Fya dapat melihat dari ekor anak matanya sahabat baik Fya Yuni sedang menatap mee goreng Fya dengan sangat berselera.

"Jom lah kongsi dengan saya.."
Sambil mengoda Yuni. Fya mengaduk-adukkan mee goreng nya.

"Ehh..arr...emm.. takpa ke?"
Yuni Dengan malu-malu tapi mahu, walau pun ini bukan kali pertama ia dipelawa dan berkongsi bekal dengan Fya perasaan malunya tetap tidak pernah hilang.

"Fya air?"
Tanya Yuni yang sebenarnya sudah tahu Fya tidak membawa bekal airnya.

"Adoiiii saya lupa!!"
Sambil menepuk-nepuk dahinya.

"Saya belanja nak tak?"
Kata Yuni sambil tersenyum.

"Nakkkk.."
Pantas jawab Fya dengan wajah cerianya

Yuni pun bangkit dari mejanya dan turun kebawah kelas sambil menuju ke kantin. Usai membeli minuman buat Fya ia terus berlari-lari anak ke kelas. Sesampai di kelas Mereka pun saling berbagi makanan dan minumam.

Sebenarnya Yuni bukan tak mampu membeli makanan bahkan lebih dari itu pun dia mampu, cuma kehangatan yang ia tidak pernah rasakan selama ini dari keluarga nya. Dan satu-satunya kehangatan yang dia rasakan bila menjadi sahabat Fya.

Mama dah ayah Yuni ialah business man dan business women yang boleh dikatakan success jadi masa yuni banyak dibesarkan tanpa perhatian dari kedua orang tuanya.

"Masakan mak awak tak pernah mengecewakan sangat sedap.. kalau lah mama saya ada masa masakkan untuk sa...."
Puji Yuni bercampur nada sedih bila mengenangkan mamanya terlalu sibuk sehingga dia tidak dapat menghabiskan ayat nya.

"Awak please jangan sedih-sedih okay.. kalau awak nak setiap hari saya sanggup bawa bekal untuk awak..pastu kita kongsi sama2 nak tak.?"
Seakan tahu ape isi hati yang terlihat sangat jelas di muka kacukan cina melayu Yuni Fya faham akan maksud kesedihan Yuni dan cuba menghiburkan Yuni. Sambil menggenggam lembut tangan sahabatnya itu.

Frozen love (21+)Where stories live. Discover now