Bab 10

2.2K 13 0
                                    

Author pov.

Hospital XXX.

Bilik bedah.

Fad menghelakan nafas leganya dan meninggalkan bilik bedah diikuti beberapa bawahannya setelah selesai melakukan pembedahan, hampir empat jam lamanya dia bertarung mati-matian menyelamatkan satu nyawa.

Dani yang masih duduk di kerusi panjang itu
Bangun dengan terburu-buru bersama perasaan cemas dan menghampiri Fad., Seakan tahu apa yang sedang bermain dalam Fikiran Dani Fad menangguk kecil tanda operasi berjaya dilakukan.

Tanpa diduga Dani memeluk Fad kerana terbawa suasana dan mengucapkan sejuta terima kasih tidak! Bahkan tidak terhitung terima kasihnya, Fian yang baru sahaja tiba disitu melihat kejadian itu serta merta dia membeku seketika. Kini Fian tahu mengapa Dani mengambil keputusan tanpa membincangkan terlebih dahulu. Tanpa disedari Fian tersenyum melihat kedua orang itu. Aneh bukan jika 7 tahun yang lalu mereka berdua berakhir dengan pergaduhan tapi kini mereka saling berpelukan.

"Sungguh hal yang tak terduga"
Ucap Fian menghancurkan moment bahagia mereka.

Dani yang tersentak terus melepaskan pelukannya, dan menyeka air mata jantannya.

"Dato' Azil akan dipindahkan ke ruang pemerhatian kejap lagi kalau ada apa-apa aku akan inform kau."
Fad menepuk-nepuk belakang Dani dan tersenyum kecil kearah Fian sebelum berlalu dari situ. Fian mengelipkan matanya beberapa kali seakan tak percaya apa yang dia lihat. Fad tersenyum!!.

Bilik pengarah Hospital XXX.

Fad melangkah masuk ke bilik ruang pengarah sambil melepaskan stetoskop yang tergantung di tengkuknya dan meletakkan disamping meja tepi pintu, alangkah terkejutnya ada seseorang yang sedang duduk disebuah kerusi dihadapan mejanya. Walaupun membelakangi Fad, dia sangat kenal sosok itu, sosok yang berjaya membuat jantungnya berdegup kencang dan sosok yang juga membuat dirinya derita selama 7 tahun meninggalkan diri nya tanpa sebarang penjelasan yang pasti.

Fya bangkit dari duduk dan memusingkan badannya ke arah pintu seketika jantungnya terasa hampir tidak berdetak, serta merta dadanya terasa sesak tapi dengan pantas Fya menepis segala perasaan itu dan menatap tepat ke dalam mata Fad dengan tatapan tajam serta raut wajahnya berubah tegang. Ternyata Fad adalah pemilik hospital ini.

"Bukankah ini satu takdir, Siapa sangka kita akan berjumpa lagi Antaliya Sofya!"
Fad yang menerima tatapan sebegitu rupa tetap tenang dan tidak gentar sedikit pun., Dalam diam-diam Fad mengunci tombol pintu dibelakangnya dan tetap berdiri dipinta

"Who care?! Well I just came here to say that I was going to sue this hospital"
Fya mencebikkan Bibirnya, tidak memperdulikan Fad, tanpa basa-basi Fya terus menyatakan niatnya. Benar sebagai ahli keluarga Dato' Azil sepatutnya pihak hospital harus mendapatkan persetujuan dari seluruh keluarga.

"should i care?"
Fad membalas dengan tenang dan menaikkan sebelah keningnya.

"it's up to you and see you in court! Fadhar Akil!"
Fya tersenyum smirk dan menghampiri Fad, hanya menyisakan tiga langkah jarang mereka dan kini mereka berdua saling berhadapan dan saling bertentangan mata.

Fad seperti melihat sosok lain dalam diri Fya. Tidak ada lagi gadis polos yang tidak mempunyai keyakinan diri, tiada lagi wajah yang memerah dan tatapan matanya yang penuh penentangan. Timbul sedikit kekaguman didalam diri Fad yang melihat perubahan sifat Fya 360 darjah. Dan penampilan Fya tidak perlu ditanyakan lagi, Fya benar-benar tumbuh menjadi wanita dewasa yang sangat cantik dan anggun, pakej potongan tubuh badannya yang menjadi kegilaan lelaki-lelaki diluar sana bahkan auranya juga terpancar jelas.

Entah kenapa timbul idea gila Fad didalam fikirannya untuk menguji Fya, perlahan-lahah Fad memisahkan jarang mereka dan berdiri betul-betul dihadapan Fya namun Fya langsung tidak gentar.

Frozen love (21+)Where stories live. Discover now