The past (Yeonjun)

26 4 0
                                    

Beomgyu menatap Yeonjun yang berada didalam akuarium besar itu .Ok ,sekarang itu salah dia ,dia tahu itu salah dia .

"Alang alang kau dekat sini ,meh sini aku cerita something ".

"Kau tahu aku buat semua ini sebab apa ,satu sebab kau ,aku langsung tak dapat kasih sayang ayah
aku ,dua ,sebab kau aku kena berhenti sekolah ,tiga sebab kau aku jadi macam ni ".

"Kenapalah ayah aku kena berkawan dengan ayah kepada budak sial macam kau ni ,kenapa kau kena hidup dekat dunia ni ".

Beomgyu hanya diam ,mendengarkan cerita Taehyun ,sambil sesekali melihat adiknya yang terduduk lemah bersama Jungwon di atas lantai .

"Emak aku cakap ,27 tahun lalu ,kau ada dekat dunia ni ,dan emak kau Eunha langsung tidak ambil kisah pasal kematian ayah aku ".

"Tapi bukan ayah aku yang bunuh ayah kau ".

"KAU DIAM !!".Jerkahan Taehyun membuatkan Beomgyu terdiam seribu bahasa .

"Kalau kau takde dekat dunia ini ,ayah kau takkan pergi kalut kalut macam tu je ,dan ayah aku takkan tolong ayah kau ,tapi tak, sebab kau ,ayah aku pergi tolong ayah kau ,and then ayah aku yang mati ,kenapa tak kau yang mati hah, kenapa kena ayah aku ,aku dari dulu tak pernah berjumpa dengan ayah aku ,dan kau bersenang lenang dengan emak kau ,sedangkan emak aku ,stress dekat sini ,dunia ni tak adil semua sebab kau ."

"Taehyun dah dah kawal emosi kau ".

"Hey budak sial kenapa kau kena berkawan dengan adik pungut aku ni ,kalau kau dengan dia tak berjumpa mesti mak aku tak mati lagi sekarang ,kau tu Bodo tau tak ,kalau tahu macam ni dah lama aku bunuh kau la,sebelum kau injak kaki dekat rumah aku lagi aku dah bunuh ".

Hening,tiada sesiapa pun yang bercakap .

"Kenapa kau panggil Yeonjun adik pungut ".









Flashback






"Mama ,tengok tu ada apa tu ".

Choi Yuju ,menumpukan pandangannya ,mengikut arah tunjukkan anak perempuannya ,tangisan bayi terdengar setelah itu .Yuju berjalan mendekati sumber suara itu ,dia membuka kotak itu perlahan dan alangkah terkejutnya apabila dia mendapati seorang bayi berada didalam situ .

"Mama mama ,tadi Ella nampak ada perempuan rambut pendek letak kotak ni dekat sini ".

Yuju hanya diam ,berfikir sama ada ingin mengambil bayi itu atau tidak ,akhirnya dia mengambil bayi itu .

Dia Choi Yeonjun ,seorang anak yang dibuang di belakang hospital,namun nasibnya baik kerana ditemukan oleh Choi Yuju ,namun sekarang dia sudah meninggalkan dunia yang kejam ini .

Fact Choi Beomgyu Ft Kim Sunoo Where stories live. Discover now