Why you leave me ? (End )

33 4 0
                                    

Beomgyu memandu laju menuju ke hospital ,beruntung petang ini jalan tidak sesibuk selalu.

Entah kenapa dia merasa tak sedap hati semenjak tadi .Mungkin hanya perasaannya sahaja .



Dia berjalan cepat menuju bilik wad adiknya .

"Woi buta ke kau ,kau lap kasut aku ni balik ".

Beomgyu menoleh kebelakang ,melihat seseorang lelaki yang sedang memarahi seorang wanita yang berpakaian serba hitam .

"Bro ,dia tak sengaja tu ,mana tahu dia nak cepat kan ".

"Lah kau siapa ,aku tak kira aku nak perempuan ni lap balik kasut ni ".

"Bro kasut boleh basuh kan ,tak malu ke ,dekat hospital ramai ni yang tak sihat ".

"Ha ye ye la ,tak payah lap tapi kau kena bayar ye perempuan ".Lelaki tadi menjentik dahi perempuan itu .

"Eh tak payah cik ,nah bro pakai duit aku je ".

"Ha macam tu bagus ".






Kemudian semuanya selesai .Perempuan tadi juga keluar dari hospital tanpa mengucapkan terima kasih kepada Beomgyu .Beomgyu juga hairan kenapa tiba tiba dia baik hati sangat memberikan duitnya untuk orang yang tak dikenali .Hmm mungkin akan ada balasan yang baik .Semoga .













Dia berjalan dengan riang ,membuka pintu bilik rawatan adiknya itu ,menampakkan Sunoo yang sedang membelakanginya .

"Sunoo -ya ,tidur ke hmm ,abang datang ni bangun la ,abang ada bawa mint choco ,bangun bangun ".

"Sunoo,mengantuk sangat ke "?

Beomgyu berusaha membangunkan Sunoo ,hatinya berasa sangat resah sekarang melihat adiknya yang sangat pucat .

Dia membuka pintu bilik itu ,melihat ke kanan dan kekiri .

"Doktor doktor adik saya ".

"Hah kenapa dengan dia ".Doktor itu kelihatan panik , dia memang doktor yang merawat Sunoo.

Doktor itu masuk ke dalam ,bersama dua orang nurse .Beomgyu hanya menunggu di luar dengan gelisah .

Beberapa minit kemudian ,doktor tadi keluar ,dengan raut muka yang tidak dapat dijelaskan .

"Maaf ,adik awak tak dapat diselamatkan.
Kami mendapati bahawa ada kesan cekikan di bahagian leher pesakit ,maafkan kami ".

Beomgyu bungkam ,tidak tahu untuk berkata apa apa lagi ,jadi ini balasannya ,haha sangat tidak adil .


































Beomgyu sekarang berada di rooftop hospital ,mencari angin sambil melihat bintang bintang di langit .

"Sunoo ya , abang sayang Sunoo ,ibu Eunha dulu ada cakap ,kalau kita rindu seseorang kita kena tengok bintang ,betul ,cantik bintang tu macam Sunoo ,abang beruntung boleh jumpa Sunoo ,terima kasih sebab selamatkan abang dulu ,Sunoo teringin kan nak jumpa dengan abang kandung Sunoo ,sini abang dekat sini ,abang kandung Sunoo haha ,tunggu abang dekat sana Noo ".

"Abang nak bunuh diri lagi ke "?

"Sunoo"?

"Abang tak guna pun bunuh diri ,Sunoo dah tenang dekat sini ,kalau abang ikut Sunoo ,Sunoo merajuk dengan abang ".

"Sunoo ,kenapa Sunoo tinggalkan abang ,hmm ,Sunoo tak sayang abang ,kenapa saat abang tahu semua kebenarannya Sunoo kena pergi ,apa dosa yang abang buat sampai semua orang yang dekat dengan abang tinggalkan abang ,kenapa dunia ni tak adil ".

"Abang ,abang baik ,semua ni takdir bang ,abang tak berhak untuk salahkan diri sendiri macam ni ,Sunoo pergi dulu ,jaga diri abang ".














Perlahan lahan Sunoo menghilang dari pandangan Beomgyu .



















End











Nantikan Epilogue dia nanti ok bye bye .






























Fact Choi Beomgyu Ft Kim Sunoo Where stories live. Discover now