Pejam celik pejam celik.Kini habis saja peperiksaan terbesar SPM.Habis sahaja peperiksaan,seperi biasa ramai yang bersorak happy.Tapi tidak bagi Lexa.Habis saja peperiksaan,dia terus menuju ke bilik pengetua.
Lexa pov
Aku berjalan keluar dari bilik peperiksaan.Sempat aku kerli sekilas ke arah S-music yang sedang bersorak gembira bersama Airis dan Aina.Tapi dalam kegembiraan,aku terpandang Aina yang beriak gembira palsu.Aku tidak pasti hal itu
Kini aku berjalan menuju ke bilik pengetua.Macam macam yang aku ingin buat sebelum aku pergi ke UK minggu depan.Seperti biasa,ianya aku rahsiakan dari sesiapa kecuali pengetua,doctor Naim dan aku.
Selesai saja aku berjumpa dengan pengetua.Aku menuju ke arah kereta milikku.Sedang aku berjalan,aku terpandang Airis yang sedang berada di dalam kereta.Aku memandang arah yang ingin Airis tuju.Mataku terpandang Aina.Patutlah wajahnya tidak gembira.Dalam aku ralit memerhati kereta Airis perlahan lahan keluar dari tempat parking sebelum memecut ke arah Aina.
Laju saja aku berlari menyelamatkan Aina.Aku hanya mampu menolak Aina sebelum aku yang terkena langgar.Darah yang mengalir banyak di kepalaku mengakibatkan kepala ku berdenyut kuat.Perlahan lahan aku memengang kepalaku sebelum aku memandang tanganku yang penuh dengan cecair merah dan semuanya kelihatan gelap.
End pov
Aina pov
Aku menaip sesuatu di fonku.Seperti biasa aku ingin pulang dan akan memberitahu driver milik ayahku.Aku terpandang kereta Airis yang semakin laju ke arahku.Mukaku kini pucat tak berdarah.Aku terkaku,entah kenapa kakiku kini tidak dapat bergerak.
Laju saja kereta itu mendekati aku.Aku hanya memejamkan mata apabila aku terasa kereta milik Airis sudah dekat denganku sebelum aku ditolak seseorang hingga aku terjatuh di tepi.
Aku membuka mataku perlahan lahan.Jelas aku terkejut melihat Lexa yang memegang kepalanya.Darah yang mengalir di kepala Lexa membuatkan aku serba salah.Sikit sebanyak aku terfikir,kenapa dia selamat kan aku sedangkan aku dah buat macam macam.
Ramai sudah menghampiri aku dan Lexa.Mataku kini terpandang kereta Airis yang sudah keluar dari pekerangan sekolah dengan laju.Aku perhatikan kumpulan S-music yang menghampiri Lexa.Luthfi,zack dan zackry hanya memerhati saja.Tidak berbuat apa apa.Zarif dan Naqib jelas panik
Aku kesiankan Lexa.Dia sanggup korbankan diri dia untuk aku.Perlahan lahan aku bangun ingin menuju ke arah S-music.Luthfi yang sedar dengan kehadiranku mengangkat kepala.Aku mengajak S-music untuk memberitahu sesuatu.Ambulans datang mengambil Lexa.Mataku kini kuyu melihat Lexa yang terbaring dengan darah yang banyak.Aku berpaling semula ke arah Luthfi.
"Luthfi.Kenapa kau tak tolong Lexa?" Soal aku bagi mendapat jawapan dari mulut Luthfi
"Balasan dia.Kenapa aku nak tolong" Jawab Luthfi sinis
"Kau tahu sapa langgar dia?" Aku menyoal kembali
"Tak.Tetiba je ramai kumpul kat situ" Luthfi menyilangkan tangannya ke dada
"Kalu kau nak tahu.Airis yang langgar dia.D-dia nak selamat kan aku" Aku menunduk sambil bermain dengan tanganku
"APA MAKSUD KAU NI!" Jerkah Luthfi mengejutkan aku
"A-aku minta m-maaf.A-aku bersubahat dengan A-airis.D-dia ugut aku" air mataku menitis perlahan
"Jelaskan DEKAT AKU SEKARANG.KENAPA MANUSIA KEJAM MACAMNI ADA JUGA HURGG" Luthfi merauk rambutnya kebelakang.Zack dan Zackry yang turut mendengar memandang Aina terkejut
"Jelaskan Aina" kini Zack memandang Aina tajam
"Aku minta maaf.Aku tak sangka Airis sekejam ni.Dia nak bunuh aku.Nasib Lexa selamatkan aku.Dah macam macam aku buat kat dia,tapi dia tak pernah pun tak selamat kan aku.D-dia baik,patut korang ambil dia masuk kumpulaj korang.Salah aku tempoh hari.Aku yang tampar Airis dan Airis yang tampar aku.Tapi disebabkan Airis ugut aku.Aku terpaksa tipu.Apa yang Airis cerita kat korang.Dia tipu semata mata.Dia cuma nak hancurkan kebahagian Lexa je.Haritu masa dekat Kem.Airis buat buat jatuh sebab dia tahu kau akan selamatkan dia bukan Lexa,Dia tarik Lexa sekali masuk dan sebab tu dia kata Lexa tarik dia.Aku minta maaf.Disebabkan aku Lexa kena buli dengan korang teruk.Aku tak sangka yang Airis sekejam ni.Disebabkan tu aku bagitau Airis yang aku dah taknak bersubahat dan disebabkan tu Airis nak bunuh aku.Tolong pergi lawat Lexa.Aku tak sangka dia selamatkan aku dan aku dapat agak yang.." terang aku panjang lebar sebelum aku menunduk ke bawah
"Kau yang?" Soal Zackry ingin tahu
"Lexa ada sakit" jawabku perlahan
"Apa maksud kau?" Kini Luthfi memandang aku
"Aku dengar dia bercakap dengan pengetua.Masatu aku lalu dan aku cuma terdengar yang dia cakap dia ada sakit" jelas aku lagi
"Sakit?" Soal Luthfi perlahan
"Ha'ah.Aku minta maaf.Aku tak patut buat korang dengan Lexa macam ni.Salah aku sebab aku jumpa Airis tempoh hari" aku masih lagi memandang ke bawah
"Aku tak salahkan kau.Tapi aku masih lagi tak sangka kau akan buat macam ni.Tapi takpelah aku nak pergi dekat Lexa.Aku harap dia dapat maafkan aku.Dah macam macam aku buat kat dia.Buli dia,tak percayakan dia,tuduh dia macam macam,tengking dia,tampar dia dan macam macam lagi.Sumpah aku serba salah.hm.Aku pergi dulu.Tapi aku kena jumpa Airis.Macam mana?" Soal Luthfi perlahan.Apa yang dia bicarakan tadi juga perlahan.Tapi aku still dapat mendengarnya.
End pov
Hospital besar sudah huru hara menerima pesakit iatu Lexa.Walaupun dia cuma kecederaan di kepala.Tapi disebabkan dia mempunyai penyakit barah otak membuatkan beberapa masalah.Kini Family Lexa dan S-music sudah berada di hospital.Abang Abang Lexa yang paling penik.Sesekala mengeluh dan yang paling menyentapkan hati Luthfi ialah perkataan yang keluar dari Angah Lexa
"Kenapa kau fikir orang lain dulu dari diri kau LEXAAAA" Berulang ulang Ayat itu keluar dari bibir Fariz.Luthfi terasa dengan kata yang keluar dari Fariz.Walaupun tak dituju dekat dirinya,tapi ayat tu betul betul buat dia rasa bersalah.
Pintu bilik Icu dibuka dari dalam.Mama dan papa Lexa sudah berdiri sama juga dengan yang lain.
"Macam mana doctor?" Soal Tengku Asmadi.Sempat nama di tag milik doctor yang keluar dari bilik icu tadi dipandang sekilas 'Naim'
"Alhamdulillah.Takde apa yang serius,Lexa pun dah sedar sekarang.Dia juga boleh pindah ke wad vvip seperti biasa.Cuma yang membuatnya risau adalah-" Ayat doctor Naim digantungkan sebelum tersenyum hambar
"Adalah?" Soal Fazif yang dari tadi mendengar
"Dia ada sakit.Sakit tu juga menjejaskan dia." Doctor Naim hanya tersenyum
"Sakit?sakit apa?kenapa kitorang tak tahu?" Soal Tengku Amalin pula.
"Sakit barah otak tahap 4.saya harap Tengku dapat bersabar.Lexa memang rahsiakan hal ini daripada sesiapa." Doctor Naim memegang bahu milik Fazif
"Dah l-lama d-dia tahu?" Soal Luthfi.Semua berpaling memandang Luthfi
"Sudah lama dari bulan 3 macam tu" Jawab Doctor Naim
"Lamanya.K-kenapa angah tak tahu.A-adik jangan macamni" tergagap gagap Fariz berbicara perlahan
"Okelah sekarang Lexa boleh dipindahkan.Saya harap korang dapat bagi kerjasama" Doctor Naim kembali masuk ke dalam bilik dimana Lexa ditempatkan tadi
.
.
.
.
.To be continue🍭🖤
Alhamdulillah..done chap seterusnya😁🍭btw camne chap ni?lagi sikit cerita ni dah nak labuhkan tirai😟🍭😆haha...jangan lupa vote n komen..hshs...ada apa apa keraguan boleh tanya ye...thanks guys..love you..share janga lupa😁🍭
#abaikan typo🤣🍭
YOU ARE READING
I LOVE MY BESTIEBOY✔️
Teen FictionFirst story🎊tlg jadikan sambutan hangat geng✔️(COMPLETED ✔️) Adam luthfi,zarif Eiman,Naqib iqbal dan kembar zackry nik dan zacky nik merupakan ahli S-music yg terkenal.Aira alexa,Ellya Natasha dan Nurin Balqis sahabat dari sekolah rendah lagi turut...