3 tahun sebelumselepas saja berita kematian lexa,luthfi keluar dari hospital dan menuju ke arah kereta.Pintu dibuka dan luthfi masuk ke dalam kereta,pintu dihempas kuat.Kini sterengnya dijadikan mangsa untuk melepaskan rasa serba salah yang ada.
"lexaaa..kenapa ko buat aku macam ni tho.Ko tak bagitau aku yang ko sakit,ko buat aku lagi serba salah ko tau tak.Terlalu cepat ko pergi,tak sempat kita nak pergi ambil result sama - sama,ride sama-sama,pergi jalan - jalan dengan geng kita.Baru berapa minit ko pergi,aku dah rindu ko lexa.Aku sia-siakan masa yang ada dengan ko sebab aku percayakan si airis.Sumpah aku bodoh gila masa tu.Aku menyesal lexaa,aku benci diri sendiri sebab tak mampu jaga ko waktu ko betul-betul sakit.Lexa aku sayangkan ko sangat-sangat,ko salah satu perempuan yang berjaya hilangkan dingin aku.Ko je yang ada dengan aku,tapi aku?aku bodoh lexa.Maafkan aku" jerit luthfi sambil menangis,rambutnya yang disikat rapi sudah mula kusut. "ARGGGGG" sterengnya dipukul kuat sambil menangis.
Deringan telefon mengejutkan luthfi.Panggilan dari naqib diangkat.
"ko pergi mana luthfi?tiba-tiba ko lari tadi?" tanya naqib yang sedar dengan kehilangan luthfi selepas sahaja mendengar berita kematian lexa.
"a-aku kat kereta,ko datang sini" jawab luthfi dengan suara yang sedikit serak
"ha jap" naqib menutup panggilan sebelum menuju ke tempat parking kereta dengan gengnya yang lain.
luthfi keluar dari kereta dan bersandar di pintu kereta.Dia menunduk untuk menghilangkan tangisannya,nafas ditarik perlahan tetapi air matanya tetap keluar.Dia tersedar apabila terdengar tapak kaki yang sedang menuju ke arahnya.Dia mengangkat kepalanya,air mata yang ditahan akhirnya turun apabila melihat naqib,zack dan zackry belari memeluknya.
"aku tau ko sedih luthfi.Tapi benda dah lepas,ko takkan boleh ulang masa ni balik luthfi.Ko tak boleh menyesal.Aku dah bagitau ko haritu luthfi,tapi ko keras kepala taknak dengar cakap aku.Tak guna kalu ko menyesal sekarang" jelas naqib sambil memeluk luthfi.Air mata lelakinya turun jatuh
"a-aku minta m-aaf.Aku tau aku salah,aku yang ego and percaya kan si airis." ujar luthfi yang masih menangis.Dia jatuh terduduk sambil menunduk.
"luthfi,ko patut minta maaf kat lexa bukan aku.Bangun luthfi,nanti orang pandang." naqib menarik tangan luthfi dari terus terduduk dihadapannya.
" tak guna ko menangis sekarang luthfi,zack dan zackry.Korang kena ingat masa korang buli lexa macam lexa tu takde perasaan.Korang ada tengok dia menangis?takde kan?jadi sia-sia korang bazirkan air mata korang.Bukan ni ke yang korang nak selama ni?" ujar zarif sinis.Tangannya digengam menahan geram dan sabar
" a-aku tau aku salah zarif.Aku menyesal buat semua benda tu haritu.Aku yang bodoh masa tu sebab percayakan Airis" zack menjawab dan memegang tangan zarif yang sedang menahan amarah
"lepaskan tangan aku la.Tangan tu la yang korang guna untuk buli lexa.Aku dengan naqib dah pesan tapi korang SIBUK nak backup Airis.Korang ingat masa kita gaduh tu?!ko tau tak masa tu lexa dengar je apa yang kita cakap?!korang fikir fikirkan lah sendiri.Tak guna aku duduk dekat sini lama-lama hadap air mata korang" tangan zack ditepis,dia berlalu pergi masuk kedalam hospital kembali untuk bertemu dengan keluarga lexa.Lama-lama disitu mungkin boleh membuatkan amarahnya makin naik.
"dah lah jom masuk dalam jumpa keluarga lexa" ujar naqib dan berlalu pergi meninggalkan zack,zackry dan luthfi yang masih menangis.Dia kesian pada luthfi namun semuanya salah luthfi sebab mementingkan diri sendiri.
Luthfi berjalan perlahan lahan dan menuju ke pintu masuk hospital.Dia mengelap air matanya yang masih mengalir dengan lengan bajunya.Dia mengaku dia yang salah sebab pentingkan diri sendiri.Sampai saja di hadapan keluarga lexa,dia melutut berserta dengan tangisannya.Fariz menuju ke arah luthfi dan meretap baju luthfi dengan kasar.
"BANGUN!!ko tak payah melutut dekat sini lah?!" Jerit fariz melepaskan amarahnya .
"a-aku minta maaf.Aku tau aku salah" ujar luthfi perlahan.Kini dia tidak berdaya untuk lakukan apa apa,memang ni yang patut dia dapat
"ko minta maaf banyak mana pun,ko menangis sampai air mata darah sekali pun.Takkan dapat hidupkan balik adik aku pun!sia sia ko menangis sekarang" Fariz menolak luthfi dengan sekuat hati. Luthfi jatuh terduduk,dia hanya menunduk memandang lantai.Dia langsung tiada kekuatan untuk melawan dan mempertahankan diri sendiri saat ni.
"Dah fariz.Jangan menghukum seseorang macam tu.Allah lebih sayangkan lexa." Ujar fazif yang sedang memujuk fariz dari terus melepaskan amarahnya
"Dia memang patut dapat ni.Dia yang buli adik kita teruk and sekarang baru nak menyesal?!tolonglah sia-sia sial!!bukan ni ke ko nak selama ni??ko nak adik aq MAMPUS KAN?!!BLAHH AKU TAKNAK TENGOK MUKA KO DEKAT SINI" Fariz menuju ke arah luthfi dan menariknya bangun.Fazif cuba untuk menahan tapi luthfi hanya tersenyum dan menggelengkan kepala kepada fazif.
"Fariz!tolonglah jangan marah-marah dekat sini.Ko ingat lexa suka ke ko buat macam tu?ko kena ingat yang dulu kita pun buat menda yang sama dekat Lexa.Kita pukul dia sebab percayakan Airis.Kalu lexa boleh maafkan kita semudah tu je,takkan ko nak bermusuh dengan diorang?takkan ko pulak yang taknk maafkan diorang?" Tanya fazif yang cuba untuk bersabar di tempat awam ni.
"Luthfi,zack dengan zackry kamu balik rehat dulu ya.Takut lama-lama kat sini jadi isu lain pula" ujar dato asmadi meleraikan pergaduhan yang sedang berlaku.
"baik pa" ujar luthfi dan berlalu pergi.Dia berjalan lemah menuju ke arah kereta.Handfone milik lexa dikeluarkan.Dia hanya mengeluh perlahan dan memulakan perjalanan.
to be continue
nak buat part sedih tapi tak sedih 😭dah xde idea nak buat cite tu jadi sedih huhu..harap korang support cerita shayy..maaf tau lama sangat tak bukak wattpad..Jangan lupa vote and comment...jangan lupa jugak baca cite baru shayy..harap korg suka ya..maaf sebb tak berapa sedap macam cerita fav korg 🤧
YOU ARE READING
I LOVE MY BESTIEBOY✔️
Teen FictionFirst story🎊tlg jadikan sambutan hangat geng✔️(COMPLETED ✔️) Adam luthfi,zarif Eiman,Naqib iqbal dan kembar zackry nik dan zacky nik merupakan ahli S-music yg terkenal.Aira alexa,Ellya Natasha dan Nurin Balqis sahabat dari sekolah rendah lagi turut...