Bab 25: NAK BERLANJA SANGATKAN BERLANJA LAH.

117 12 0
                                    

CINTA TIDAK PERLU DIPAKSA

CINTA HANYALAH TAKDIR DAN PERTEMUAN                            


Aku bergegas menuju ke kaunter dengan keadaan tak tentu arah. Ish kenapa la aku boleh terserempak dengan dia. Asal aku jumpa dengan dia mesti dalam keadaan yang terlanggar la tu la ni la. Malangnya nasib aku tahun ni.

Fariz yang terpinga pinga di tempat dia berdiri hanya memandang aku tanpa sepatah kata.Aku  ni kenapa tau la nak jumpa budak kecik tu tapi tak kan la dalam situasi macam ni tak romantik tau dak. Asal jumpa dia mesti aku akan berlanggar dengan dia, jodoh kut. Heheheh.

Aku berpaling ke arah dia"Yang mamat ni dah kenapa tersengih sengih? Ingat dia handsome kut" ujar aku dengan nada perlahan sambil beratur menunggu giliran membuat bayaran. Handsome tu memang ada tapi  sikit la kalau nak dibandingkan dengan bangla yang aku selalu jumpa tu handsome lagi. HAHAHAH!!!Berdekah-dekah aku gelak dalam hati. Nasib dalam hati kalau dekat luar taubat kena cop minah gila.

Sampai giliran aku untuk membayar, aku meletakkan beberapa novel yang telah menarik perhatian aku. Takpa, kita gila novel jangan gila laki orang. Sebaik sahaja aku ingin menghulur duit ada satu tangan meletakkan beberapa buah buku dan menghulurkan  duit bernilai  RM500. Terbeliak mata aku dengan jumlah dia keluarkan. Bapak kaya buku saja  RM 500 agak agak la.

Aku memandang tuan empunya  tangan "Awak boleh tak awak bayang sendiri.Jangan sibuk nak bayar untuk orang lain." Aku menolak kembali buku dia ke tepi kaunter sambil menepis tangannya.

"Lah tak pe la biar saya bayarkan bukan apa pun" ujar dia sambil menarik semula buku  yang telah diasingkan dan menghulurkan semula RM500 ke kaunter.

OKEYH  kau  nak tolong bayarkan tak pa.  Aku berpaling ke kaunter semula" maaf ye kak  nanti saya datang balik saya tertinggal sesuatu" ujar aku sambil tersenyum manis memandang accounter tu dan senyuman yang paling manis aku ke arah Fariz. Kak kaunter tadi hanya menganguk . Fariz hanya memandang aku dengan beribu persoalan.

Aku berlalu ke kawasan syurga novel semula."Kau nak tolong bayarkan ye, jap tolong bayarkan ni sekali" kata aku dengan nada yang geram.Aku mulakan sesi mencari buku tapi boleh dikira juga dengan harga yang paling mahal.

Dalam beberapa menit kemudian.......

 Aku berjalan semula ke kaunter dengan beberapa buah novel di tangan . Fariz memandang aku dengan pandangan tak percaya. Aku tersenyum bangga disitu. PADAM MUKA RASAKA NAK  BERLANJA SANGATKAN BERLANJA LAH.

 Gila betul lah budak kecik ni, agak agak la nak memborong pun. Budak kecik  ni hantu novel  ka? habis dia borong novel dalam kedai ni.Fariz menjampi dalam hati tak sangka  sampai macam tu.

"Kak saya beli yang ni ye.Berapa semuanya kak?" tanya aku sambil tersenyum manis.

Kak kaunter tu mungkin tak percaya  ataupun mungkin dia tak janggka yang aku akan borong sebanyak ni disebabkan mamat ni yang berlanja."Semua sekali RM300 " ujar kak  kaunter sambil membungkus  buku novel. Ambik kau 2 beg  buku aku sahaja. Fariz menghulur RM 500 ke  kaunter dengan keadaan senyuman manis tanpa bebicara sepatah pun.Selesai membuat pembayaran. Aku mengambi beg buku dan terus beredar. Beratnya, dengan gigih  cubu mengangkat buku buku.

Fariz dibelakang hanya membantuti aku dari belakang. Dia hanya  tersenyum sepi memandang  aku  dengan bersusah payah menjinjin beg  yang berat. 

Aku dengan gigihnya mengangkat beg yang penuh dengan novel sambil tersenyum.Balik nanti nak suruh ayah buat rak novel untuk aku, YEAH!!!. Bersorak aku dalam hati. Masih sturggle dengan beg yang berat ya amat ni. EH ringan pulak beg ni??! Fariz marampas beg aku dari belakang membuatkan aku sedikit terkejut. Dia hanya berjalan keluar dari  store tanpa sepatah ayat. Aku hanya tersenyum memandangnya dari belakang,dia masih ada perasaan  macho disitu. 

SUAMIKU MR POLIS [C]✅Where stories live. Discover now