Bab 22: Fariz!?? Aina?!

148 17 0
                                    

HAI KORANG 3>

THANKYOU YANG SUDI VOTE DAN TUNGGU FOR NEXT BAB

SO AINA TAK NAK BASA BASI LAGI

LET'S READ TOGETHER

                   ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Fariz!!!!? kenapa dia boleh ada dekat sini?Macam mana dia boleh masuk ke sini? Kenapa dia pakai seragam polis? Pelbagai persoalan yang bermain di dalam fikiran aku. Perasaan aku jadi tak keruan tak tahu nak nyatakan sama ada seronok sebab aku kenal dia, geram sebab selalu muncul dekat depan mata aku atau tak suka sebab dia akan ada sepanjang program ni berlangsung.

Tautan mata kami masih bertembung. "Wey Aina kau dengar tak ni"Fatt menyiku aku dan sekaligus tautan mata kami terputus.

"Hah apa ?!" terkejut aku dengan sikuan Fatt sampai di pinggang aku. Aku cepat melarikan pandangan daripada si dia.

"Ish kau ni Aina kenapa tiba tiba jadi pekak" mencebik Fatt dengan tangan yang menyilang di dada.

"Ala sorry la. Telinga aku masuk air pagi tadi, tu yang blur sikit tu" kata aku sambil mata aku menghadap ke bawah.Tidak berani untuk pandang ke hadapan.

"Aku cakap abang polis tu macam pandang kau ja" ujar Fatt. "Dia macam perhati kau ja dari atas pentas tu " sambung Fatt lagi.

"Ish mana ada la. mungkin dia pandang orang depan kut."Ujar aku sambil mencuba menutup muka dengan risalah yang cikgu bagi sebentar tadi.

"Yang kau ni tertunduk tunduk dah kenapa. cikgu bagi risalah ni untuk baca buakn untuk tutup muka." membebel Fatt sambil menarik risalah yang berada di tangan aku.

Aku memengang risalah itu dengan kuat tanpa melepaskanya. "Aku mengantuk la nak tidur, aku tutup muka supaya cikgu tak perasan yang aku tidur" Sedaya aku membuat alasan agar Fatt percayanya bulat bulat.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Aina!? Apa yang dia buat dekat sini?Mestilah dia dekat sini sebab sekolah.Tapi dia sekolah dekat sini ka? Dia sekolah dekat sini la kut, kalau tak buat apa dia dekat sini. Sesi soal jawab bermain di fikiran Fariz.

EHEM! Pengetua mengehem membuatkan tautan mata antara Fariz dan Aina terputus. Fariz yang terpinga pinga.

"Okey baiklah sampai disini sahaja ucapan saya untuk harini . Abang tahu kamu semua mesti penat kan dengar je apa abang cakap dengan itu sekian wabbilahhitaufik walhidayah assalamualaikum " Fariz dengan cekap nya menutupi ucapanya. Fariz berkemas di barangnya di atas tempat beruncap sambil matanya seleret memandang Aina di bawah masih bersembunyi di balik risalah tadi. Gela kecil dia di dalam hati.

Fariz bergerak ke tempat duduk asalnya sambil tersenyum manis memandang guru guru di sekitarnya. Guru guru perempuan yang berada di baris belakangnya sedang bergosip maklumlah ada pengawai polis yang handsome yang sedang turut serta dalam program tersebut.

"Wah tak sangka ada pengawai polis yang handsome dekat sekolah kita, selamani yang wakil semua tua tua" bisik beberapa guru wanita dibelakangnya. "Ha la dulu ada juga yang handsome tapi tak sehandsome pengawai polis dekat depan nu" Biasalah cikgu cikgu kalau tak bergosip tak sah ada je bahan nak buat mersyuarat. Fariz yang mendengar hanya berdiam sahaja. Matanya tidak lari daripada memandang budak perempuan yang sedang menutup muka dengan risalah. Segaris senyuman manis mula terlukis diwajahnya.

Murid murid perempuan di hadapan riuh rendah apabila melihat senyuman pengawai polis itu. Mau tidak nya pegawai polis tidak pernah tersenyum dari tadi hanya dengan muka ketat sahaja. Hampir membuatkan pelajar perempuan di dewan tersebut terkena histeria disebabkan pengawal

~*~*~*~*~*~*~*~

"Wey Aina kau tidur ke wey? kau nampak tak abang polis tu senyum. Handsome wey" Fatt hampir terkena histeria tapi masih terkawal.

"Huh kenapa apa yang berlaku??" aku buat buat mamai supaya tidak terkantoi yang aku tipu dia. Aku masih lagi cover muka dengan risalah supaya wajah aku terlindung daripada dia. Aku mengintai dari balik risalah itu. HERM HANDSOME LA SANGAT.

"Perhatian semua, semperna minggu anti dadah peringkat sekolah, Encik Fariz akan mengikuti perkembangan program kita selama minggu ini. Akan ada pelbagai aktiviti yang akan di anjurkan, cikgu nak semua pelajar mengambil alih setiap aktiviti dan murid tingkatan 5 perlu aktif meningkatkan PAJSK kamu." Pengetua menyambung kembali ucapannya.

Nampak gayanya aku kena ada dekat sekolah ni minggu ni la nampaknya, bisik hati dia sambil mencuri pandang ke arah bawah.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Kelas 5 Sina akan menjadi ketua dalam aktiviti antidadah tahun ini dan akan dibantu oleh kelas yang lain.

"Aina kiri sikit tak senter la baner tu , senget ke kanan sangat." Arah Faiz sambil tangannya melibas ke kanan.

"Kanan okey jap, senter tak lagi sekarang ni"Ujar aku dari atas tangga sambil membetulkan baner yang tergantung di dewan. "Wey Fatt ,Dina pengan la elok elok goyang ni"Walaupun sedikit gayat tapi aku tetap beranikan diri. Tangga yang aku naik sedikit tinggi menyebabkan kedudukan sedikit goyang.

"Fatt tolong aku sat berat la kon ni"panggil Batrisya yang sedikit mengah dengan kotak di kakinya. "Okay " jawab ringkas Fatt sambil berlari kecil ke arah Batrisha.

"Faiz dah okey dah ke baner ni, tak payah la nak perfect sangat bukan nya kita masuk pertandingan centerkan baner" leher aku terasa lenguh ashik mendongak je dari tadi.

"Kita kena la sempurna baru orang puas nak tengok ni tak tersenget senget tak perfect la orang tengok." Faiz membebel sendiri sambil mengayunka tangan seperti Diva AA. Lembut gituw.

"Dah la lenguh leher aku terdongak dongak dari tadi je " perlahan lahan aku menuruni tangga tapi malangnya aku tersilap langkah. Keseimbangan badan aku tidak mengizinkan aku berdiri tegak. ARH!!!! Mata aku tertutup rapat takut sesuatu menjadi benda yang ngeri.

Tanpa aku sedar seseorang telah menyambut aku dari bawah. Telinga aku yang masih sedar mendengar keadaan yang riuh rendah di samping aku. Aku ingin membuka mata dan melihat di sekeliling tapi malangnya diri aku tidak mengizinkanya. Dengan perlahan aku tidak dapat menyedari apa apa.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

THANKYOU READERS YANG SANGGUP TUNGGU

SORRY SEBAB LAMA TAK UPDATE

AINA ADA EXAM HARITU

HARAP SEMUA TAK JEMU UNTUK MENUNGGU NEXT CAPTURE

PLEASE VOTE ,COMMENT DAN SHARE KALAU KORANG BERMINAT.

THANKYOU SEBAB LETAKKAN NOVEL NI DALAM Wattpad list korang

see you at next capture..

SUAMIKU MR POLIS [C]✅Where stories live. Discover now