Bab 26: KAU SIAPAA!!??

129 12 2
                                    

TERIMA KASIH KERANA ADA TEPAT PADA WAKTU SAYA MEMERLUKAN BANTUAN..... TANPA BANTUAN AWAK TAK TAHU APA JADI DEKAT SAYA...

Aku pergi periksa bahagian tandas tak ada pulak. Jam aku perhati dengan teliti "Mana ayah ni dah dekat pukul 3 petang dah ni" telefon di tangan aku cuba mendail berkali kali nombor ayah tapi masih tiada jawapan. Otak aku mula ke arah lain.Macam mana kalau apa terjadi dekat ayah, macam mana kalau apa apa berlaku dekat ayah, ayah accident ke??. Aku makin tak tentu arah, air mata mula bergenang. Aku pergi mencari ke kedai berhampira kedai makan tadi. Mungkin ayah ada berdekatan.

Orang di sekitar memandang aku dengan perasaan yang pelik tapi aku tak peduli yang aku sangat peduli adalah ayah.

"Aina jangan gelabah sangat boleh tak, tenang jangan gelabah" jerit Fariz daari belakang sambil berlari kecil.

"Tenang..... Awak nak saya tenang. Ayah saya menghilang entah ke mana awak nak saya tenang?!" jerit aku sambil mencari ayah ke kiri kanan. "Ayah!! Ayah dekat mana ??" jerit aku seperti orang gila.

Aku berlari melintasi jalan tanpa memandang kiri kanan. Tiba tiba.........

PONNNNN!!!!

Sebuah lori besar bergerak laju mendekati aku. Kaki aku tak dapat digerakkan seolah-olah telah di gam dengan gam yang amat kuat. Aku hanya memandang lori tersebut tanpa perasaan. Aku hanya mendengar suara Fariz menjerit ke arah aku. Air mata mula jatuh berderai derai. Dalam sekelip mata badan aku melayang seakan sehelai perlepah. Pandangan makin kabur dan menjadi gelap. Yang aku dapat rasai ialah sakit,sakit yang teramat sakit sehinggakan aku tak dapat menguncapkan nya lagi. Fariz...tangan ku angkat ke arah nya. Akhirnya aku pejam tanpa menyedarinya.

Fariz yang terkejut berlari ke arah Aina yang berlumuran darah dengan tidak percayanya. Orang ramai berpusu pusu menuju di tempat berlaku kemalangan tersebut. Fariz yang berada di situ cemas, ini pertama kali dia cemas selama dia berkerja sebagai anggota polis. Melihat Aina berlumuran darah yang keluar dari belakang kepalanya, dia meletakkan kepala Aina di atas ribanya. "Sesiapa tolong call ambulan !!" Jerit dia agar sesiapa yang berada di situ sudi menolong nya meminta bantuan.

"Saya tolong call kan hospital" ujar salah seorang yang berada di situ. "Hello doktor tolong saya ada orang kemalangan di depan mall, sila datang secepat mungkin " kata dia.

"Terima kasih bang" ujar Fariz berterima kasih kepada lelaki tersebut. "Aina tolong kuat sabar Aina ambulan nak sampai dah tu" ujar Fariz dengan riak wajah yang sedih sambil memandang Aina yang diam membisu dengan darah yang berlumuran di kepala. Baju yang serba putih tadi bertukar menjadi merah pekat dengan tompokan darah yang teramat banyak.

Dalam beberapa minit kemudian kedengaran bunyi Ambulan tiba di tempat kejadian. " Kuat ye Sayang" ujar Fariz perlahan di telinga aku. Terasa tenang seketika walaupun semuanya hitam gelap gelita....

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Setiba di hospital...

Para nurse dan beberapa doktor laju mendorong Aina ke bilik Kecemasan begitu juga dengan Fariz. Fariz yang laju berlari dan berada di samping Aina. Sesampai di hadapan pintu wad kecemasan Fariz dihalang oleh nurse daripada memasuki bilik itu. Fariz hanya akur dengan arahan juruawat tersebut. Fariz terduduk lemah di atas kerusi yang disedakan oleh pihak hospital di depan wad kecemasan. Fariz meraup wajah nya sekian kalinya. Tanpa mengambil masa Fariz laju menelefon keluarga Aina untuk menberitahu keaddan yang mereka lalui.

Selang bebepa jam kemudian, keluarga Aina datang sebaik sahaja mendapat panggilan dari Fariz. "Fariz Aina dekat mana" tanya Pakcik Nasir sebaik sahaja tiba di situ.

SUAMIKU MR POLIS [C]✅Where stories live. Discover now