BAB 26

297 34 3
                                    

Keesokan harinya, Kaysa bangun dengan satu tekad di hati. Hari ini, setelah genap tiga hari berlalu sejak kali terakhir Kaysa bersua-muka dengan Dhariun, dia kini sudah bersedia untuk memberikan jawapannya kepada lelaki itu. Selepas pertemuannya dengan Wahida semalam, hampir sepanjang malam dia berfikir, menimbang-tara baik buruk yang mungkin terjadi sekiranya dia memilih untuk menerima. Dia turut membuat solat istikharah seperti yang disarankan oleh Wahida. Dan pagi ini, dia mula yakin dengan keputusan yang bakal dia ambil.




Dhariun sedang berada di dalam bilik pejabatnya sambil mengira dan menyusun akaun bulanan Hope Cafe apabila tidak semena-mena, telefon pintarnya berbunyi. Dia mengerling sekilas ke arah skrin telefon. Diikutkan hati, dia malas ingin menjawab sebarang panggilan telefon hari ini kerana kerjanya masih banyak, namun melihatkan nama yang tertera pada skrin, dia mencapai jua telefon yang sedang berdering itu.

"Hello"

"Ryun, it's me" kedengaran suara Inspektor Kevin di hujung talian.

"Yes inspector. What's up?" soal Dhariun lantas bersandar pada kerusi empuk miliknya.

"Well, I have good news. Berkenaan dengan permohonan keselamatan untuk Kaysa. Permohonan tersebut baru sahaja diluluskan" maklum Inspektor Kevin.

"Really? That's great" balas Dhariun bersama senyuman kecil di bibir.

"Yup. Jadi mulai esok, akan ada dua orang anggota yang akan awasi Kaysa. Don't worry, they will not interfere with her daily life. We will make sure she never realize about it, just like what you suggested to me before" terang Inspektor Kevin panjang lebar.

"Okay, that's good. Thank you, inspector" ucap Dhariun ikhlas.

"Not a big deal, just doing our job. Besides, if Erik is stalking Kaysa, then mungkin pihak polis boleh kesan dia apabila kami perhatikan Kaysa nanti" balas Inspektor Kevin. "But remember your promise to me, Ryun. No more secret between us, especially about Erik" kali ini nada suaranya berubah tegas.

"I know, I won't. Tak nak kena bebel lagi" ujar Dhariun selamba. Cukuplah tempoh hari dia terpaksa menahan telinga mendengar bebelan Inspektor Kevin yang jelas tidak puas hati apabila dia tidak melaporkan mengenai Erik lebih awal kepada pihak polis.

"Good" balas Inspektor Kevin berpuas hati. "Well, I have another good news. Kami dah stake out kawasan di sekitar Stesen Bukit Rimau, and guess what, ada saksi maklumkan pernah nampak kelibat seseorang yang memenuhi profil Erik dekat kawasan tu. Tapi buat masa sekarang, pihak kami masih mencari lokasi sebenar dia but I'm sure sooner or later, dia akan muncul jugak. So, let's pray for that. Well, I got to go. Anything just call me, okay"

"Alright, inspector. Thanks again" ucap Dhariun sebelum perbualan ditamatkan. Dia meletak semula telefon pintar di atas meja. Wajahnya diraup dengan kedua-dua telapak tangan. Selepas beberapa saat, matanya kembali merenung angka-angka yang tertera pada skrin komputer riba di hadapan, bersedia untuk menyambung kembali tugasnya yang tergendala sebentar tadi. Namun, baru sahaja lebih kurang sepuluh minit dia kembali bekerja, kedengaran pula bunyi ketukan pada pintu bilik pejabatnya yang sederhana besar itu, sebelum pintu tersebut terbuka dari luar. Dhariun mengangkat wajah daripada menatap skrin komputer. Kelihatan susuk tubuh Adam sedang berdiri di muka pintu.

"Ryun. Sorry kacau, tapi ada orang cari kau dekat luar" maklum Adam.

Dahi Dhariun sedikit berkerut. Seingat dia, dia tidak ada membuat sebarang temu janji dengan sesiapa hari ini. "Siapa?" soalnya sedikit bingung.

Adam menayang sengih nakal. "Bakal isteri kau" balasnya selamba.



DHARIUNWhere stories live. Discover now