Bila Isnin muncul, maka kehidupan kembali normal. Kembali ke sekolah yang sama tetapi status yang berbeza. Dulu single sekarang isteri orang, isteri cikgu disiplin lagi.
"Kita pergi sama-sama?", soal Fahmi.
"Tak payah. Cikgu nak satu sekolah tahu yang saya isteri cikgu? Atau nak tengok saya belasah si Hani lagi?", wajarlah. Sudahlah kahwin tak bagitahu siapa-siapa. Kahwin pula dengan cikgu sendiri.
"Okay", Fahmi mengangguk.
Mereka pun turun ke bawah. Khalil dan Halima sedang sarapan bersama di meja. Walau sudah 28 tahun berkahwin, aksi mereka seperti baru semalam berkahwin.
"Anak dengan menantu mama dah nak pergi sekolah ke?", soal Halima kepada mereka berdua. Mereka tersenyum. Halima ke dapur.
"Haah, ma", jawap Fahmi. Mereka berdua berjalan ke arah meja.
"Duduklah makan dulu", pelawa Khalil. Fahmi menarik kerusi di sebelah Khalil dan duduk.
"Adik?", soal Khalil. Laura menggeleng. Kahlil mengangguk, dia faham dan kenal anaknya. Jarang sekali dia sarapa.
"Nah!", Halima datang bawa sekeping roti yang diapit dengan inti jam strawberi. Laura tersenyum dan mengambil roti itu. Itulah yang dia selalu makan untuk alas perut.
"Adik pergi dulu, ma", tangan mamanya disalam.
"Tak pergi sekali ke?", soal Kahlil sewaktu Laura menyium tangannya.
"Papa nak satu sekolah tahu adik kahwin dengan cikgu adik ke?", dia menyoal kembali.
"Ya lah. Bawa motor elok-elok", pesan Khalil.
Baru ingin melangkah ke pintu. "Hey! Suami belum salam", Laura pusing kembali apabila mamanya berkata begitu. Lupa pula ada suami. Selepas bersalam dengan Fahmi dia teruis menuju ke motor.
Apabila sampai di sekolah, dia parking motor di tempat yang disediakan. Selepas itu berjalan ke kelas. Jalan punya jalan tiba-tiba seorang budak lelaki terlanggar dia.
"Kau tinggal mata dekat rumah ke?", soal Laura.
"Ni ada ni elok ni dekat sini", dia tunjuk-tunjuk ke matanya.
"Menjawap. Apa masalah kau nak buat aku marah pagi-pagi ni?", dia sangat pantang budak menjawap tidak seuai dengan jawapan yang disoal.
"Yang akak anak marah-marah kenapa?", makin disimbah dengan minyak makin marak api
"Kau budak baru ke?", dia masih berusaha tenang.
"Saya dah setahun dekat sini", jawapnya.
"Kalau kau lama, kau mesti tahu aku paling pantang budak-budak macam ni", menipulah klau tak tahu.
"Habis? Ingat saya takut?", Laura mengangguk.
"Kau tak pernah kena ke dik?", badannya dipeluk sambil memandang budak itu.
"Apa je yang perempuan mampu buat?', soalnya.
Tengkok budak itu ditarik dan Laura menumbuk perut budak itu. Dia mengaduh kesakitan sambil memegang perut. "Itu sebab kau kurang ajar dengan aku"
"Ni pula sebab kau downgrade perempuan", kemaluan budak itu disepak menggunakan lutut. Budak itu memegang kemaluannya. Senak mat.
"Awak buat apa ni?", kedengaran suara dari belakangnya sedang menyoal tapi kepada siapa. Setahu dia tiada orang lain. Jadi dia pusingkan badannya. Fahmi.
"Budak bodoh macam ni memang kena ajar", jawapnya. Fahmi menggeleng.
"Farhan awak pergi masuk kelas. Laura awak ikut saya", budak lelaki itu terus berlari ke arah kelasnyta sambil memegang kemaluannya. Sangat menyeksakan.
YOU ARE READING
ISTERI CIKGU DISIPLIN
RomanceSeorang gadis bernama Laura Irdina terpaksa berkahwin ketika berumur 17 tahun dek kerana ibu bapanya perlu ke luar negara atas urusan kerja. Jejaka pilihan orang tuanya merupakan anak kepada rakan baik mereka yang juga cikgu kepadanya. Kaki buli sek...