Kereta milik Fahmi berhenti di perkarangan rumah. Fahmi memandang wajah Laura, hidung dan pipinya merah. "Ra, dah sampai", matanya terbuka.
"Larat tak?", soal Fahmi. Laura mengangguk.
"Betul?", juga mengangguk.
Enjin kereta dimatikan. Fahmi turun untuk buka pintu yang berkunci. Laura masih belum keluar. Fahmi kembali ke kereta untuk periksa isterinya.
"Ra? Jom turun", Fahmi menuntun Laura terus ke bilik. Laura duduk dihujung katil.
"Mandi dulu, okay?", Laura mengangguk.
"Boleh mandi sendiri?", Angguk lagi.
Fahmi ambik tuala milik Laura di penyidai dan hulurkan kepadanya. Laura menyambut huluran itu.
Walaupun sudah diberi tuala tetapi dia masih tidak berganjak. Masih teguh bertahan. "Hey! Mandi", lembut saja nada yang digunakan Fahmi.
Laura masih termenung. Tidak bergerak. Tidak melangkah. Hanya merenung. Penat Fahmi dibuatnya. Dia hulur kedua-dua belah tangannya. Laura pandang Fahmi seolah-olah bertanya "Kenapa?"
"Abang tolong bawa masuk bilik air", renungan kepada Fahmi berterusan sebelum dia menyambut huluran tangan Fahmi.
Fahmi bantu isterinya ke bilik mandi untuk mandi. Bukan jauh pun bilik air. Lima langkah sahaja dari katil. Fahmi letak Laura di tempat duduk.
Bilik air dia ada tempat duduk untuk shower. Kalau malas pegang sangkut dan acukan ke arah tempat duduk itu saja. Senangkan kerja.
"Mandi tau. Abang order makanan kejap", dia manalah pandai masak. Goreng telur, masak maggi, rebus air tu bolehlah.
Dia keluar dari bilik air. Telefon bimbit dicapai untuk memesan makanan. Sekarang zaman teknologi banyak aplikasi yang buat penghantaran makanan. Makin canggih teknologi semakin meningkat tahap kemalasan manusia. Tak juga sebenarnya. Orang zaman sekarang sibuk sangat. Tak sempat nak masak. Balik kerja dah penat. Nak rehat semua. Jadi memudahkan kerja pesan saja.
Selepas dia siap memesan makanan. Dia bermain dengan telefon bimbitnya sambil baring. Tidak lama lepas itu Laura keluar dari bilik air. Dia duduk di hujung katil. Lepas itu bangun balik dan menuju ke almari baju. "Jangan tengok!", Pesan Laura kepada Fahmi.
"Ya", jawap Fahmi. Pasrah sajalah. Dah halal tapi tak boleh tengok. Nasiblah. Kalau nampak betul rezekilah.
Selesai mengenakan pakaian Laura letak kepalanya atas perut Fahmi. Dengan rambut yang masih basahnya. Fahmi gosok kepala isterinya.
"Sakit kepala lagi?", Soal Fahmi lembut.
"Sikit", jawap Laura. Suaranya cukup mengatakan yang dia tak sihat. Sangat tidak bermaya.
"Ala, cian. Lapar tak?", Laura menggeleng.
"Tak lapar?", Juga dengan gelenggan.
Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Ada yang datanglah tu. Mungkin makanan yang dipesan oleh Fahmi tadi.
"Meh! Baring dekat bantal. Abang pergi tengok siapa", kalau Laura tak alihkan kepala dia, macam mana Fahmi nak bangun.
Laura menurut dan dia beralih ke bantal sebelah Fahmi. Fahmi bangun dari baringan untuk turun ke bawah.
Fahmi ke bilik semula selepas beberapa minit ke tingkat bawah. Dia kembali dengan dulang makanan. Laura sampai tertidur akibat lama menunggu. Dulang diletakkan dimeja sebelah katil.
"Ra, bangun. Makan sikit nak makan ubat kejap lagi", Laura membuka matanya perlahan-lahan.
"Bangun. Takkan nak makan sambil baring", lembut saja nada yang digunakan. Kalau kasar-kasar takut orang demam hempuk kepala pula.
YOU ARE READING
ISTERI CIKGU DISIPLIN
RomantikSeorang gadis bernama Laura Irdina terpaksa berkahwin ketika berumur 17 tahun dek kerana ibu bapanya perlu ke luar negara atas urusan kerja. Jejaka pilihan orang tuanya merupakan anak kepada rakan baik mereka yang juga cikgu kepadanya. Kaki buli sek...