Fahmi sudah mula mengajar sejak sebulan yang lalu. Laura pula, selain hanya menjadi surirumah dia masih seorang pelajar, dia ambil lesen kereta. Bulan lepas dia ada ujian JPJ untuk lesen kereta dan dia lulus.
Akan tetapi selepas lulus dia tak sentuh langsung kereta sebab tak tahu nak pergi mana. Kawan dia dua orang tu sibuk buat kerja part-time mereka. Jadi dia duduk dekat rumah sajalah.
Dia pun nak buat part-time tapi Fahmi tak bagi. Katanya, "Kerja awak full-time isteri saya". Masalah dia, Fahmi balik pun dah pukul 3. Bila sajalah masa dia jadi isteri. Memang kerja dia tengok movie, layang drama dan scroll Tiktok. Memang patut digelar penganggur berjaya.
Waktu-waktu begini biasanya Laura hanya menonton selepas selesai semua kerja. Sedang asyik menonton telefonnya berdering yang menandakan ada yang memanggil.
"Hello, assalamualaikum", ucap Laura.
"Waalaikumussalam", balas Lutfil yang berada di seberang talian.
"Kenapa call aku ni?", soal Laura. Biasanya Lutfil menghubungi Fahmi. Macam Fahmi adiknya.
"Lawyer papa call aku. Ajak jumpa", kata Lutfil.
"Bila?"
"Hari ni dia cakap",
"Habis kau macam mana",
"Aku naik flight. Lagi setengah jam aku sampai. Kau ambil aku dekat airport", ini bukanlah permintaan tetapi arahan.
"Hmm okay", pasrahlah. Airport dengan rumah mereka tak adalah jauh tapi dalam 30 minit juga.
Dia pun bangun ke bilik untuk bersiap. Takkan nak keluar dengan baju mengemas rumah. Bagilah nampak semengah sedikit. Sebelum bergerak ke airport dia menelefon Fahmi untuk meminta izin keluar terlebih dahulu.
Mereka berjumpa di pejabat peguam tersebut. Dalam sejam juga masa mereka diambil. Maklumlah papa banyak tinggalkan harta.
Macam apa yang peguam itu cakap. Rumah yang Laura duduk jadi milik Laura tidak lupa 30 peratus simpanan yang papa buat untuk mereka
Lutfil akan mendapat lagi 70 peratus simpanan dan sebidang tanah di kampung yang papa pernah beli. Memandangkan Lutfil juga akan berkawin dan akan mempunyai keluarga. Sudah tentu banyak duit yang diperlukan.
Sekarang mereka berada di kedai makan. Lutfil cakap dia lapar sebab tak makan lagi. Fahmi juga akan datang menyertai memandangkan sudah habis waktu sekolah.
"So, kau nak gerak Kelantan atau stay sini dulu?", soal Laura. Lutfil pun datang sehelai sepinggang. Tak ada beg yang disandang.
"Balik Kelantan tapi malam. Bagilah aku nak jumpa adik ipar aku dulu", siapa lagi kalau bukan Fahmi. Adik ipar a.k.a kawan baik seantero dunia dia.
"Haah, kau memang ingat adik ipar kau je. Adik kau, manalah kau nak ingatkan?", nampaknya Lutfil terhibur dengan adiknya. Terkekek-kekek dia ketawa.
"Alololo, adik aku seorang ni", dia mengusap kepala Laura.
"Dik, aku ada kau seorang je. Mama dengan papa dah tak ada. Macam dia orang pesan selalu pesan dekat kita, walau macam mana pun jadi kita adik-beradik kena ingat kita jangan berpecah. Kita dua orang je, dik", ucap Lutfil.
"Tapi aku bersyukur dapat adik ipar macam Fahmi. Aku tau dia boleh jaga kau. Tapi kalau dia buat apa-apa dekat kau, kau bagi aku terus. Tahulah aku apa kau nak buat dengan mamat tu", sambung Lutfil. Lutfil pun hirup kopi yang dia pesan tadi. Mata Laura sedikit bersinar dan ada bunyi esakan.
"Alamak aku salah cakap ke?", kita boleh nampak Lutfil agak gelabah di situ.
"Sayang, kenapa? Kau buat apa dekat bini aku ni, Fil?", Fahmi muncul lalu terus memeluk sosok isterinya.
Mereka biarkan dia tenang terlebih dahulu. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia tiba-tiba nangis.
"Aku sayang kau, bang", ucap Laura selepas sudah hilang esakan dan air mata sudah kering.
"Alololo, sini dekat abang mithali kau ni", Laura yang tadi di bahu Fahmi kini berpeluk dengan Lutfil. Mesti orang tengok pelik dan bertanggapan aneh. Ya lah, tadi dekat bahu lelaki tu lepas tu peluk dengan lelaki lain.
"Aku pun sayang kau", kata Lutfil sambil menyusap kepala Laura.
"Fil, bini aku tu. Bak sini balik bini aku", bau-bau api cemburu. Mana tak cemburu tengok isteri berpeluk dengan lelaki lain. Abang ipar tak abang ipar.
"Dik, siapa lelaki hodoh depan kita ni", dua-dua pandang atas bawah.
"Entahlah tiba-tiba duduk meja kita ni", tambah Laura.
"Okay", nampaknya abang koyak di situ.
"Suami kau dah koyak tu dik. Pergilah pujuk. Buruk beno nengoknya", kata Lutfil lalu menolak Laura kelaur daripada pelukan. Laura terus memeluk Fahmi yang sedang memeluk tubuh.
"Merajuk ke?", Laura meletakkan dagu di atas bahu Fahmi.
"Buruk tau orang tua merajuk", kata Laura.
"Nak hadiah tak?", tiada respon daripada Fahmi. Cup! Satu kucupan selamat mendarat ke pipi Fahmi.
"Kau orang tak payah nak buat adegan suami isteri dekat sini. Aku tampo juga dua ekor nanti", celah Lutfil . Tadi dia yang suruh pujuk.
"Kau kata kena pujuk. Ni pujuklah ni", balas Laura.
"Kau tau kita orang boleh buat lebih daripada cium", Fahmi bagi senyuman nakal kepada Lutfil. Laura tengok Fahmi dan ikut apa yang Fahmi buat. Sekarang dua-dua pandang Lutfil dengan senyuman nakal.
"Kang ada yang jadi rendang karang haaa. Aku terajang juga dua ekor ni nanti", Lutfil sangat tak berpuas hati.
"Tu bermaksud kau kena kawin bang. Kita besarkan lagi family kita. Nanti aku ada rakan gosip baru. Ini aku tak sedih ke tengok kau orang call. Aku nak call juga. Nak ada geng juga", luah Laura.
"Baru? Maksudnya sekarang dah adalah kan. Siapa?, tanya Fahmi.
"Ibu", jawap Laura. Tidak dapat dinafikan. Laura sangat rapat dengan ibu mentuanya. Macam-macam cerita dia dengan dan macam-macam cerita dia bercerita kepada ibu mentuanya.
Kalau dulu bercerita dengan mama. Dia bersyukur ibu Fahmi melayannya dengan baik yang membuatkan dia rasa sangat dialu-alukan.
"Tu dah ada geng", tambah Lutfil.
"Tapi aku nak tambah geng. Barulah meriah", kata Laura lagi.
"Kalau nak meriah. Apa kata kita buat askar kecil. Buat banyak-banyak, ada yang boleh jadi geng, ada yang boleh jadi pelindung. Nak tak?", dia faham dengan apa yang dimaksudkan Fahmi tapi buat-buat tak faham.
"Tak nak askar. Nak geng", buat-buat innocent.
"Malas aku layan kau orang dua ni. Baik aku order makan. Daripada tadi duduk borak. Kau nak makan apa", soal Lutfil.
YOU ARE READING
ISTERI CIKGU DISIPLIN
RomanceSeorang gadis bernama Laura Irdina terpaksa berkahwin ketika berumur 17 tahun dek kerana ibu bapanya perlu ke luar negara atas urusan kerja. Jejaka pilihan orang tuanya merupakan anak kepada rakan baik mereka yang juga cikgu kepadanya. Kaki buli sek...