"Cikgu, Laura tidur!", adu Hani.
"Dia sakit kepalalah, bodoh", jawap Syila. Bengang betul dengan minah ini.
"Sakit kepala?", soal Fahmi kepada Syila. Syila mengangguk.
Fahmi berjalan mendekati meja Laura. "Syila, bawa dia pergi bilik rawatan", arah Fahmi.
"Ra, jom", ajak Syila.
"Tak nak", balasnya dengan suara yang serak. Mata pun tak buka.
Fahmi angkat tangan. Dia dekatkan mulutnya ke telinga Laura. "Sayang, dengar abang cakap. Pergi bilik rawatan dulu. Habis kelas abang datang", bisik Fahmi. Laura menggeleng.
"Please, dengar. Habis kelas abang pergi tengok. Boleh?", dia tidak membalas.
Fahmi kembali berdiri. Dia menguis tangannya mengarahkan Syila untuk memimpin Laura ke bilik rawatan. Syila menurut.
"Jom", Syila menarik lengan Laura perlahan-lahan hingga dia berdiri. Lalu dia pimpin Laura ke bilik rawatan.
"Awak semua sakit kepala juga ke?", semua menggeleng.
"Kalau tak, sambung buat kerja", arahan cikgukan, kenalah ikut. Cikgu pula, cikgu yang paling menggerunkan disekolah.
Dia kembali ke depan kelas. Dia dah nampak sesuatu yang pelik dekat Laura waktu mengajar tadi. Lepas dia bagi kerja terus Laura letak kepala ke meja. Dia biarkan. Banyak kali Hani mengadu Laura tak buat kerjalah, Laura malaslah apalah sampailah Syila jawap kepada Hani bahawa Laura sakit kepala.
"Cikgu, nombor 3 ni macam mana?", soal Hani.
"Macam mana soalan dia?"
Hani bacakan soalan yang katanya dia tak faham. Sebagai seorang cikgu, Fahmi terangkanlah. Semua dalam kelas memandang dengan penuh rasa menyampah.
Hani ini kadang-kadang mengada saja lebih. Dia faham saja sebenarnya tapi saja nak perhatian cikgu. Setakat tanya soalan boleh lagi, lebih-lebih siapa nak layan.
Hani membongkokkan badannya sewaktu Fahmi menerangkan pengiraan kepadanya. "Faham?", soal Fahmi kepada Hani.
"Faham", Hani mengepit suara.
"Dah, pergi duduk tempat awak", arah Fahmi.
Syila masuk ke kelas selepas menghantar Laura ke bilik rawatan.
"Cepatlah habis masa", getus hati Fahmi. Dia hanya memantau anak-anak muridnya dimeja.
Dia hanya semak buku di kelas. Jarang sekalilah dia bawa buku latihan pelajar ke rumah. Mana-mana pelajar yang sudah siap memang akan bawa buku ke depan untuk disemak.
Loceng berbunyi. "Okay, kelas. Mana-mana yang tak sempat hantar tadi. Hantar nanti next class"
"Terima kasih, cikgu", ucap ketua kelas.
"Terima kasih, cikgu", pelajar lain juga mengikut.
"Sama-sama", dia terus keluar dari kelas dan menuju ke bilik rawatan.
Pintu bilik rawatan dibuka. Kelihatan sekujur tubuh sedang lena. Dia menghampiri. Dahi disentuh. "Panas"
Dia keluar semula dari bilik rawatan. Dia nampak Bella sedang berjalan menuju ke tangga. "Bella!", laungnya. Bella pandang dia.
"Sini kejap", Bella yang baru ingin menaiki anak tangga pertama membantut niatnya dan menukar tujuan.
"Kenapa cikgu?"
"Boleh tolong saya tak?"
"Tolong apa?"
"Awak datang dengan siapa?", soal Fahmi kepada Bella.
YOU ARE READING
ISTERI CIKGU DISIPLIN
RomanceSeorang gadis bernama Laura Irdina terpaksa berkahwin ketika berumur 17 tahun dek kerana ibu bapanya perlu ke luar negara atas urusan kerja. Jejaka pilihan orang tuanya merupakan anak kepada rakan baik mereka yang juga cikgu kepadanya. Kaki buli sek...