Seperti yang dijanjikan oleh Fahmi, mereka ke makam mama dan papa Laura.
Semua yang menjadi beban otak dia luahkan. Fahmi hanya menjadi pendamping. Menyediakan bahu apabila airmata makin deras terjun dari mata.
"Jom balik!", ajak Laura.
"Dah habis?", Laura mengangguk. Mereka bangun lalu Fahmi melipat tikar yang dibawa.
"Nanti kami datang lagi okay, ma, pa", ucap Laura lalu meninggal pusara mama dan papanya.
Enjin kereta dihidupkan. "Nak pergi mana pula ni?", soal Fahmi kepada Laura.
"Tak tahu", jawap Laura dengan bahu dijongkitkan.
"Cakap je nak pergi mana. Abang bawa", kata Fahmi.
"Serius ni?"
"Ya sayang", jawap Fahmi.
"How about coffee date?", cadang Laura.
"Dekat mana?"
"Cafe yang abang selalu belikan Laura punya kopi laa", jawap Laura.
"Okay", lalu kereta milik Fahmi meluncur ke cafe yang maksudkan.
"Laura nak apa?", soal Fahmi.
"Vanilla latte as always", jawap Laura.
"Pergi duduk dulu", Laura pun berlalu memilih tempat. Lalu melabuhkan punggung.
Sedang dia asyik dengan telefonnya. Fahmi datang membawa dulang dengan dua cawan kopi. Telefon dia ketepikan. Tangan ditepuk-tepuk sambil kepala digoyang-goyang.
Dia dah lama tak minum kopi. Sepanjang minggu peperiksaan Fahmi tak benarkan dia minum kopi. Risau hyper tak tidur malam nanti.
Gelas dia susun. Fahmi baru ingin menghirup kopinya lalu ditepis oleh Laura.
"Nak ambil gambar dulu"
"Ambilaa ambilaa", pasrahlah demi isteri tercinta. Lalu dia capai telefonnya.
Kali ini dia betul-betul ketepikan telefon dan menikmati kopinya. Dia tenung Fahmi yang asyik dengan telefonnya.
Apabila rasa diri diperhati. Fahmi mengangkat mukanya. Isterinya sedang asyik memerhatikannya.
"Kenapa? Ada apa?", soal Fahmi.
"Tak ada apa-apa. Tak boleh nak tengok suami ke?", Fahmi tersenyum.
"Kalau suami bukan setakat tengok, nak kiss pun boleh", kata Fahmi.
"Emphhh this uncle aaa always like this, gatallllll", kata Laura.
"Ouhh, i cannot kiss my wife? Then should i kiss others wife?", balas Fahmi.
"Don't you ever dare, Haziq Fahmi!", keras peringatan yang diberikan. Fahmi tersenyum.
"I smell something", kata Fahmi sambil tersenyum. Namun tidak diendah oleh Laura.
"I smell some jealousy", ucap Fahmi lalu menyuit hidung Laura yang mancung itu.
"Awwww jealous pun comel", tetapi jelingan yang dihadiahkan.
Fahmi sambung menikmati kopinya dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Suka betul dia tengok wajah isterinya yang masam mencuka itu.
"Nak pergi mana lepas ni?", soal Fahmi.
"Kita pergi rumah ibu jom. Lama dah tak jumpa ibu", kali terakhir dia berjumpa mertuanya ada sebelum mereka berangkat untuk bercuti tempoh hari.
"Boleh. Abang pun nak jumpa ibu juga", ibu tu ibu dia. Takkan dia tak bagi isteri dia nak jumpa mak diakan. Apakah bahlol ini.
Tadi dia merajuk bukan? Tapi itu tidak memakan masa yang lama. Lepas Fahmi menyogok dengan Lasagna dan kek coklat dah elok balik.
Dia mana reti nak merajuk lama-lama dengan Fahmi. Kalau bukan Fahmi yang pujuk dia sendiri yang datang bercakap dengan Fahmi. Ya lah, kalau bukan dengan Fahmi dengan siapa dia nak bercerita.
Jarak kafe ke rumah keluarga Fahmi sangatlah dekat. Kurang 5 minit sudah sampai.
Salam diberi. Wajah wanita separuh abad itu muncul disebalik pintu. Wajah cerianya mula terpancar apabila melihat anak dan menantunya yang tercegat di depan pintu.
"Anak-anak ibu!", ucapnya teruja.
"Ibu!", Laura memeluk ibu mertuanya. Lama pelukan yang diberikan. Rindu sangat dia dekat ibu mentuanya.
"Laura rindu ibu!", lalu dia menangis dalam pelukan ibu mentuanya. Tanpa rasa segan silu.
"Ya, sayang. Ini haa ibu. Ada je", ujar ibu Fahmi. Fahmi hanya memerhati kelakuan isterinya.
"Dah jom. Kita masak jom", ajak ibu. Laura mengangguk. Mereka berdua ke dapur meninggalkan Fahmi seorang diri tercegat di depan pintu.
Disebabkan lama tak jumpa. Macam-macam cerita dia ceritakan kepada mentuanya. Dia melayan mentuanya persis dengan cara dia melayan mama dan papanya.
Fahmi ke ruang televisyen setelah dia ditinggalkan oleh dua wanita yang dicintai itu. Dia tido sebab tiada siaran mahupun program yang menarik minatnya.
Sementara ayahnya ada program bersama rakan sejawatnya. Biasalah.
"Abang!", kejut Laura.
"Hmm?", mata masih pejam.
"Bangun makan"
"Hmm?", terkebil-kebil kelopak matanya yang sedang cuba menyesuaikan keadaan.
"Makan", ulangnya. Fahmi mengangguk.
"Basuh muka dulu. Lepas tu baru pergi meja makan. Jangan sambung tidur pula"
Cup! Pipi suaminya dicium sebelum dia beredar untuk kembali ke ruang makan semula.
Fahmi ke ruang makan dengan mamainya. "Dah basuh muka belum?", tanya Laura. Fahmi menggeleng.
Sebagai isteri yang solehah, Laura membasahkan tangannya lalu meraup wajah suaminya. Mata Fahmi yang tadinya kuyu kini sudah segar.
Ibu datang dengan hidangan terakhir. Doa dibaca oleh Fahmi selesai doa mereka pun menjamu selera.
YOU ARE READING
ISTERI CIKGU DISIPLIN
RomanceSeorang gadis bernama Laura Irdina terpaksa berkahwin ketika berumur 17 tahun dek kerana ibu bapanya perlu ke luar negara atas urusan kerja. Jejaka pilihan orang tuanya merupakan anak kepada rakan baik mereka yang juga cikgu kepadanya. Kaki buli sek...