#01

8 2 0
                                    

Tok! Tok! Tok!

"Come in"

Tangan pantas menolak daun pintu setelah mendapat kebenaran untuk masuk. Seorang lelaki berpakaian pejabat lengkap bertali leher dan kasut digilap berkilat melangkah selamba. Di tangan membawa sampul surat coklat berukuran A4 yang tebal berisi.

"Nah. Maklumat yang kau nak pasal 'sampah' tu. 'Sampah' betul perangai sampai bini dengan anak dia pun lari tinggalkan dia. Sekarang dia tinggal dengan anak perempuan dia" Terang Alan sambil mencampakkan sampul ke atas meja kerja rakannya yang juga majikannya. Punggung dilabuhkan di sofa yang tersedia dalam bilik itu.

"Anak perempuan?" tanya pemilik pejabat tersebut. Kerutan kekeliruan dapat dilihat di dahi licin itu.

"Yup. Aku pun baru tahu. Tak banyak maklumat pasal dia. Gambar pun tak ada. Aku rasa dia sorokkan anak dia dari umum."

"Arahkan dua budak kita untuk perhati rumah dia." Arahan baru di beri oleh suara tak bernada.

Alan jatuhkan kepala tanda menerima arahan.

Ruangan pejabat yang berkonsepkan minimalis dengan pilihan perabot berwarna hitam dan emas diperhati untuk menghilangkan bosan. Benar-benar mencerminkan diri empunya pejabat. Berkarisma dan misteri. Itu lah Alejandro Maximo.

Gambar-gambar yang bergantungan berserta sijil-sijil pencapaian dan penghargaan memenuhi ruangan dinding. Plak cenderahati yang memenuhi almari kaca dijeling sekilas. Majalah bisness yang ada diatas meja kopi turut diselak kasar.

Rakannya itu yang sibuk menaip sambil menyelak helaian kertas itu dipandang.

'Bosan betul hidup manusia sorang ni' desis Alan. Gila tak bosan, kalau hidup hanya dipenuhi kerja, business, kerja, business je. Workaholic level langit ketujuh.

"Stop looking at me like that. Aku tak layan lelaki" Alejandro bersuara tanpa mengalihkan wajah daripada skrin computer. Jarinya masih ligat menari di atas papan kekunci. Proposal itu harus disiapkan dalam masa seminggu sebelum berjumpa kliennya.

Alan mencebik. "Macam aku hadap sangat dengan kau. Bila kita nak serang 'sampah' tu?"

"Minggu depan. Tunggu mangkuk dua orang tu balik dulu" Alan hanya mengangguk.

Sunyi hidupnya minggu ini apabila Alejandro menghantar James dan Alex ke Russia untuk meninjau masalah dicawangan sana. Jam tangan dikerling sekilas. Lagi tiga puluh minit sebelum pukul 1 tengah hari.

"Bro, jom gerak. Lunch dengan Mr. Wu, projek kat Shanghai" ajak Alan. Sudah jadi tanggungjawab dia sebagai PA Alejandro untuk ingatkan lelaki itu tentang jadualnya. Setelah mendapat anggukan dari Alejandro, terus dia bangun dan keluar dari pejabat itu untuk menyediakan fail-fail yang perlu dibawa.

Kertas-kertas kerja disusun semula. Meja dikemaskan dan menutup laptop. Pantang dalam hidup Alejandro bila nampak ruangannya bersepah. Kot dipakai sebelum memandang pantulan dirinya dicermin untuk memastikan dia dalam keadaan kemas. Telefon dicapai. Sebelum berlalu meninggalkan pejabat.

-----------------------------------------------------------------------------------------

hola! kalau ada typo/pelik pelik comment tau. don't forget the star button ocehhh :)

MI CASSAWhere stories live. Discover now