"Oh shoot! Aku dah lambat" Alicia bersiapa ala kadar. Nasib baik beg sekolah sudah disiapkan malam tadi. Knitwear berlengan panjang berwarna unggu muda dipadankan dengan seluar jeans putih. Rambut perang panjangnya mencecah pinggang hanya dibiar lepas. 'Bangs' di betulkan sediti biar nampak lebih teratur
Beg sekolah dicapai. Cermin dipandang seketika untuk memastikan pakaiannya kemas sebelum dia terpandang sesuatu. Tangannya laju mencapai foundation dan concealer untuk menutup kesan biru keungguan dia hujung mata kiri dan kesan merah di tepi bibirnya.
"Okay dah kot. Janganlah minah kepochi tu tegur"
Selepas menilik unutk kali terakhir, kaki terus bergerak laju menuruni tangga. Ruangan rumah yang bersepah dipandang sekilas. Dapat dilihat bapanya sedang tersadai disofa dengan botol arak bersepah memenuhi meja. Bau air kencing busuk minuman keras itu menyengat hidungnya.
"Balik nanti lah baru aku kemas" kaki terus melangkah berhati hati, takut terpijak serpihan serpihan kaca yang berterabur diatas lantai hasil amukan bapanya malam tadi.
Kasut dipakai pantas dan terus belari ke sekolah.
Alicia terus menuju ke mejanya sebaik sahaja tiba di kelas. Mujur Sir Maori belum masuk ke kelas. Buku dan alat tulis dikeluarkan, bersedia untuk belajar.
"Alicia, hey!" suara nyaring itu menarik perhatian seluruh manusia di dalam kelas itu. Alicia pantas menutup mukanya dengan buku. Malu woi. Kawan siapa lah ni.
"Aliciaaaaaaa" panggil perempuan tu lagi. Suaranya dileretkan sambil menggoncang lengan Alicia.
"Kau kenapa nak jerit jerit? Malu lah aku. Habis satu kelas pandang" rungut Alicia sambal menolak tangan Alicia dari terus menggoncang tangannya. Badannya masih terasa sakit akibat pukulan bapanya malam tadi.
"Aku bosanlah. Ingatkan kau tak datang harini" katanya sambil mulut sibuk mengunyah gula gula getah kegemarannya itu Alicia pandang sekilas sebelum dia membuka buku dan membaca.
Entah apa yang Betty fikir hingga buatkan dia ingin berkawan dengan Alicia. Kasihan mungkin. Alicia tiada kawan lain akibat sikapnya yang misteri dan pendiam.
Betty lah satu satunya.
Itupun setelah banyak kali menebalkan muka mengganggu Alicia hingga gadis itu mengalah dan ingin berkawan dengannya.
Betty pandang lama wajah kawannya itu. Bbukan dia tak perasan kesan lebam dan merah di muka Alicia cuma dia malas ingin bertanya sebab sia-sia. Bukan Alicia nak jawab pun. Dia yakin terlalu banyak yang gadis itu sorokkan dan pendam daripada dunia.
