Bab 1

134 38 6
                                    

KRING! KRING! Loceng yang membingitkan telinga akhirnya berbunyi. Namun, itu bukanlah suatu petanda untuk aku bangun daripada tidur yang lena. Selama ini, Farah Asyikin binti Khairul, rakan baikku yang mematikan jam loceng tersebut.

"Sue, bangunlah! Kau dah lambat nak masuk
kelas ni! Cepatlah bangun! Nanti Prof Hilmi
marah lah wei!" Farah memukul badanku
menggunakan bantal peluk.

Aku masih berselubung di dalam selimut
meskipun kawan baikku telah memukul-mukul
badanku.

"Tak nak bangun lagi? Kau nak tunggu durian
jatuh dari langit ke baru nak bangun?" soal Farah sambil menghembuskan nafas kasar.

Mungkin selepas ini dia akan bertukar bilik
dengan orang lain kerana tidak tahan dengan
perangaiku yang pemalas ini!

"Ya Allah, Engkau bangunkanlah kawanku ini.
Jangan sampai aku kebumikan dia sekarang juga," doanya setelah berpuluh-puluh kali
mengejutkanku tetapi masih tidak berjaya.

Aku terus terduduk apabila dia berdoa sebegitu.
Aku masih bernyawa lagi, okay! Janganlah doa
yang bukan-bukan! Kalau aku ditakdirkan mati
kerana doanya, macam mana? Siapa nak
bertanggungjawab? Dia?

"Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.
Ingatkan kawan aku ni dah mati tadi. Aku baru
saja nak bacakan Yaasin untuknya. Nasib baik
Engkau berikan petunjuk kepadaku."

Pandangan tajam aku lontarkan ke arahnya.
Farah terus melepaskan bantal peluk itu setelah
melihat wajah masam mencuka yang aku
pamerkan.

Dia terus berlalu ke meja solek. Pelembap bibir
dioleskan sedikit pada bibirnya yang cepat kering.

"Oi, nak pergi belajar atau nak mencari
pasangan sehati sejiwa?" kutukku. Farah hanya
buat-buat tidak tahu sahaja.

Malas mahu melayan, aku segera menuju ke
bilik mandi. Lebih baik aku bersiap memandangkan 20 minit lagi akan mulanya sesi
pembelajaran.

Farah mula mendengus secara tiba-tiba setelah
aku masuk ke dalam bilik air.

"Kau ni, orang nak berhias sikit pun tak boleh!
Aku tahulah kau tu natural beauty! Janganlah
sampai sakitkan hati kawan sendiri!" ujar Farah
sambil-sambil menempek bedak pada mukanya.

Aku terus tersenyum. Selepas bersiap, aku
berdiri dibelakangnya. Farah tidak henti-henti lagi membebel sendirian.

Dalam kepala aku, aku sudah mendapat idea
untuk mengenakannya. Apa yang dia membebel pun aku malas nak melayan.

"Opocot cicak terbang! Eh, apa ni?!"

Farah mengurut dadanya perlahan. Mukanya
jelas kelihatan terkejut apabila menerima cucukan di pinggang.

"Tunggu kau, Sue! Aku pancung kepala kau
nanti! Kurang ajar punya kawan! Aku membebel
bukannya nak dengar! Boleh pula kau cucuk
pinggang aku!" amuk Farah namun sempat lagi dia membebel kepadaku.

Aku terus meluru keluar dari bilik tanpa mendengar bebelan Farah yang selanjutnya.

Buat apa nak tunggu lama-lama dalam bilik itu
kalau ada singa mengamuk? Lebih baik aku larikan diri daripada menjadi mangsa singa mengamuk!


*kisah kali ini boleh dikatakan sebagai cerpen je. Sbb Moon rasa setiap bab tak lebih daripada 800 patah perkataan 🤣... Kalau ada yg berminat dgn ebook ni boleh PM Moon sekarang!😍

Cik Penulis Pujaan Tengku [E-Book]Where stories live. Discover now