Bab 6

28 12 1
                                    

10 TIPS MENULIS NOVEL UNTUK
MEREKA YANG BARU BERMULA

AKU terleka melihat website yang begitu menarik perhatianku. Sudah ada di hadapan mata, kenapa perlu menyusahkan diri menghadiri seminar untuk belajar membuat novel?

Betul juga kata-kata Farah tempoh hari. Lebih
baik aku belajar dalam Internet daripada aku
menghabiskan duit untuk mengikuti seminar.

"Menarik ni! Aku nak tengoklah," ujarku
sambil tangan bergerak laju menekan papan
kekunci.

Laman web tersebut dituju dengan pantas
sekali. Aku sempat membuat research untuk
m

enulis novel dengan sempurna.

Semoga aku boleh menghasilkan sebuah novel
dengan baik!

Aku terus membaca dengan teliti laman web
tersebut.

1. Membangunkan Watak Utama

"Oh, senang je tips pertama ni. Nama watak
utama aku dah ada. Tengku Adnan. Kalau untuk
character perempuan, maybe Aisha Hanim? Yes,
you’re so clever, Suraya Qaisara!"

Semakin pantas tanganku membuat kerja. Aku
mencatat sesuatu di dalam buku nota kecil yang
sentiasa berada di sisiku sepanjang masa.

2. Menetapkan Konteks Penulisan

“Okay, konteks penulisan. Aku kena ada watak,
plot cerita dengan konflik. Senang je ni. Aku
memang dah ada watak hero dan heroin. Plot cerita pun dah siap. Konflik? Mungkin watak heroin jual mahal ataupun muncul watak antagonis yang menyerabutkan minda aku? Menarik sungguh!"

Aku meletakkan pen di telinga buat sementara.
Aku mula membayangi pelakon-pelakon yang
bakal membintangi novel tersebut. Ada pelakon
yang best ke? Aku cuma terfikir dua nama sahaja
di dalam kepala aku sekarang ni.

"Apa kata Shukri Yahya? Kalau watak
perempuan, maybe Wan Sharmila? Haha cun
sangat tu! Macam manalah aku boleh terfikir nama dua orang ni?"

Aku meneruskan usaha untuk menerokai cara-cara menghasilkan sebuah novel dengan teliti.

3. Menulis Dalam Genre Anda

"Kejap, aku sesuai ke bawa genre romantik?
Kalau aku sebenarnya lebih selesa buat genre
fantasi macam mana?"

Aku menggigit bibir bawah secara perlahan. Tiba-tiba aku menjadi tidak tentu arah. Manalah tahu, mungkin aku lebih sesuai membawa genre fantasi?

Aku pernah terfikir seorang puteri bersama
haiwan pelihraanya, seekor naga yang tersangkut di sebuah menara kerana hasad dengki bapa
saudaranya.

"Argh, lupakan sajalah! Lebih baik aku baca
tips yang seterusnya." Aku tetap berkeras mahu
memilih genre romantik.

Bagi aku, genre tersebut sudah menjadi darah
daging dalam hidupku. Hari-hari hidup aku
dipenuhi dengan adegan romantic, termasuk
dengan Farah tu! Dia suka mengurat lelaki-lelaki
kelas sebelah!

Bila aku tanya dia, kenapa dia tak suka lelaki
kelas yang sama. Dia boleh pula kata, lelaki dalam kelas kami, semuanya tidak hensem! Aduhai, Farah! Tiba-tiba aku terfikir tentang kau pula!

4. Cipta Gaya Penulisan Anda Tersendiri

Aku mengeluh perlahan. Aku berasa kusut
dengan semua nota yang telah aku tulis. Kenapa
aku rasa menghasilkan novel itu sebenarnya
susah?

"Argh, aku tak mampu nak buat novel! Stress
hidup aku macam ni! Kenapa aku rasa macam
susah sangat nak menulis novel?"

Aku meletakkan kepala di atas meja. Meja yang
berselerak cuba dikemas sedikit demi sedikit.
Namun, hidupku lebih 'berselerak' berbanding
meja tersebut.

"Aku give up. Aku tak nak buat novel dah. Aku
serik wei, jangan suruh aku buat novel dah!"
jeritku lantang. Aku menyesal kata yang kita tidak perlu menghabiskan duit untuk pergi seminar.

Aku rasa lebih baik kau orang beli satu buku
yang isi kandungannya tentang penghasilan novel.

Cuba ikuti seminar penghasilan novel dan cuba
cari masa untuk menonton Youtube tentang
pengisian novel.

Bertabahlah wahai diri sendiri. Semoga ada
sinar harapan untuk esok. Nasihat orang pandai,
nasihat diri sendiri kelaut!

“Kunci untuk membuat sesebuah
novel ialah sentiasa menulis dan
jangan pernah berhenti. Jangan
pernah berputus asa!”

Cik Penulis Pujaan Tengku [E-Book]Where stories live. Discover now