Bab 4

51 22 1
                                    

FARAH tidak henti-henti menarik lenganku. Dia mahu tebus kesalahan pada waktu pagi dengan mengajak aku ke perpustakaan selepas tamat sesi pembelajaran.

"Sue, cepatlah jalan! Kita nak pergi perpustakaan kan? Kau pura-pura lupa atau kau dah nyanyok? Kau kata kau nak buat novel. Aku tengah tuntut daripada kau sekarang ni! Aku tak sabar nak tengok kau buat novel!"

"Sabarlah, aku boleh jalan sendiri okay?
Jangan nak memaksa sangat. Tak lari mana pun
perpustakaan tu!"

Aku membetulkan sling bag yang aku pakai.
Penat kakiku mengikut rentak langkah Farah.

"Ya Allah!" Akibat terlalu berangan, aku
merempuh seseorang di hadapan mata. Aduh,
sakitnya! Aku langgar orang ke batang besi?

"Sorry miss," pohon jejaka itu.

Dan saat itu, mataku tidak berkelip
memandangnya yang berada di ruangan mata.
Jejaka itu hanya tersenyum semanis kurma.

"Suraya Qaisara! Kenapa kau cuai sangat ni?
Macam mana boleh jatuh pula? Haih!"

Mataku terus tertancap pada Farah pula. Aku
menghulurkan tangan supaya dia dapat membantu aku untuk berdiri semula.

Aku jatuh tersembam, tahu? Dah lah ada lelaki
di hadapan mata! Tetapi rasa sakit di pinggulku
hilang begitu sahaja apabila melihat seraut wajah yang kacak itu.

Wajah yang pernah melanggarku suatu ketika
dahulu. Semasa itu, aku hendak cepat ke
universiti. Jadi, ini merupakan kali kedua kami
terlanggar sesama sendiri.

"Maafkan kawan saya ni, dia memang tak reti
nak berjalan dengan elok! Cuai betul! Saya minta
maaf bagi pihak dia." Farah menundukkan sedikit kepala sebagai tanda maaf.

Aku hanya memandang sekilas raut wajahnya.
Kenapa Farah pula yang memohon maaf? Aku
yang langar dia, patutnya akulah yang minta maaf!

"It's okay. This is my fault too. Aku jalan tak
tengok kiri kanan."

Lelaki itu cuma menayangkan sebaris giginya
yang putih berseri. Patutkah aku menggelarkannya sebagai ‘encik’? Aku rasa dia lebih tua daripada kami.

Dia nampak seperti seorang usahawan yang
terkenal berdasarkan pakaian yang dipakainya. Pakaian tersebut terlalu formal bagi aku.

"Siapakah gerangan encik ni?" Farah mula
tersipu-sipu malu apabila lelaki itu memandang ke arahnya pula.

Kenapa dengan kawan aku ni? Dah kena
sampuk dengan angin kus-kus belah mana ni?
Utara? Selatan? Kenapa gaya dia macam ulat bulu sudah naik daun? Menggatal sahaja kerjanya!

"Oh, nama aku Fayyadh. Boleh panggil Yad
sahaja," jawab Tengku Fayyadh memperkenalkan dirinya.

Farah mula terlopong mulut. Aku yang berada
di sisinya sudah mula berasa bosan yang
melampau.

Kalau nak bersembang dua saja, lebih baik aku
pergi dari sini! Aku berura-ura mahu
meninggalkan mereka berdua di hadapan pintu
perpustakaan ini.

"Cik Suraya," panggilan tersebut berjaya
mematikan langkahku. Aku berpaling ke belakang semula. Aku jelas kelihatan terkejut apabila Tengku Fayyadh menyebut namaku.

Cik Penulis Pujaan Tengku [E-Book]Where stories live. Discover now