PAGI yang indah, mulakan harimu dengan senyuman! Silalah sentiasa tersenyum, kalian nampak cantik apabila tersenyum manis!
"Hey, Sue! Good morning my friend!" Farah
menyapa mesra. Aku tersenyum nipis sebelum
membalas kata-katanya."Morning too? Kenapa kau ceria semacam je
ni? Ada apa-apa ke ni?" Aku membetulkan awning tudung yang kelihatan senget sedikit. Perempuan dan awning tudung, berpisah tiada."Eh, Sue. Kau kata kau nak hasilkan novel
dalam masa sebulan kan? Kau mampu ke tidak?
Aku tak sabar nak tengok hasil karya kau!"Farah memprovok aku. Dia duduk sambil
mengacau secawan kopi.Aku tidak tahu mengapa tetapi aku rasa dia
macam tengah memperli aku! Mungkin semalam dia dengar aku menjerit di dalam bilik seorang diri."Sabar lah dulu. Masa hari lahir kau nanti, aku
hasilkan sebuah novel. Tunggu saja lah! Kau akan terkejut dengan novel yang aku akan hasilkan
nanti! Aku bagi kau novel aku tu sebagai hadiah
hari jadi, okay?"Aku mula berazam kembali. Aku akan cuba
membuat novel sehabis baik.Aku akan tetap dengan pendirianku iaitu mahu
menghasilkan sebuah novel. Walaupun hanya
sebuah, itu sudah cukup untuk menampung kos
pembelajaranku di dalam universiti ini."Wah, aku tunggu tau! Hari lahir aku lagi
seminggu je lagi. Tak sabarnya nak baca novel
kau!" Farah tersenyum sendirian.Adakah dia mahu melihat aku tersungkur jatuh
bersama novel-novel aku ataupun dia mahu
memberi semangat kepadaku supaya bangkit
dengan novel-novel itu?Ingat seminggu itu tempoh yang lama ke?
Pejam celik, pejam celik, sudah habis tempoh
seminggu itu!"Okay, jom pergi kelas! Dah lambat ni, nanti
prof marah pula. Tapi, sebelum tu..." Farah
mengelap bibirnya yang terdapat kesan comot
menggunakan tisu."...apa tajuk novel kau eh?" Dia mula
meletakkan cawan di dalam sinki.Wah, dia macam teruja sahaja mahu
mengetahui identiti novel aku! Aku berasa
semangat pula hendak mengarang apabila ada
peminat novel aku walaupun aku masih belum
membuat novel lagi!"Cik Penulis Pujaan Tengku." Tanganku
menari-nari di ruangan udara. Seperti
memperkenalkan jenama produk yang terkenal
sahaja lagaknya!"Wah, nama yang gempak tu. Good luck for
your first novel!" ucapnya seikhlas hati.Ya Allah, aku jadi terharu pula dengan dia ni.
Aku ingat dia seorang yang masuk air sahaja.
Tidak sangka pula dia bagus dalam bab-bab
macam ini!"Thank you, my friend," balasku sambil
tersenyum lebar.Siapa sahaja tidak gembira apabila kawan baik
sendiri tolong memberikan semangat untuk
menghasilkan karya pertamaku.
Cik Penulis Pujaan Tengku,
get ready for it!
YOU ARE READING
Cik Penulis Pujaan Tengku [E-Book]
RomanceDISCLAIMER: HANYA UNTUK PEMBACAAN AWAL SAHAJA "Cik Suraya Qaisara. Wah, pertama kali tulis novel dah dapat perhatian masyarakat setempat" - Tengku Fayyadh "Kalau betul pun, saya ganggu awak ke?" - Suraya Qaisara "Well, apa kata kalau aku buat tajuk...