“ Welcome to badass princess in this World , Universe ”
--- •...•--- ♡
Neyla membuka sebelah mata apabila matanya seperti tertusuk benda yang tajam .
Ku fikirkan kaca rupanya cahaya matahari . Gadis itu memejamkan mata dan menggeliat kecil . Tapi kenapa matanya seakan berat dan memberat . Seperti tanda baginya supaya tidur semula .
Bila difikirkan balik , bangun ada apa je ? Hadap ketiga monyet yang terlepas zoo sahaja . Tanpa sedar dia mengeluarkan tawaan yang kecil .
“ Cik Muda telah bangun ! Cik Muda telah bangun ! ” Jeritan seorang wanita membuatkan Neyla berkerut tidak senang .
Hey sejak bila suara roommate nya seperti gadis gunung ledang yang bersopan santun . Nada nya juga terketar - ketar seperti dia takutkan sesuatu .
Neyla berpura pura pengsan . Dia mahu tahu berapa lama drama yang dibawa oleh ketiga roommate monyet nya berlakon .
“ Kamu kata Cik Muda telah bangun ? Kenapa dia masih terbaring kaku dikatil ini ? ” Kedengaran suara wanita 40-an pula sedang memarahi seseorang . Jap suara mak siapa yang berada di dalam bilik aku !
“ Tapi Tuanku Permaisuri Scarlet Violet , Cik Muda memang sudah bangun . Sebentar tadi Cik Muda menggeliat kecil dan ketawa secara tiba tiba. ”
Hampir terletus ketawa Neyla . Neyla mahu memuji suara roommate nya yang benar benar pandai berlakon . Boleh dah siap siap hantar surat pergi contest jadi actress .
Dia berusaha mencelikkan mata dari pura pura pengsan tadi . Dan mata nya memaparkan seorang wanita yang berumur 40-an yang sangat jelita memandangnya risau .
Dalam keadaan baring dia menatap beberapa orang wanita mengelilinginya dengan berpakaian maid yang berwarna perak , putih dan hitam .
Mana roommate roommate monyet nya ?!
“ Oh syukurlah Anakanda sudah bangun , Panggil tabib supaya lekas kemari Vienna . Oh syukurlah .” Wanita jelita yang mengenakan busana mewah zaman eropah membantu Neyla bangun dari pembaringan . Dia tak henti henti mengucapkan syukur dari bibir merah itu .
Wanita yang dipanggil Vienna itu menurut perintah .
Neyla memandang wanita jelita itu dengan riak yang hairan . Dengan perlahan dia menyoal .
“ Siapa kamu ? ”
Serta merta semua yang berada dibilik mewah itu terkedu . Raut wajah wanita jelita itu yang sebelumnya gembira mendadak menjadi sedih .
Neyla juga terkejut . Ini bukan suara nya . Suaranya kini lebih lembut dan mendayu . Dia memandang pakaian miliknya .
Oh Sial .
Gaun mewah siapa yang aku curi ni ?!
Dia juga menebarkan pandangan kepada sekeliling . Muka dia juga pucat tak berdarah . Bilik mewah itu berwarna pink !
Pink ?!
Musuh abadinya ! Oh tidak ! Dia membuat muka jijik didalam minda nya . Yang lebih penting , dia dimana dan siapa dia .
“ Anakanda Elizabeth , Ini ibumu Ratu Scarlet Violet dan Ayahanda akan tiba sebentar sahaja lagi . Ayahmu Raja Delux Carrion , Elijah Channon .”
Deg
“ Siapa nama saya sekali lagi ? ”
“ Anakanda Elizabeth Charlotte , sayang . ”
Deg
YOU ARE READING
An Antagonist Arrive : Elizabeth Charlotte
Fantasy' Loving The Male Lead ' Salah satu drama yang mendapat nama dalam hati peminat peminat drama ! Drama itu berkisahkan seorang Putera Raja yang direbuti oleh ramai gadis gadis . Tak kisah lah dari bangsawan ke . Puteri raja ke . Pewaris diraja mahupu...