" Bidadari nakal ? "

[ Castle ; Delux Carrion a.k.a Red Violet ]
---
Lagi beberapa jam sahaja akan tiba waktu makan tengahari . Dan beberapa jam itu takkan terbazir dengan hanya menilik kamarnya sahaja .
Elizabeth melangkah keluar dari pintu kamarnya dan melalui lorong mewah yang berwarna putih dan cream .

Oh great , No pink .
Kalau yang dijumpa pink memang aku paksa maid istana cat jadi warna selain pink . Ergh meng-stress .
Dia terfikir yang tingkat ini hanya ada kamar nya dan bilik persendirian dia sahaja . Maksudnya , tingkat ini adalah milik dia seorang . Maid yang lalu dihadapannya cepat cepat menunduk kearah Elizabeth . Elizabeth menyapa mereka dengan senyuman .
Adakah ini puteri ketujuh mereka ?
Dia tidak marah kita ?
Dia senyum kan ?!! Dia senyum kan ?!!!!
Maid - maid itu kaku dihadapan Elizabeth . Seperti Elizabeth itu bukan manusia . Ya , Neyla tahu yang Elizabeth tidak senyum kearah orang bawahannya apalagi mahu menyapa . Jadi culture shock itu sedikit sebanyak menggelikan hatinya .
Jangan sampai aku jumpa kau balik Elizabeth yang lama , aku cekik kau suruh hormat bawahan kau balik .
" Excuse me , Do you see Vienna ? " soal Elizabeth dengan lembut diserta pakej senyuman manis bak bergula .
Terkaku seorang wanita yang berpakaian maid berwarna silver itu . " Di-dia ad-ada di bahagian silverheart Cik Mu-Muda . " Jelas Maid itu ketakutan dengannya .
Kedua kawan Maid itu memakai pakaian seragam yang sama tetapi berwarna hitam pula . Dan itu menghairankan bagi Neyla yang menduduki badan Elizabeth kini .
Mungkin pangkat berbeza - beza dan warna pakaian seragam mereka membuktikannya .
" Siapa nama awak bertiga dan kenapa awak semua bekerja di bahagian SilverRing ni ? "
SilverRing adalah nama bagi tingkat yang hanya diduduki oleh Elizabeth Charlotte sahaja . Dinamakan kerana warna matanya oleh Ratu Scarlet Violet , Ibunya .
Dan yang paling gedik sekali adalah Elizabeth yang dahulu suka meminta minta tingkat itu hanya didiami oleh dirinya sahaja . Menjadi anak kesayangan Ratu Delux Carrion adalah setiap yang Elizabeth mahukan semuanya akan tercapai .
" Saya Carla , Cik Mu-Muda . Saya adalah penolong bagi ketua bahagian SilverRing iaitu Cik Vienna. " Perempuan yang berumur 25 tahun itu teragak agak mendongak memandang Elizabeth yang ralit memikirkan sesuatu . Ya , Cik Muda mereka telah berubah sepenuhnya!
Pangkat dia lebih tinggi , patutlah pakai seragam berwarna Silver .
" Kamu pula ? " soal Elizabeth kepada gadis yang menunduk disebelah Carla . Muda lagi ni .
" Sa-Saya Luna Cik-Cik Mu-Muda . Saya bertugas untuk mengemas bahagian SilverHeart. "
Tanpa berkata apa - apa , tiba tiba gadis yang berada di sebelah Luna bersuara dengan senyuman lebarnya . " Saya Sarah Cik Muda , Saya membantu Luna untuk mengemas bahagian SilverHeart juga! "
![](https://img.wattpad.com/cover/288864982-288-k645295.jpg)
YOU ARE READING
An Antagonist Arrive : Elizabeth Charlotte
Fantasía' Loving The Male Lead ' Salah satu drama yang mendapat nama dalam hati peminat peminat drama ! Drama itu berkisahkan seorang Putera Raja yang direbuti oleh ramai gadis gadis . Tak kisah lah dari bangsawan ke . Puteri raja ke . Pewaris diraja mahupu...