Episod 3

78 6 2
                                    

" I bow to no one, your majesty. "



" MANA El ni tak balik- balik lagi. Perempuan ni tidur kat office ke? "

Cami sudah berjalan mundar- mandir di ruang tamu. Jam dinding dikerling sekilas.

Tepat 9.00 malam.

Kekunci skrin telefon pintarkan terus dibuka kunci. Ikon berwarna jingga ditekan kemudian nombor yang tertera nama El :) ditekan laju. Skrin itu didekatkan ke telinga.

" The number you have dia— " Terus ikon merah ditekan. Nombor sahabatnya itu didail lagi.

Lagi.

Lagi.

Dan lagi.

Tetapi jawapannya masih sama. Panggilannya dibiar sepi!

Cami mengurut pelipisnya. Tiba- tiba dia diserang sakit kepala. Risau dengan keberadaan teman baiknya itu.

Sepatutnya guard dah lock office sekarang ni. Ha, guard!

Kali ini nombor post guard pula didail laju.

" Hello? "

" Hello Pak Sam!  Pak Sam dah tutup office ke? "

" Maaf siapa ni? "

" Ni Cami ni. Pak Sam dah tutup office ke? " Ulang Cami lagi.

" Oh Cami! Dah, Pak Sam dah siap kunci sekali tadi. Kenapa ada barang tertinggal ke? "

Nafas Cami semakin berombak laju. Dah tutup?

" Kenapa Pak Sam tutup? Bukan ada kawan saya, El dalam tu? "

" Tak adalah. Office dah kosong. Pak Sam siap ronda masuk dalam lagi. Memang semua dah balik. "

Habis tu mana El?

El tak pernah buat perangai macam ni. Kalau balik lewat ke apa mesti El inform dia dulu. Tiba- tiba menghilang tanpa notis, bukan cara sahabatnya!

" Pak Sam tunggu kejap. Kejap lagi saya sampai. Nak masuk office ambil barang. " Cami memberi alasan. Dirinya tidak tenang. Terus kunci kereta diambil dan berlalu keluar dari rumah.

Tidak sampai sejam, Cami sudah tiba di pejabat. Puas dia memujuk Pak Sam untuk membenarkannya masuk. Akhirnya lelaki separuh abad itu lembut hati apabila dia mengatakan dia tertinggal IC di dalam pejabat.

Sebaik sahaja di dalam aras pejabatnya, dia terus merayau di sekitar situ, melihat jika ada figura El. Namun hampa.

" Mana kau ni El? Ya Allah.. "

Sedang dia meraup wajahnya itu, matanya dapat menangkap satu objek berwarna khaki di atas meja. Objek bertali halus itu didekati.

" Ni handbag El ni. " Bisik Cami kepada diri sendiri.

Beg itu dibuka zipnya. Ternyata kunci kereta, beg dompet, telefon pintar dan barang peribadi lain milik El masih ada di situ.

Bag gadis itu di sini tetapi bayang gadis itu langsung tiada! Jangan- jangan ada sesuatu buruk berlaku?

Pantas Cami menggeleng. " Tak, tak mungkin. Ya Allah.. "

" Mana kau ni El? " Tubir mata Cami sudah mula berair.

" Dah jumpa IC kamu? " Tegur satu suara menyentakkan Cami yang sedang menahan sebak.

Cami menarik nafas dalam, beg berwarna khaki itu diangkat separas perut dan ditunjukkan kepada Pak Sam.

" Dah Pak Sam, terima kasih. " Dia tersenyum palsu. Usai berpamitan, Cami terus meluru masuk ke dalam kereta miliknya. Pintu dikunci dan enjin kereta dihidupkan.

" Isk.. isk.. "

Akhirnya terhambur tangisan yang cuba dia tahan. Dahinya disandarkan pada steering kereta. Gusar dia dengan kehilangan El. Apa dia mahu jawab kepada keluarga gadis itu? Mustahil El keluar tanpa membawa barang peribadi penting. Gadis itu sukar sekali untuk berlaku cuai!

" Allah.. "

***


ESTERALIZE KINGDOM

AKU berjalan mundar- mandir tanpa hala tuju. Fikiranku runsing. Macam mana aku boleh terperangkap dalam cerita aku sendiri? Semua ni tak logik.

Okay, bertenang El. Buat masa sekarang, kita fikir macam mana untuk survive. Jadi, watak aku dalam ni Anne?

Perkara  pertama yang terlintas di mindaku ialah mati.

Ya, pengakhiran cerita Anne dan Luke adalah kematian Anne. Walau pun terlihat seperti Anne sebagai watak utama, tetapi Anne sebenarnya seorang watak tambahan yang muncul dalam hidup Luke. Luke pada awalnya tersilap kerana menyangka Anne perempuan yang dia cari, padahal perempuan itu ialah watak utama yang sebenar, adik Anne yang hilang sejak bayi.

Naura Mia Quinzabeth.

Akhirnya Anne menjadi watak antagonist di dalam novel ini dan mati diseksa oleh protagonist, Luke Raphael Declan dan antagonist lelaki yang turut mencintai Mia, Leon Astrid.

Nafas berbaur keluhan dilepas kasar.

" Lady Anne? "

Aku menoleh ke arah pintu. Ella memandangku dengan senyuman selepas dia menunduk tanda hormat.

" King Raphael wishes to have a dinner with you. "


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 02, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

T H E   E M P R E S SWhere stories live. Discover now