" I bow to no one, your majesty "
" Anakanda masih mahu mencari perempuan itu? " Lelaki itu mengangkat kepala memandang wanita separuh abad yang duduk setentang dengannya.
Tanpa kata, lelaki itu mengangguk mengiakan.
Keluhan kecil terlepas dari wanita itu. Walaupun umurnya sudah mencecah angka 50- an, dia masih kekal anggun dan jelita.
" How many times i have to tell you, King Luke Raphael Declan. There's plenty fish in the sea! Stop searching for that girl that you don't even know she is really exists or not. "
" Bonda sudah aturkan pengawal istana untuk membawa sepuluh orang gadis muda ke istana hujung minggu ini. Pilih salah seorang daripada mereka. Angkat taraf mereka menjadi isteri kamu. " Bonda, Maharani Haelynn Sophia berbicara tegas.
Sekali lagi, tiada balasan yang keluar daripada mulut seorang raja Luke Raphael Declan.
Maharani Haelynn Sophia mendengus kasar. " Kamu dengar tak apa yang bonda cakap ni? "
Luke yang malas mahu berbahas dengan bondanya terus mengambil keputusan untuk keluar dari ruang itu. Kaki dibawa ke bilik pejabat persendiriannya.
Telefon pintarnya dibuka. Nombor pembantu merangkap orang kanannya segera didail.
" Selamat petang, tuanku. Ada apa yang patik boleh bantu? "
" Aku tahu yang kau arif tentang rancangan bonda membawa gadis- gadis muda ke istana. Cari seorang gadis bernama Naura Anne Quinzabeth. Jangan pulang ke istana selagi kau tidak menjumpai gadis itu."
" Bawa dia sekali bersama- sama dengan gadis muda itu. Aku mahu lihat cara dia bermain dengan api. "
Terus talian dimatikan oleh raja muda Kerajaan Haquogon itu.
Senyuman sinis tersungging di bibir si lelaki kacak.
" Soon, baby. Soon. "
***
Aku mengusap pusara bonda yang semakin hari semakin dipenuhi dedaun yang gugur dari pokok kemboja. Nyaman.
Suasananya amat nyaman. Jika orang lain, pasti ianya menyeramkan kerana berada seorang diri di tanah perkuburan pada petang yang hening ini.
Dedaun kering di pusara ibu aku kutip perlahan. Kemudian dikumpulkan di dalam plastik sampah yang aku bawa dari rumah. Sesungguhnya aku masih tidak boleh menerima hakikat yang aku sudah keseorangan di dunia ini.
Aku sebatang kara.
'Bukannya diri ini tak terima kenyataaan
Hati ini hanya rindu.'
Lirik lagu Hanya Rindu, Andmesh Kumaleng tiba- tiba muncul dibenakku. Aku tergelak kecil. Oh bonda, andai sahaja bonda masih bernyawa, sudah pasti kita sedang bergelak ketawa bersama.
Pemergian seorang wanita yang turut menjadi seorang ayah untukku memberikan tamparan yang kuat kepada aku yang hanya bergantung harap pada insan yang satu itu.
Kini, segalanya berubah.
Semuanya ibarat permulaan satu mimpi ngeri buat gadis ini. Ketika usianya menginjak umur 7 tahun, ayahandanya telah meninggal dunia. Dibunuh oleh pengawal istana. Atas urusan apa, tidak pernah diceritakan oleh bondanya.
Kini, pada usianya seawal 20 - an, bondanya pula pergi meninggalkannya seorang diri. Mengikut jejak langkah ayahandanya ke alam yang kekal abadi. Pulang sahaja dari air terjun di Gunung Aventurie, dia mendapati ibunya telah meninggal dunia di rumah. Terdapat kesan tikaman di dada.
Mahu memanjangkan cerita, dirinya tidak mampu.
Tangannya dibawa pula ke dalam poket baju jubah yang dipakainya. Seutas rantai berloketkan satu batu permata yang berwarna ungu diperhati.
Bersinar - sinar.
Dan dia pasti rantai ini bukan rantai sembarangan. Rantai ini pasti ada sesuatu. Rantai itu dipakai kemas. Dia memejam mata perlahan. Mahu menenangkan hati yang kain meruntun sayu. Bagaimana dia hendak meneruskan hidup selepas ini?
Tiba- tiba terasa kedua- dua lengannya dipegang erat.
Naura Anne Quinzabeth terkejut. Jeritannya nyaring memecahkan kesunyian kawasan perkuburan itu.
" Heyy lepaslah! Lepas!! " Tangannya dipegang erat oleh dua orang lelaki sasa yang memakai baju pengawal istana berwana hitam kemerahan.
Naura meronta kuat. " Lepaskan aku! Siapa kau orang ni! Lepaslah bodoh! " Puas Naura meronta namun pegangan itu tidak terlepas malah tubuhnya yang sakit akibat cengkaman yang terlalu kuat.
Muncul seorang lelaki muda di hadapan Naura. Lelaki itu tersenyum sinis. Matanya menelek Naura dari atas hingga ke bawah.
" King Luke Raphael Declan titahkan Cik Naura Anne Quinzabeth ke Istana Chrysocolla sekarang juga. "
Mata Naura terbuntang luas. Istana? Apa kesalahan yang sudah dia lakukan sehingga dia perlu ke istana? Ini semua mengarut!
Masalah dirinya hendak meneruskan kelangsungan hidup pun tidak selesai, ini pengawal yang datang entah dari mana mahu mengheretnya pula ke istana.
Raja pun dia tidak kenal!
Naura menggeleng laju. Rontaannya tidak berhenti. " Lepaskan aku! Kau sudah tersilap orang! Aku bukan gerangan yang raja titahkan untuk ke istana! " Jeritku lantang.
Wajah lelaki muda itu bertukar bengis apabila melihat kedegilanku. Tangan lelaki itu mengeluarkan sehelai sapu tangan. Satu botol kaca kecil yang mempunyai cecair berwarna ungu didalamnya dituang ke atas sapu tangan itu.
" Maafkan patik. Patik hanya melaksanakan titah tuanku Luke Raphael. " Sapu tangan itu ditekupkan ke mulut dan hidung Naura.
Tidak sampai lima minit, gadis cantik itu sudah tidak sedarkan diri. Ini semua penangan cecair magis yang dibuat oleh tabib istana.
Cherry Potion.
" Bawa dia ke istana sekarang. Patik akan maklumkan berita tentang gadis ini kepada tuanku. Pasti tuanku gembira. "
" Kerana kita berjaya membawa pulang permaisuri yang diinginkannya."
( 150920 )
YOU ARE READING
T H E E M P R E S S
RomantizmBOOK I OF KINGDOM TRILOGY STATUS : COMING SOON Naura Anne Quinzabeth " Jika ini yang dimaksudkan dengan cinta, patik rela menikam diri patik agar tidak ditawan oleh Raja. " " Cinta yang tuanku berikan tidak berisi madu, malah racun yang patik rasaka...