" I bow to no one, your majesty. "
AKU memandang kawasan sekelilingku. Retinaku mengecam bilik tidur yang kelihatan sungguh mewah dan luas. Mataku terbungang luas. Ini bukan bilik aku!
Aku kat mana ni?
Bilik yang aku diami lebih luas daripada ruang tamu rumahku. Dihiasi dengan bunga ros putih di penjuru bilik, dilengkapi dengan perabot yang serba putih dan permaidani yang berwarna kuning keemasan. Tak lupa juga dengan katil bersaiz king yang cadarnya seperti silky fabric bercorak marble.
This is way too fancy for me!
Seketika pintu bilik tidur diketuk dan dikuak dari luar. Seorang perempuan yang aku kira umurnya dalam 20- an melangkah masuk dengan kepala yang menunduk memandang lantai.
" Good morning, my lady. " Sapa perempuan itu dengan senyuman di bibir. Dia hanya memandangku sekejap kemudian wajahnya kembali menunduk ke lantai.
" My name is Ella, im going to serve you start from now. Would you like to eat, Lady Anne? "
Dahi aku berkerut. My lady? Serve? Apa ni?
Sungguh! Aku bingung! Agaknya budak tadika yang baru nak belajar ABC pun tak sebingung aku.
" Wait, whe- where am I? " Soalku dengan nada perlahan.
" You are in the palace, my lady. "
Mataku terbuntang luas. Aku duduk tegak di atas katil empuk itu. Macam mana aku boleh ada kat istana pula ni? Ey aku mimpi ke ni? Wake up!
Aku menampar pipiku dengan agak kuat. Auch! Sakit! Ni bukan mimpi! Oh my god, Naura Anne Quinzabeth! What did you get yourself into!
" Are you okay, Lady Anne? " Tanya Ella dengan wajah cemas.
Aku bangun dari duduk. Tangannya aku capai. Aku genggam dengan erat.
" Please, let me out of here. Ni mesti ada kesilapan! I'm not supposed to be here! " Rayuku kepada dayang istana itu. Aku mahu keluar dari sini!Perempuan itu melepaskan genggaman tanganku kemudian dia terus berlutut.
" I'm sorry Lady Anne! Saya tak boleh menunaikan permintaan lady! I could get killed by the King if he know you want to run away! "
Tubir mataku sudah mula berair. A— apa ni?
" Out. " Arah satu suara. Rupanya telah lama jejaka itu berdiri di muka pintu.
Ella membulatkan matanya melihat gerangan tersebut. Terus dia menunduk.
" Your majesty. " Sapa Ella. Tidak sampai beberapa saat Ella bergerak keluar dari bilik itu dengan posisi badannya yang sedikit membongkok. Menunjukkan hormat kepada raja muda yang turut berada di ruangan yang sama.
Dahiku berkerut. Siapa tu? Pakaiannya seperti pakaian golongan bangsawan.
Tak. Tak.
Bukan.
Itu pakaian diraja!
Aku menundukkan kepala apabila raja muda itu mula menghampiri diriku. Liur ditelan kasar.
" Look at me. " Daguku dipegang oleh jemari kasarnya kemudian didongakkan ke atas.
Mata kami saling bertatap.
Aku terpana. Iris mata raja muda itu.. berwarna kehijauan yang memukau. Wajahnya yang kacak seperti raja Mesir...
" Buka mulut. "
Aku tersentak. Tidak sedar berapa lama aku termenung sehinggakan raja itu sudah menyuakan sesudu bubur ke bibirku.
Dia perasan ke tenung dia?
" Yes, aku tahu kau renung aku. " Seperti dapat membaca mindaku, si raja menjawab.
Sudahnya aku termalu sendiri.
Kantoi renung anak teruna orang!
" Buka mulut. " Arahnya sekali lagi apabila aku terleka.
Aku terus membuka mulut. Serta- merta mulutku terasa suam dengan bubur yang enaknya sudah mencecah ke lidahku.
Sedap!
Akhirnya bubur itu sudah habis aku makan dengan suapan sang raja. Raja muda itu meletakkan kembali mangkuk bubur yang telah kosong ke dalam dulang makanan yang dibawa oleh dayang istana tadi. Gelas berisi air kosong dihulurkan kepada aku.
" Em.. awak Raja Luke? "
Raja muda itu hanya mengangguk. Wajah jelita gadis di hadapannya direnung lembut. Gembiranya tidak terkata apabila pengawal istana berjaya membawa Naura ke istana miliknya.
" Emm.. " Aku mahu bertanya lagi tetapi agak ragu- ragu. Dia marah tak?
" Just ask, Naura. "
" Boleh tak saya nak balik rumah? " Soalku takut- takut. Muka Raja Luke dipandang sekejap kemudian pandanganku dilarikan ke peha sendiri.
" Kenapa? "
Aku mengangkat kepala. " Saya tak nak tinggal sini. Ini bukan rumah saya, tuanku. "
Mata Raja Luke berubah garang. Kedengaran nafas kasar raja itu.
" No. " Jawab Raja Luke sepatah.
" Tapi— "
" Tapi apa lagi? Tempat kau di sini! " Suara Raja Luke naik seoktaf.
Aku sudah menggigit bibir. Sensitif tahu tak! Dah lah orang yang kau tak kenal tiba- tiba tengking kau!
Melihatkan wajah aku yang sudah beriak keruh, Raja Luke menghela nafas dalam. Wajahnya dikendurkan dan emosinya cuba dikawal.
Tangan kanan Raja Luke naik membelai wajah aku. Rambutku diselitkan ke belakang telinga.
" Shuhh.. jangan nangis.. " pujuk Raja Luke lembut.
" Mulai sekarang, Naura tinggal sini ya sayang.. Luke akan jaga Naura. "
Entah kenapa, suara lembut raja muda itu langsung tidak mententeramkan hatiku yang gelisah. Aku tak mahu tinggal di sini!
Mataku membulat apabila terasa benda yang lembut dan basah menyapa dahiku.
Di— dia cium aku?
" Rest well sayang. "
YOU ARE READING
T H E E M P R E S S
RomanceBOOK I OF KINGDOM TRILOGY STATUS : COMING SOON Naura Anne Quinzabeth " Jika ini yang dimaksudkan dengan cinta, patik rela menikam diri patik agar tidak ditawan oleh Raja. " " Cinta yang tuanku berikan tidak berisi madu, malah racun yang patik rasaka...