SEKEPING fail berwarna hitam aku letakkan di atas meja kopi di ruang tamu. Spontan, semua mata memandang fail tersebut. Hanya seketika sebelum semua mata memandang aku semula. Tiga pasang mata milik umi, abah dan Shalia.
Aku menghela nafas. "Ini surat pertukaran jawatan Shiraz. Shiraz rasa abah lebih layak untuk pegang jawatan yang Shiraz pegang sekarang ini." Aku berkata dengan suara yakin. Malik sudah dipecat dan dipenjarakan sementara menunggu dibicarakan, dan syarikat semakin stabil setelah kerjasama projek antara aku dan syarikat Heidi.
"Raz memang tak nak ambil jawatan ini ke?" tanya abah. Nadanya sedikit kecewa.
Sekali lagi, aku menghela nafas. "Bukan Raz yang paling sesuai, abah."
"Tapi, Raz yang selesaikan segala masalah syarikat."
Aku menggeleng. "Bukan Raz, tapi Heidi." Aku mengerling ke arah encik suami di sebelah. Benda ini sudah aku bincangkan dengan Heidi, dan Heidi menyerahkan segala keputusan di tangan aku.
"Bukan ke ikut perjanjian Heidi, projek dengan hotel Kedah dia itu selama 5 tahun dan kau kena pegang jawatan itu? Sekarang, kau nak undur diri, projek itu macam mana?" Shalia pula yang bersuara.
Apabila mata aku berlabuh ke wajah Shalia, sungguh aku rasa simpati buat kakakku itu. Wajahnya bengkak kerana terlalu banyak menangis. Padahal sudah tiga hari sejak kejadian tempoh hari. Dia juga tak ada bercakap dengan aku. Ini kali pertama dia bersuara di depan aku.
"Heidi setuju untuk tarik semula syarat itu, dan dia akan setuju dengan siapa pun pengganti yang aku pilih."
Heidi di sebelah aku mengangguk, mengiyakan kata-kataku itu.
"Takkan selama-lamanya abah nak uruskan syarikat? Abah dah tua, Raz."
Aku diam seketika sebelum menarik nafas. Apa yang aku sampaikan lepas ini, harapnya takkan buat semua orang terkejut. "Raz ada terfikir satu idea. First of all, Raz minta maaf sebab Raz tak mampu nak tutup Airiz Lounge. Itu minat Raz, dan demi pekerja-pekerja Raz juga."
Abah tersentak. Namun, tetap diam tak bersuara.
"Tapi, Raz sedar yang syarikat kita ini pun sama pentingnya. Syarikat yang abah dah bina demi keluarga kita. So, Raz takkan pilih antara Airiz Lounge atau Hamidi Trading. I'll take both. Jadi, kalau abah setuju, Raz cadangkan untuk bahagikan pemilikan syaraikat 50-50 antara Raz dengan abah."
Masing-masing berkerut. Tak faham.
"Raz nak terus bekerja di Airiz Lounge. Lima hari seminggu. Macam biasa. Tapi, jawatan managing director ini Shiraz akan bagi pada Kak Shal."
Shalia tersentak. Terus kepalanya berpusing memandang aku. Riaknya terkejut. Abah pula nampak bagaikan enggan bersetuju, tapi aku cepat-cepat bersuara.
"Kak Shal betul. Dia tak pernah tinggalkan syarikat dari dulu sampai sekarang. Ya, sijil Kak Shal tak setinggi sijil Raz, tapi Raz yakin Kak Shal pun layak. Pada masa yang sama, Raz takkan lepas tangan. Segala dokumen dan pengesahan syarikat kena go through Raz dulu, dan perlu lepas pengesahan abah."
Kiranya, apa yang aku cadangkan ialah sistem berlapis-lapis. Abah adalah bos paling besar, aku di bawah abah, dan Shalia di bawah aku, diikuti beberapa staf bawahan syarikat yang lain.
Abah diam seketika. Bagaikan sedang berfikir, sebelum matanya naik mencari wajah Heidi. "Pendapat Heidi macam mana?"
Aku tahu abah tanya Heidi sebab Heidi pun orang bisnes.
Heidi menarik nafas sebelum dia yang bersuara. "Sejujurnya, saya yakin dengan Shiraz. Dan, saya rasa rancangan ini tak ada kurangnya. Daripada abah serahkan syarikat kepada orang luar, apa salahnya sistem yang melibatkan ketiga-tiga kemahiran dari keluarga sendiri? Dan, saya percaya Shiraz tahu apa yang dia buat. Shiraz anak abah. Shalia pun anak abah. Darah yang mengalir dalam badan, semuanya sama."
YOU ARE READING
SHIRAZ | 𝐫𝐚𝐰 | ✓ completed •
Любовные романы𝐦𝐚𝐧𝐢𝐬. 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭. 𝐡𝐞𝐚𝐫𝐭𝐛𝐫𝐞𝐚𝐤𝐢𝐧𝐠. SHIRAZ AIRIZ punya banyak kisah dengan lelaki. Adnin, Zayn, Malik. Seorang ditinggalkan, seorang meninggalkan dan seorang lagi menyakiti. Hatinya milik seorang Zayn, tapi kerana Adnin dan Malik, di...