"NAH."
Aku tersentak apabila Zayn meletakkan satu sampul surat berwarna putih di atas mejaku. Tangan yang sedang menaip terus terhenti dan kepala dipanggung untuk memandang Zayn yang duduk berhadapan denganku.
"Kau nak bagi aku naik jet perang pula ke kali ini? Ke kau nak suruh aku naik jelajah angkasa?" Aku memerli tapi tangan tetap mencapai sampul surat berwarna putih itu. Nipis. Macam surat.
Zayn tersengih. "Jangan terkejut pula kalau itu hadiah birthday kau nanti."
Aku terus mencebik. "Beranilah kau buat. Aku ikat kau dalam roket itu nanti, lepas itu jangan harap kau nak jejak Bumi lagi."
Zayn tergelak. "Ganaslah cik Shiraz kita ini. Dahlah, buka cepat."
Tanpa suara, tanganku bergerak membuka sampul surat tersebut. Sekeping kad. Tak ada sebarang tiket yang mencurigakan. Sempat aku hela nafas lega terlebih dahulu sebelum aku membuka kad yang cantik berlipat dua itu.
Company annual dinner.
"Kecewa ke?" usik Zayn apabila aku menghela nafas pendek.
"Bukan kecewa. Lega. Takut kau suruh aku redah submarine pula lepas ini."
Zayn tergelak kuat. "Kau ini, suka bagi aku idea tau."
"Kenapa bagi aku kad ini?" tanyaku sambil meletak semula kad itu di atas meja.
Setiap tahun syarikat Zayn buat dinner, setiap tahun itu jugalah Zayn mengajak aku walaupun setiap tahun aku akan menolak. Rasanya, bukan tempat aku untuk join sama atas tiket persahabatan kami.
Tak profesional. Dan, aku tak nak orang anggap aku ambil kesempatan menumpang nama Zayn.
"Kau rasa?" Zayn pusingkan semula soalan.
Aku sekadar menghela nafas. "Okay. Have fun." Itu sahaja yang aku balas sebelum memasukkan semula kad itu ke dalam sampul.
Maksudnya, pergilah kau ke sana. Aku tak berminat.
"Aku nak kau datang tahun ini, Raz."
"Kau pun tahukan, aku tak berminatlah nak pergi. Ini majlis kau. Bukan majlis aku. Lainlah kalau aku ini pekerja kau. Ada juga sebab aku nak datang."
"Okeylah, esok kau jadi PA sementara aku sampailah malam dinner. Lepas itu, aku pecat kau. Kau jadilah bos sini balik."
Dan-dan aku tergelak dengan idea mengarut itu. "Dah itu, PA kau sedia ada sekarang ini, kau nak campak mana?"
"Orang busy, apa salahnya ada dua PA?"
"Dah. Tak payah nak mengarut. Bukannya rosak pun majlis kau ini kalau tak ada aku, kan?"
"Tapi, kali ini lain, Raz. And, aku nak kau ada sekali."
"Apa yang lain? Kenapa? Majlis kau kali ini ada jodoh aku ke?"
Zayn terus tersengih.
"Aku plan nak introduce Raihana publicly sebagai bakal isteri aku. Lagi dua bulan nak kahwin tapi aku belum properly introduce Rai pada semua orang. Aku nak kau ada sekali. Kau banyak tolong aku dalam hubungan aku dengan Rai. Sampailah dia berlembut hati dengan aku."
Kali ini, aku terdiam. Rasa serba-salah setelah mendengar kata-kata Zayn itu. Kalaulah Zayn tahu betapa susah untuk aku ikhlaskan diri dengan hubungan mereka, mungkin dia akan kecewa dengan aku.
Bila pandang wajah Zayn yang berharap, aku jadi tak sampai hati nak menolak. Aku tahu dia sayangkan Raihana. Kasih sayang yang pernah aku harapkan untuk jadi milik aku.
YOU ARE READING
SHIRAZ | 𝐫𝐚𝐰 | ✓ completed •
Romance𝐦𝐚𝐧𝐢𝐬. 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭. 𝐡𝐞𝐚𝐫𝐭𝐛𝐫𝐞𝐚𝐤𝐢𝐧𝐠. SHIRAZ AIRIZ punya banyak kisah dengan lelaki. Adnin, Zayn, Malik. Seorang ditinggalkan, seorang meninggalkan dan seorang lagi menyakiti. Hatinya milik seorang Zayn, tapi kerana Adnin dan Malik, di...